Chef Engineer
video



http://chefengineer.blogspot.com/

Serbuan Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV / AIDS

Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini tampil menyokong Harapan Komuniti dan menurutnya majlis makan malam yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Rabu lalu, sebenarnya adalah untuk mengutip dana bagi program sokongan HIV/AIDS.

Semalam, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MAC, Datuk Mohd Zaman Khan, berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka.

Mohd Zaman berkata, dana yang dikumpul dari majlis makan malam itu bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membantu mendapatkan perubatan dan jagaan yang sempurna.

Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan rakan MAC yang juga menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur dan Johor.

Sambil menyuarakan "kekecewaan" berhubung kejadian tersebut, Mohd Zaman meminta penjelasan dari JAIS, dan menggesa supaya langkah-langkah berhati-hati diambil untuk memastikan integriti agama Islam dan keharmonian antara agama, tidak dikompromi.

Semalam, Hasan Ali telah berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa beliau, "memeriksa" gereja tersebut selepas mendapat maklumat bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan di situ.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya berhubung insiden tersebut dan mengarahkan JAIS memberi laporan penuh mengenainya.




Akal, Mata dan Hati:-

Kuatkan iman masing. Ikutlah perintah Allah dan jauhilah laranganNYA. Kuatkan ukhuwah sesama muslimdan bantu kepada yang memerlukan. Setia umat islam adalah pendakwah. Maka tunjukkanlah teladan yang baik kepada bukan Muslim. Sesungguhnya Islam itu membawa kesejahteraan dan rahmat kepada sekalian makhluk di muka bumi ini.

Orang macam ni tak susah ke? Klik di sini..
Labels: | edit post
0 Responses