Chef Engineer


Kenapa perlu runsing mengenai perhimpunan rakyat bagi memaklumkan bahawa setiap pilihanraya yang diadakan perlu dijalankan secara telus dan adil? Aku rasa jika pilihanraya bergerak/dilaksanakan dengan adil, maka semua pihak BN, PR dan rakyat mendapat manfaat yang sepenuhnya. Kepercayaan terhadap pemimpin akan meningkat, kehormatan terhadap kesaksamaan juga meningkat. Kerajaan yang dilantik akan dihormati dan dapat menjalankan tugas dengan baik. Apakah ini tidak diperlukan oleh pihak mereka. Kenapa masih terdapat pihak yang membantah ia dijalankan?

Dua hari lepas didalam satu slot berita terdapat pemimpin NGO beria-ia membantah perhimpunan ini sehinggakan menggugut jika ia tidak dibatalkan pihak mereka akan juga mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dan pemimpin tersebut memberi amaran bahawa pertembungan akan berlaku pada hari itu. Masya Allah... Bila pertembungan berlaku adakah mereka dapat mengawal emosi masing - masing?

Pada pendapat hamba perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman seperti mana sambutan perayaan yang sering dijalankan saban tahun. Macam-macam perayaan yang telah dijalankan. Thaipusam, Sambutan Maulidurasul dll... Di atas jalan juga ia berlangsung. Bilamana tiada provokasi atau sabotaj yang berlaku, maka kekecohan dapat dihindari. Adakah sambutan sebelum ini berlaku kekecohan? Tiada sebab pihak polis seiring dengan pengajur dalam mengawal keadaan. Tetapi sebaliknya jika tiada kerjasama daripada pihak berkuasa, jaminan untuk ia berjalan secara aman, amatlah tipis. Sabotaj akan berlaku dan pertembungan juga boleh berlaku. Masa itu huru hara lah jadinya.


Akal, Mata dan Hati :- Dari Rakyat Untuk Rakyat.
Labels: , | edit post
0 Responses