Chef Engineer
Sebut pasal kawen, semua org teringin. Sunnah beb. Sunnah yang paling senang. Tp skarang ni masalah duit hantaran yang menjadi salah satu punca kepada kelewatan perkahwinan seseorang individu. Harga petrol dan diesel dah naik terpaksalah bakal pak mentua dan mak mentua naikkan harga hantaran.. Dulu rasanya hantaran kalau dah RM3k dah kira besar. Masa aku kahwen, hantarannya dah RM8k. Sekarang ni aku rasa dah capai RM10k kot.


Aku rasa ini tak salah (kenaikkan duit hantaran) kerana semua benda kena beli ngan duit. Tp bawa berundinglah dulu dgn bakal menantu. Sian gak. Bakal menantu terpaksa buan loan utk kahwen. Ini dah jadi satu masalah. Berhutang untuk kahwen...Apa-apa pun mesti ikut kemampuan.


Tahniah kepada Kugem kerna kau dah kahwen. Tumpang gembira sbb dalam ramai kengkawan engkolah yang agak lewat (lewat ye bukan liwat) kahwin. Sedondong warna rasmi USM baju pengantin kau (purple). Siap ngan keris sampai ke dada. Sama padan dan sama cantik. Cam pinang dibelah 4. hehehe..gurau jerr..

Apa-apa pun aku harap kau dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri sampai akhirhayat. Dapat anak2 yang montel cam kau.. Aku dah ada dua beb.... Kira terer lah aku ni... Kau jgn kalah ngan aku...


** pssst...: Besar tanggungjawab jadi suami ni... tp itulah kemanisan dalam menempuhi alam berkeluarga.. selamat berjaya..
0 Responses