Chef Engineer
Sedar atau tidak, setiap kali kemalangan jalan raya yang melibatkan bas dan kematian yang ramai alasan yang diberikan oleh mereka - mereka yang terbabait didalam industri ini adalah sama sahaja.. Dari dulu hingga sekarang tiada alasan yang lain. Antaranya pemandu yang keletihan akibat kerja lebih masa sebab gaji kecil.

'Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan (TWU) berkata, pendapatan purata untuk pemandu yang berpengalaman selama lima tahun adalah antara RM2,000 dan RM3,000 termasuk elaun. Pemandu lori dibayar lebih.' Selanjutnya...

Itu tokey bas yang ulas. Pelik betul jika dah tahu pemandunya terpaksa kerja lebih sebab gaji rendah, sepatutnya naikan gaji mereka ikut kemahiran masing. Tambahkan pemandu supaya mererka memperolehi rehat yang secukupnya. Jangan asyik perah keringat orang sahaja dan hanya mementingkan keuntungan yang maksima. Tokey-tokey bas dah kaya raya manakala pemandu bas pula bergaji hanya 'cukup-cukup' makan je. Bila kemalangan berlaku, dah tentu pemandu bas yang akan kena dakwa kerana cuai. Keluarga terpaksa bergolok bergadai untuk memastikan suami/pencari rezeki mereka tidak dipenjarakan. Habis tokey bas boleh masih meneruskan perniagaan masing-masing.

Dah tahu masalah, dah tentu selesai masalah ini jika tokey-tokey ini perihatin masalah dan kebajikan pekerja mereka.
Akal, Mata dan Hati :-
Wahai pemandu-pemandu bas, pandulah bas mengikut had laju yang telah ditetapkan. Kalau diperhatikan banyak bas-bas dipandu laju di atas lebuh raya hinggakan mampu memotong kenderaan yang dipandu 110km/j. Habis bas tu boleh potong kereta, dia bawak dengan kelajuan berapa? 90km/j?. ingatlah, keselamatan penumpang di tangan anda... Berita kemalangan bas...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Labels: 3 comments | | edit post
Chef Engineer
Everyone wants a free Rapidshare Premium Account! Not everyone can afford the ten bucks it costs per month. If you're one of them, read on.Today I am going to tell a Full Proof way of Getting a Free RapidShare or MegaUpload Premium Accounts.Using this Method you can actually get you Real Money using which you can buy anything:Follow these steps:

1. Create a Paypal Premium Account( Don't Worry its free) . When asked forcredit card details simply say cancel. You do not need to fill it.

2. Then Go to the following link:

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

3. Join this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral that's a lot you will get a premium account of 1 year in NO TIME.

4. Another thing you can also use Paypal money to buy stuff on Ebay and other shopping sites.

5. That's so simple and I swear

Akal, Mata dan Hati:-

Boleh cuba....
Chef Engineer
Semakin hari, semakin menjadi-jadi kejadian ragut di negara kita. Terbaru di Taman Maluri Cheras,si peragut meragut rantai leher pembonceng motosikal dan dengan izin Allah, si suami (yang bawak motor) telah meninggal dunia manakala si isteri cedera akibat terjatuh daripada motosikal. Malang tidak berbau kepada pasangan ini. Berita selanjutnya.. Wahai orang ramai, hati-hatilah ketika berjalan. Jenayah makin berleluasa. Jangan lah leka dan jika anda kena ragut, jgn melawan. Lepaskan beg anda. Elakkan memakai rantai emas. Simpan ke di rumah. Jgn bagi anak-anak kecil dipakaikan rantai emas mahupun rantai ala - ala emas kerana ia bakal mengundang kes ragut. Semoga kita sentiasa beringat...InsyaAllah...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Kini baru aku sedar bahawa bidang fotografi ini memang menyeronokkan. Walaupun panas dan pelik bilamana orang melihat kita asyik dengan camera dibadan. Duani fotografi ini memang baru dengan aku. Tak sampai setahun pun. Kesibukkan dengan tugas menghadkan hobi ini. Namun untuk menajamkan skill fotogafi, aku ambil banyak gambar - gambar site, gambar alam sekitar dan ragam manusia. Memang seronok sekali...





















Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Foto - foto menarik untuk anda lihat di antara kumpulan rakyat Kelantan yang mendesak MB-TGNA meletak jawatan berhubung isu doa dengan kumpulan rakyat KElantan yang menyokong MB-TGNA.

Kumpulan Merah Putih



Kumpulan Hijau Puitih





Akal, Mata dan Hati:-

Anda nilaikan sendiri. More...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

1. Cepat penat
2. Mengah
3. Sakit dada
4. Denyutan nadi laju
5. Lemah di bahagian kaki
6. Kurang selera makan
7. Batuk
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Chef Engineer
Saya tertarik dan menyokong sepenuh hati dengan tindakan JAIP menyerbu Pulau Tioman yang dianggap salah satu pulau yang tercantik di dunia. Hasilnya JAIP dapat menangkap individu - individu yang berani melawan hukum ALLAH. Saya berharap JAIP dapat meneruskan lagi rodaan ini agar Pulau Tioman bersih daripada kemaksiatan. Tahniah juga kepada warga Pulau Tioman yang memberi maklumat kepada JAIP. Seharusnya warga Tioman lebih perihatin dengan masalah moral dikalangan penduduk di sana. Orang Tioman ramai yang bijak pandai dan tahu mana yang halal dan haram. Benteras maksiat ini memerlukan keprhatinan semua pihak. Semua orang harus memainkan peranan. Bukan hanya terletak pada ketua kampung, ustaz/ustazah, YB, polis, pegawai agama dll tetapi semua orang yang beragama islam. Allah akan menyoal kita di akhirat nanti apa peranan kita dalam mencegah kemungkaran semasa hayat kita dahulu. Tioman akan lebih indah bila mana kemaksiatan dicegah bersama. Tak mengapa jika kita kehilangan sokongan/rakan, namun Allah sentiasa berada di sisi kita bila mana kita berusaha mencegah kemungkaran. Bagi saya Pulau Tioman perlu dibersih dari dahulu lagi.. Apa - apa pun Tahniah Buat JAIP. Semoga ALLAH Merahmati kakitangan JAIP serta memberri Hidayah kepada penduduk Pulau Tioman... InsyaALLAH....

Sila klik gambar untuk membaca keratan dengan lebih jelas lagi...

Akal, Mata dan HAti:-

JAIP kini lebih berani.. YB Dato' NAN patut undur diri. Rakyat PAhang mahukan MB yang lebih berwibawa yang mampu memajukan negeri PAhang. Pahang dah jauh ketinggalan dari negeri - negeri lain...

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Dah terkena baru nak sibuk - sibuk buat rayuan. Dulu masa tak hadir, tak ingat nak buat rayuan pada tuan speaker dewan... Bila mahkamah dah buat keputusan, baru sibuk nak merayu. Amanat rakyat dah diterima, tanak jalankan tugas.. Nasib la rakyat Kota Seputeh dapat YB cam ni... Malaysia Boleh!!! Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Akhirnya mahkamah telah menentukan bahawa pilihanraya perlu diadakan di DUN Kota Seputeh setelah adun kawasan berkenaan gagal menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali yang mana ia telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah...
Berita selanjutnya....
Ok.. siap sedialah UMNO dan PAS... Persiapkan jentera pilihanraya masing - masing.. Jangan cari calon yang tangkap muat sahaja... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Salah satu sebabnya permain hilang fokus sbb dok mencari minah ni di ruangan penyokong.. tulah pasal kalah... Takper, tahun depan cuba lagi..







Chef Engineer
Baru - baru ini aku ada buat lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka. Seronok bila tengok anak - anak teruja melihat haiwan - haiwan yang terdapat di dalam zoo. Cuma agak terkilan bila mana terdapat binatang yang ganaz (harimau, singa dll) tidak aktif. Asyik tidur.. Apa nak buat sebab haiwan - haiwan ini jenis yang aktif pada waktu malam. Namun begitu aku agak teruja melihat menatang ini. Haiwan ini suka sangat bertukar warna mengikut kadaan setempat. Terlintass di fikiran bahawa ada juga ahli politik/parlimen pun ada macam ini. Suka sgt berubah - ubah sokongan. Ini membuat rakyat muak dengan cara mereka. Bila disuruh lepaskan jawatan, mengamuk sakan. Kononnya mereka ini dipilih oleh rakyat. Tak ingat dulu masa pilihanraya ke 12 sapa yang tolong mereka berkempen... Alahai nasib - nasib.....

Masa berubah ke warna jingga. Lepas tu hijau plak..mmmm.. Inilah kekuasaan Allah..



Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

--- Mutiara Hati*
Setiap sesuatu menjadi petanda, Dialah Yang Maha Esa.
(Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Bahawasanya yang dapat menerima pelajaran & peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna- 39:9)


Petua tidur Rasulullah s.a.w.
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanir rahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanir rahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.

Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun ..

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh ..

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Chef Engineer








Akal, Mata dan Hati:-
Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Petikan ini diperolehi daripad email rakan. Semoga ia menjadi renungan buat diri kita menghadapi Hari Kebangkitan....

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

5. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b.. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Akal, Mata dan Hati:

Semoga dapat memberi pengajaran buat anda. ALLAH MAHA BESAR....
Chef Engineer
Akhirnya BN menang jua di PRK Bagan Pinang.. Kalau tak menang juga, tak tahulah... Walaupun BN menang, menunjukkan BN mmg suka dgn pesalah rasuah dan mengambilnya sebagai pemimpin!!! Siddiq, amanah, tabliq dan fatanah??? menjadi amalan BN???

Akal, Mata dan Hati:-

mmmm......mmmmmm...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Umno parti Islam
10 Sep 2009 10:31PM


SIK:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. / Bernama


Akal, Mata dan Hati:-


Bila pulak tuan guru nak beri tazkirah semasa mesyuarat umno? Ataupun menjadi imam solat jemaah? Menasihati ahli - ahli jemaah UMNO menjauhi kemungkaran? Menghentikan amalan - amalan khurafat (hormat/tunduk kepada tugu negara)? Menyekat berlakunya kes - kes murtad? Menutup pusat judi/pelacuran/pusat maksiat? Memberi kesaksamaan/keadilan terhadap rakyat tanpa mengira kaum/agama? Menghapuskan amalan korupsi? dan banyak lagi... Bila mahu buat? "besar punya tipu!!"

Tuan Guru Dato' Seri Najib Razak

Chef Engineer


Kebelakangan ini tanpa alasan yang kukuh, rakyat Indonesia menjadi begitu sensitif dengan perkara - perkara yang remeh lagi temeh berkenaan hal Malaysia. Terbaru, isu tarian pendet yang disiarkan di dalam saluran Discovery untuk iklan melawat Malaysia telah mendapat tentangan yang maha hebat kononnya Malaysia telah mencuri tarian mereka. Kesannya sebahagian rakyat Indonesia terlampau emosi hinggakan sanggup berdemo, membakar jalur gemilang serta membaling telur di kedutaan Malaysia di sana. Lebih malang lagi apabila ada diantara mereka menjadi sukarelwan untuk berperang dengan Malaysia. Bukan itu sahaja kumpulan berkenaan juga telah membuat sekatan dijalan - jalan tertentu dengan bersenjatakan buluh runcing dengan niat untuk menahan rakyat Malaysia yang berada di sana. Apa yang hebatnya tarian pendet ini hinggakan menjadikan rakyat Indonesia menjadi gila!! Untuk berita selanjutnya..Indonesians issue war threat over Malaysian 'dance theft' dan DUTA INDONESIA DIPANGGIL MENGADAP; BILIK GERAKAN DITUBUH UNTUK PEMANTAUAN.



Kita di Malaysia pula tidak terikut - ikut rentak rakyat Indonesia dengan berdemo derta membakar bendera mereka. Tak ada pula kumpulan sukarelawan yang sanggup berperang dengan mereka. Tak ada pula kumpulan (walaupun geng lembu) yang membuat sekatan mencari dan menahan rakyat Indonesia di jalan - jalan. Cuba tengok di Kota Raya, ramai geng - geng Indon steady melepak di sana serta boleh membuka gerai lagi. Yang menahan rakyat Indonesia di sini hanyalah penguatkuasa Imigresen yang mencari pendatang haram. Bukan rakyat Malaysia tidak patriotik tapi dengan demo dan membakar bendera tidak menyelesaikan masalah.

Apa itu tarian Pendet? Apa yang hebatnya? Hasil carian diinternet:

"Tari Pendet or Pendet Dance is a traditional dance from Bali Indonesia that was originally a dance of religious worship. Tari Pendet is used to play in a Hindu's Temple in Bali. This dance symbolizes the reception on the descent of gods into the earth. Lately, over the development period, the Bali artists change this dance to be a welcome dance although it still contains of sacred-religious symbols. "




Jelas sekali tarian ini bukanlah tarian yang berasal dari Malaysia sebab bangsa melayu di Malaysia tidak mengamalkan ajaran hindu (geng - geng kepala lembu?). Ia merupakan tarian keagamaan hindu Indonesia. Hindu di Malaysia tidak ada tarian macam tu! Jelasnya ini adalah hanya kesilapan teknikal sahaja. Hanya sekadar untuk iklan sahaja. tak perlulah rakyat Malaysia emosi dengan perkara ini hinggakan menyebabkan hubungan serumpun kedua - dua negara menjadi tegang.

Akal, Mata dan Hati:-

Rasa - rasanya isu antara Indonesia dan Malaysia bukan ini sahaja. Masalah pembantu rumah, isu tuntutan pulau dan banyak lagi sering disensasikan oleh media Indonesia. Jika Malaysia dan Indonesia bermusuh antara satu sama lain, siapakah yang akan mendapat untung? Sudah tentulah Siangapura dan iklan ini telah di buat di sana? Adakah ini satu kebetulan? Adakah ini satu perang saraf yang dirancang oleh Singaliar? Fikir - fikirlah....

Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer


K'tangan kumpulan sokongan terima RM500
Sep 9, 09 4:38pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA


Akal, Mata dan Hati:-

Terima kasih PM. Jasamu dikenang. Zaman Paklah penjawat awam dapat min rm1000. Zaman Najib cuma rm500. Najib memang pakar ekonomi. Menjimatkan duit rakyat! Pak Lah pemboros dan tak pandai urus duit. Dapat rm500, dibayar secara installment 2 kali. Sebelum aidilfitri dan pada disember pula. Kalau lewat ada charge interest tak? Memang Najib bijak uruskan duit. Dengan RM500, penjawat awam harus bersyukur manakala dengan ratusan juta, mereka yang bersyukur...




Raya kali ini untuk penjimatan yang lebih, gunakan basikal untuk kemana - mana. Gosok - gosok basikal lama. Bikin cantik - cantik. "Environmental friendly"

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" -
(Rakyat Dikemudiankan, Poket Diutamakan)
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Harga petrol dan diesel turun - BERITA HARIAN SINGAPURA

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam. Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam. Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2. Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun. Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari. Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68. Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.

Akal, Mata dan Hati:-
Malang sungguh rakyat Malaysia. Negara pengeluar minyak tp harga minyak mahal daripada negara pengimport minyak. Hairan bin ajaib nih.. Apa - apa hal pun, diucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia!!! Kepada PM dan Menteri Harga Minyak, JASAMU Dikenang!!! Terima Kasih...

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" -
(Rakyat Dikemudiankan, Poket Diutamakan)
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Aksi-aksi orang - orang melayu yang mengaku beragama islam yang membantah pembinaan kuil hindu di seksyen 23..



Akal, Mata dan Hati:-

Malang sungguh bilamana keadaan ini berlaku semasa bulan ramadhan yang penuh berkat. Sepatutnya majlis ini berjalan dengan suasana harmoni demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tetapi kelakuan insan - insan yang mengaku islam ini telah mencemarkan kemuliaan ramadhan ini. Penganut Islam akan kelihatan seperti mengamalkan ajaran yang ekstrimis yang tidak boleh diajak berunding dengan baik. Disarankan agar mereka ini dihantar ke Palestin. Berjuang menentang Yahudi LaknatuLLAH..

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Diucapkan terima kasih kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan perdana menteri Malaysia kerana telah menaikkan harga minyak ron95 daripada rm1.75 kepada rm1.80 berkuatkuasa 1 sept 2009. Kami rakyat Malaysia berasa terharu atas hadiah yang diberikan sempena ramadhan yang mulia ini. Bagi kami kenaikan sebanyak 5 sen tu apalah sangat memandangkan kami rakyat Malaysia suka menderma kepada "orang - orang yang memerlukan wang untuk membeli / menambah harta kekayaan masing - masing".


Kepada pakcik - pakcik yang tinggal dikampung yang tidak menggunakan kereta - kereta mewah pasti bersyukur atas kurnia ini kerana penghapusan minyak ron 92 yang lebih murah daripada minyak ron 95 sebanyak 5 sen. Enjin motor ex5 mereka kini " mesra alam" tak macam dulu walaupun mereka terpaksa mengeluarkan wang saku mereka untuk top up duit minyak. Tak banyak cuma tambah budget lebih kurang rm1.40 sebulan. Mereka pun tak kisah dan percaya 110% dengan apa yang di beritahu semasa pengumuman kenaikan minyak oleh pak menteri. Kata pak menteri " kerajaan tak leh tahan dengan kenaikan harga minyak kini yang dah melambung ke harga $82 setong (walhal tak cecah pun)". Kami percaya dengan apa yang diberitahu sebab kami yakin lambang dancing yang dijaja semasa pulihanraya membawa maksud bersifat adil dan sakasama (itu yang kami dok fikir)... Kami tak pernah mengecewakan kerajaan walaupun janji - janji kerajaan adakalanya tak tertunai...


1Malaysia berbangga dengan Menteri Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Perdana Menteri.. Terima Kasih!!!!!!!!!!!!!







Wajah - Wajah Pembela Rakyat...
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Rakyat Dikemudiankan, Kroni DiUtamakan)..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang.

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
Chef Engineer

Semoga ruh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang - orang beriman... Al - Fatihah..

Senator, profesor OKU terhebat meninggal
Ogos 27, 09 11:45am

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.


Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama. Selanjutnya...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Saya dapat artikel ini dari email rakan yang bagi saya menarik untuk dikongsi bersama dengan anda. Mengenai kebenarannya saya tak pasti tapi itulah yang dicerita didalam artikel itu. Bacalah semoga anda mendapat sesuatu daripadanya... Itulah kekuasaan Allah...

Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).




Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
Chef Engineer
Untuk Tontonan Anda Semua...














Chef Engineer
Filem Pendek Bertajuk Pokok..



Akal, Mata dan Hati:-

Betul ke apa yang Tok Guru bagitau dalam filem tu? Adakah ajaran sesat yang disampaikan? ANDA YANG MENENTUKANNYA....
Chef Engineer
Pilihan raya kecil Kota Seputeh? SPR umum minggu depan

Oleh G. MANIMARAN

BUKIT MERTAJAM: Status sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh di Kedah akan menyaksikan pilihan raya kecil - yang kesembilan sejak Mac 2008 akan diketahui minggu depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat minggu depan.

"Mungkin depan kita akan mengumumkan," kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini semalam.

Kata beliau, soal sama ada ia perlu diisytiharkan kosong ataupun sebaliknya sedang dikaji.

"Kita kaji dari semua sudut," kata beliau sambil menambah, biar pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berakhir dulu.

Beliau diminta mengulas perkembangan isu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Awal minggu lalu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Malaysiakini...

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-

Benarkah penangguhan hukuman itu disebabkan ia mendapat liputan media antarabangsa yang meluas? Hinggakan kerajaan bakal menerima tekanan daripada negara - negara barat (kafir laknatullah)? Tekanan dari segi ekonomi dll yang menyebabkan penasihat undang - undang negara (peguam negara) meminta penangguhan? Bukankah Kerajaan BN selalu melaungkan merekalah pejuang agama Islam yang sebenar dan UMNO bukan ISlam Plastik (bukan Palestin) sepertimana yang dinyatakan oleh TGNA?

Hukuman ini bukannya dijatuhkan kepada orang - orang Kafir dari kalangan pelancong tetapi rakyat Malaysia yang beragama Islam yang memilih untuk disebat sebagai hukuman. Sememangnya barat tidak senang akan tindakan ini dan melebelkan ia sebagai hukuman yang zalim. Mereka ini mempunyai agenda untuk merendahkan martabat Islam.

Puan Kartika dah redha akan ketentuan bahawa dia akan menerima hukuman sebat atas kesalahan meminum arak (air kencing syaitan) yang mana jelas haram disisi ISlam. Semoga dengan hukuman ini akan menjadikan Puan Kartika dan orang - orang ISlam yang lain insaf akan perbuatannya.

Negeri Pahang bakal menjadi negeri contoh kepada negeri lain dalam melaksanakan hukuman yang sepatutnya.. 1Pahang... Baru orang respek... Negeri pun, InsyaAllah akan menjadi Makmur dan dilimpahi Rahmat dariNya...

Kartika case whips up an international media frenzy


PETALING JAYA: The case of model Kartika Sari Dewi Shukarno, who is to be caned for drinking beer, has caught international attention.

From Australia to Indonesia, Thailand, China, Germany, the United States and Britain, news of her impending sentence has thrust Kartika into the international limelight and into most blog chats.

CNN (Cable News Network), BBC (British Broadcasting Corporation) and other leading television stations have also highlighted her case as one of the top stories of the day.

They carried a story of her predicament yesterday, especially when her sentence was temporarily aborted because of the fasting month. Selanjutnya...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Amanat Khas: Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat Seru Pengundi Pilih Saudara Saleh Man !!

Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.


Akal, Mata dan Hati:-


Adili dengan sebijaknya... Anda boleh mengetahui kebenarannya...
Chef Engineer

Malaysiakini...

kemaskini 3.56pm Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyaman anggota parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM500 juta kerana mendakwa Tiong mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Ong, yang juga presiden MCA, memfailkan writ saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi ini melalui Tetuan Tan, Goh & Associates. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-



Lawan jangan tak lawan. Nama kena bersih. Baru rakyat respek bukan macam sesetengah pemimpin melayu islam, bila di ajak bersemuka, tak mahu... Nasib la...


Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Malaysia Kini...

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah lama berniat meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati akibat kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti, kata seorang pembantunya.

Elias Saad berkata Mohd Radzhi mulai kini berhak bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk meneruskan agenda Melayu yang, menurutnya, menjadi "agenda perjuangan yang terpendam selama ini."

"Perkara ini dia sudah lama simpan, baru sekarang diluahkan. Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri," kata Elias ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Selanjutnya... dan ini...

Akal, Mata dan Hati:-

Beginilah jadi jika kita bekerja kerana pangkat, kuasa dan duit. Jika kita bekerja kerana Allah nescaya perkara ini takan berlaku. Nawaitu kita kena tetap iaitu untuk membantu rakyat kerana ALLAH.. Itu lah sepatutnya kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, kuserahkan kepada Allah tuhan semesta alam..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Akal, Mata dan Hati : -

Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Hambakanlah Diri pada ALLAH s.w.t sepenuhnya... Jika anda;

  1. Seorang peminat karaoke, teruskan karaoke dengan membaca Al-Quran (
    sampai khatam - mengaji quran ler).
  2. Seorang yang suka keluar malam, teruskan keluar malam dan pergilah ke masjid - masjid untuk qiamullail sehingga akhir ramadhan.
  3. Seorang peragut; rebutlah pahala dengan bertarawikh di masjid-masjid, musolla serta rumah.
  4. Seorang yang selalu berkhalwat dengan perempuan, berkhalwatlah dengan ALLAH sepanjang malam.
  5. Seorang peminum arak (air kencing syaitan), basahkan tekak anda dengan zikrullah.
  6. Seorang pencaci aib orang, teruskan mencaci diri anda sendiri kerana azab ALLAH di akhirat.

    Peringatan ini adalah untuk saya dan anda semua..Semoga ALLAH mengampuni kita dan memberi petunjukNYA... Marilah sama - sama berubah ke arah kebaikan... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.... WALLAHUA'LAM...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa

Ogos 20, 09 7:15pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA

Akal, Mata dan Hati:-

Kalau kita rasa kita betul tapi orang lain kata kita salah, kita kena semuka dengan mereka. Bermuzakarah mengenai perihal yang berkaitan. Cari yang mana betul. Tak der apa yang dirisaukan jika kita berada dipihak yang benar... Amacam Majlis Fatwa? Ada berani ke?? Jangan tersalah beri keterangan yang boleh meragukan umat islam di Malaysia yang sememang dah konfius dengan Islam Hadhari... Selamat Mencari Kebenaran!!!
Labels: 3 comments | | edit post
Chef Engineer

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Ogos 20, 09 6:39pm

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.


Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-

Itu duit raya pakcik... Depa nak tengok respon daripada penerima.. Kiranya tengah buat bancian. Berapa ramai yang boleh terima duit tu.. Kalau ok, depa baru bagi duit betui... Biasalah test market... Tapi pakcik kuat iman. Cepat - cepat pakcik war -war pada orang ramai... mmmm...ada yang berani mengaku dia buat ker? Kesian la kat orang ramai, kalau nak kasi, kasi la duit betul - betul. Baru boleh buat belanja. Kalau Pakcik tu tak periksa pastuh terus gi bebelanja, tak ke naya. Kena tangkap dengan polis sebab simpan/guna duit palsu... Penaya orang je...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

SUNGAI SIPUT: “Jika boleh saya mahu keluarga dan sanak-saudara dibenar menyaksikan saya dirotan.

Malah, saya juga memohon supaya media dibenar membuat liputan ketika hukuman itu berlangsung,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Model sambilan itu mengulas hukuman enam sebatan secara syariah yang bakal dijalaninya di Penjara Wanita Kajang selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan, pada 11 Julai 2008

“Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apapun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan
Selanjutnya...


Akal, Mata dan Hati:-


Saya mengharapkan agar ALLAH memberi hidayah kepada KArtika untuk terus menjauhi daripada kemungkaran. Dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya akan memberi kesedaran kepada mereka yang masih lagi hanyut serta lalai... Bertaubatlah segera sementara masih bernyawa ini. Peringatan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan saudara/i sekalian. Hidup di dunia hanya sementara....




Ni bila plak nak kena sebat!!! Degil betul..