Chef Engineer
Cerita 1

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki : “Hello..... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!”

Jururawat : “Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?”

Lelaki : “Apa la punya bangang... ni laki dia la!”

Jururawat : “Erkkk...”


Cerita 2

"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! "

Cerita 3

Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di saf depan memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh

Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak

Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek

Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..

Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh

Cerita 4

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.....Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku.. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
0 Responses