Chef Engineer
uncleseekers.blogspot.com

Hari ini terbaca artikel dlm blog uncleseekers. Agak daring betul tulisan beliau. Terang-terangan bercerita mengenai Kerabat/Sultan Johor. Berslogan " Seek the Truth" beliau menceritan kisah berdasarkan apa yg diperolehi daripada sumber/maklumat. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke blog beliau. Sungguh berani.... Hebat dari DS Nizar lagi. hehehehe... 


Chef Engineer
Kenali Sdr Rafizi Ramli..
Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996) Anugerah AD Kippen,
Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 Anugerah John Knox,
Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas Orkestra Morrison’s Academy Leeds University (1996 – 1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997,
Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

 LATAR BELAKANG KERJAYA 
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)
Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)
Pengurus Besar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – kini)  

Ini blog beliau... klik
Chef Engineer
Lihatla dengan teliti paparan video ini. Sesungguhnya Syaitan dan pengikut-pengikutnya sentiasa memujuk manusia untuk masuk ke neraka jahanam sebagai peneman mereka. Itulah janji Iblis Laknatullah kepada Allah apabila dia dihalau dari syurga dan Allah s.w.t membenarkan Iblis menggoda anak Adam ke arah kesesatan. Tapi Allah s.w.t juga berpesan bahawa hanya orang-orang mukmin yang berpegang pada Al-Quran dan hadis serta yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan terselamat dari godaan Iblis dan pengikutnya. Semoga Allah menjaga dan menyelamatkan kita dari malapetaka ini. Insya Allah...



http://chefengineer.blogspot.com/
Chef Engineer


Just for my wife...

Chef Engineer


http://chefengineer.blogspot.com/

Anda mau tahu apa dia? klik la...
Chef Engineer

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

http://chefengineer.blogspot.com/


Akal, Mata dan Hati:- Pejuang yang dilupakan. Saksikanlah dokumentari ini dan nilailah sendiri.


Chef Engineer

TOK GAJAH


Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahangdengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan olehBendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantandan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.


Akal, Mata dan Hati:- Tok Gajah terpaksa menukar nama bila berpindah dari satu ke satu tempat bagi mengelakkan beliau ditangkap. Sehinggakan orang ramai yang tinggal berhampiran tidak menyangka jiran mereka itulah Tok Gajah. Alfatihah utk beliau...

Chef Engineer

Tok Janggut Pahlawan Kelantan

Tok Janggut
or Haji Mohd Hassan bin Munas (1853 - June 25, 1915) was a famous Malay warrior in Kelantan, Malaysia during British protectorate. He was named Tok Janggut because of his long beard, almost reaching his chest ('janggut' being the Malay word for beard).

Tok Janggut received his early education in Mecca and was a master of silat, a Malaysian martial art. After the Anglo-Siamese Treaty of 1909, Britain took over the administration ofKelantan from Siam, and immediately made significant changes in the administration system. This served as the trigger for rebellion for Tok Janggut.

Factors of Rebellion

There were several causes:

  • Engku Besar lost of power - Engku Besar Tuan Ahmad Ibni Al-Marhum Tengku Chik Pendek was a grandson of Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Perdana Mentri Long Gafar of Limbat, a hereditary chieftain and lord of east Kelantan. Long Gafar was a Reman prince, colleague of Long Yunus and co-founder of unified Kelantan. Engku Besar Tuan Ahmad was the ruler of Jeram who had for long enjoyed the respect and loyalty of the local people but who hate lately felt that their feelings for him had declined because the new district officer had undermined his status.[1]
  • Jihadism- Tok Janggut was influenced by the message of Jihadism promulgated during the Ottoman Empire in the early 20th century, which advocated the fight against Westernimperialism
  • New tax system - The British adviser, W. Langham-Carter, even denied that the new tax-system was the major cause of the trouble. He attributed the whole plot efforts originiting inKota Bharu to oust the British the new land tax that involved both aristocrats there, whom he labelled "Tengkus" and the Sultan. According to Langham-Carter, however, the aristocrats' ultimate aim was to overthrow the sultan.[2] Britain was making it harder for everyone to pay the tax by either putting them in prison or fining them. Besides, the behaviour of the British tax officers there seemed unpleasant for the Kelantan civilians who came there to pay the tax.
  • Resentment against non-Kelantanese in general such as Sikhs and Singapore-born Malay D.O. of Pasir Puteh, Abdul Latif and anti-British sentiment[3]
  • Sultan's ambivalent attitube towards the rising, the folk legend of Tok Janggut's disguised pursuit of revenge against the Sultan, and alleged conspiracy among the Kelantanese aristocrats to oust the Sultan[4]

Rebellion
On 29 April 1915, the administration of Jeram, Pasir Puteh, Kelantan subsequently fall to Britain's hands. One of the British officers, Encik Latiff took over the administration of Kelantan from the local leader, Engku Jeram. Things seem to go out of control as Encik Latiff, an out-sider and whose native state is not Kelantan, was very stern and firm about collecting tax in Kelantan.

Engku Besar Jeram, called upon Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak Merbol and Penghulu Adam, to discuss social issues of Kelantan. They also signed a pact which prohibits any one of them to co-operate with the Britain. Not surprisingly, their independence fight gained support from most Kelantan residents, which worried Encik Latiff. He decided to end the situation before any possible revolt occurs.

On 29 April 1915, Encik Latiff sent Sergeant Sulaiman, better known as Sergeant Che Wan, to arrest Tok Janggut for failing to pay the government tax. Tok Janggut agreed but refused to walk in front of them and a fight occurred, in which Tok Janggut manages to stab the sergeant.

Following the event, Tok Janggut assembled all his men and marched towards to Pasir Puteh. Encik Latiff, out of fear, quickly fled Pasir Puteh before the invasion. Here, Tok Janggut fought a battle against the British forces in which ultimately, they are successful. They remained in Pasir Puteh for three days and declared the independence of Pasir Puteh from British rule. Engku Besar Jeram was selected King of Pasir Puteh and Tok Janggut as Prime Minister. Britain immediately decreed Tok Janggut and his fellow comrades as 'traitors.' Britain also promised a reward of $500 for the person who caught Tok Janggut or his comrades, dead or alive.

As a result of Tok Janggut's refusal to surrender, British officers in Kelantan took immediate action by burning down Tok Janggut's house, as well as his followers' houses, too. Tok Janggut immediately replied by laying a siege on Pasir Puteh. This time, luck was on Britains' side, Tok Janggut was killed in the gruesome battle near Kampung Pupuh. His dead body was exhibited throughout Kota Bharu and Pasir Puteh and was hung for several days in front of the Kelantan Royal Palace. Tok Janggut's body was buried in Pasir Pekan afterwards, ending the rebellion against British rule in Kelantan.








Akal, Mata dan Hati:- Tok Janggut menentang penjajah British demi agama, bangsa dan negara. Berjuang untuk membebaskan negerinya daripada penjajah British yang menjajah untuk negara mereka. Mengaut keuntungan dan hasil bumi di Kelantan untuk dibawa ke British. Juga mempunyai niat untuk menyebarkan agama kristian di bumi melayu.

Atas dasar itu Tok Janggut berjuang menentang British dan Tok Janggut tahu ada juga bangsa melayu yang bekerjasama dengan British (tali barut). Walaupun beliau tahu perjuangannya akan memberi masalah kepada keluarga serta dirinya sendiri ia tidak menghalang niatnya untuk menentang penjajah British. Beliau tahu bahaya penjajahan British ini akan memberi kesan yang besar kepada agama Islam lantas tanpa menghiraukan kesusahan beliau berjuangan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya beliau gugur akibat pengkhianatan bangsanya sendiri. Alfathihah buat Tok Janggut..
Chef Engineer



Akal, Mata dan Hati:- Hal sebelum merdeka rupanya...
Chef Engineer

Akal, Mata dan Hati:- Renungkan adakah benar apa yang disampaikan. Semoga menjadi pedoman buat kita semua. Insya Allah...

Chef Engineer

Mulakan kehidupan baru anda dengan ajaran Islam. Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga. InsyaAllah...
Chef Engineer



http://chefengineer.blogspot.com/

Serbuan Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV / AIDS

Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini tampil menyokong Harapan Komuniti dan menurutnya majlis makan malam yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Rabu lalu, sebenarnya adalah untuk mengutip dana bagi program sokongan HIV/AIDS.

Semalam, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MAC, Datuk Mohd Zaman Khan, berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka.

Mohd Zaman berkata, dana yang dikumpul dari majlis makan malam itu bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membantu mendapatkan perubatan dan jagaan yang sempurna.

Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan rakan MAC yang juga menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur dan Johor.

Sambil menyuarakan "kekecewaan" berhubung kejadian tersebut, Mohd Zaman meminta penjelasan dari JAIS, dan menggesa supaya langkah-langkah berhati-hati diambil untuk memastikan integriti agama Islam dan keharmonian antara agama, tidak dikompromi.

Semalam, Hasan Ali telah berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa beliau, "memeriksa" gereja tersebut selepas mendapat maklumat bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan di situ.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya berhubung insiden tersebut dan mengarahkan JAIS memberi laporan penuh mengenainya.




Akal, Mata dan Hati:-

Kuatkan iman masing. Ikutlah perintah Allah dan jauhilah laranganNYA. Kuatkan ukhuwah sesama muslimdan bantu kepada yang memerlukan. Setia umat islam adalah pendakwah. Maka tunjukkanlah teladan yang baik kepada bukan Muslim. Sesungguhnya Islam itu membawa kesejahteraan dan rahmat kepada sekalian makhluk di muka bumi ini.

Orang macam ni tak susah ke? Klik di sini..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Kali ni nak cerita tentang masakan. Maklumlah bulan ramadhan ni. Ramai yang nak makan benda pelik-pelik. Nak penuhi selera masing-masing. Namun begitu jangan pula membazir ketika menyediakan juadah berbuka serta ketika membeli juadah. Kehendak nafsu jangan diikut. Nanti lesu!

Sepanjang bulan puasa ni, keluarga saya lebih suka memasak sendiri daripada membeli di luar. Bukan apa, rasa lebih seronok dan berbaloi. Kali ini nak bgtau resepi Sup. Bukan Sup biasa tapi Sup kaki Lembu/Sapi.

Bahan-bahan Untuk Sup:-




  1. 2 batang kaki lembu. Harga di pasar tani Rompin; RM 4 sebatang. (2 batang ni sesuai utk 10 org makan).
  2. Rempah ratus. (satu paket ada mengandungi, kayu manis, bunga lawang, cengkih dll).
  3. Sup Bunjut dan serbuk sup.
  4. Halia.
  5. Bawang (bawang merah, bawang putih).
  6. Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan Untuk Mee Sup:
  1. Cendawan (samada cendawan shitake @ tiram).
  2. Sawi.
  3. Daun Sup dan daun bawang.
  4. Bebola ikan dan kek ikan (fish cake).
  5. Tauge

Cara Memasak:




Mula-mula kena usahakan dulu kaki lembu. Kaki lembu kena panggang untuk buang bulu dan kuku. Yang perlu ditainggal hanya kulit, isi dan tulang. Kaki perlu dipanggang kemudian dikikis bulunya dengan menggunakan pisau agar segala bulunya gugur. (nanti geli plak nak makan bulu lembu). Kemudian dihiris dan dipotong kecil kulit lembu manakala tulangnya dipotong kecil.

(kaki lembu ysng sudah siap dicincang)

Kemudian rebus kaki lembu tadi selama 2 jam. Biar lembut sikit kulit dan isi kaki lembu tu. Kalau air dlm rebusan tadi kering, tambah je. Nanti rentung plak periuk tu. Sesudah kaki nampak lembut mari kita sediakan supnya.

Segala jenis bawang diblend halus kemudian ditumis bersama sama dengan rempah ratus sehingga naik wangi kemudian serbuk sup juga ditumis bersama. Bila kewangian rempah ratus dapat dirasa, masukkan bahan-bahan tumis tadi serta halia ke dalam stok kaki lembu tadi. masukkan juga sup bunjut. gaulkan sehingga rata dan sebati. Biarkan selama selama setengah jam. Ini untuk membolehkan daging dan rempah ratus yang ditumis bersebati. Baru lazat. Kemudian, masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Untuk menyediakan mee, bahan-bahan seperti sayuran + cendawan + fish ball + fish cake + tauge hendaklah direbus seketika. Jangan lama nanti terlebih masak hinggan hilang rasa manis sayur. Juga rebus mee seketika.

Hasilnya, memang menyelerakan bagi mereka yang kelaparan. Rasa kulit lembu yang lembut dan ranggup akan membuka selera. Cubalah.. Pasti anda penat ketika memanggang kaki lembu.. Penat woo... tambahan pulak di bulan ramadhan... hahahaha....



Chef Engineer
Iklan untuk semua muslimin & muslimat. Sesungguhnya godaan Syaitan itu kuat. Nafsu yang tidak dikawal sering tunduk pada pujukan syaitan laknatullah. Ambil iktibar semua. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk melawan godaaan Syaitan Laknatullah. Insya Allah..


Chef Engineer