Chef Engineer


Kebelakangan ini tanpa alasan yang kukuh, rakyat Indonesia menjadi begitu sensitif dengan perkara - perkara yang remeh lagi temeh berkenaan hal Malaysia. Terbaru, isu tarian pendet yang disiarkan di dalam saluran Discovery untuk iklan melawat Malaysia telah mendapat tentangan yang maha hebat kononnya Malaysia telah mencuri tarian mereka. Kesannya sebahagian rakyat Indonesia terlampau emosi hinggakan sanggup berdemo, membakar jalur gemilang serta membaling telur di kedutaan Malaysia di sana. Lebih malang lagi apabila ada diantara mereka menjadi sukarelwan untuk berperang dengan Malaysia. Bukan itu sahaja kumpulan berkenaan juga telah membuat sekatan dijalan - jalan tertentu dengan bersenjatakan buluh runcing dengan niat untuk menahan rakyat Malaysia yang berada di sana. Apa yang hebatnya tarian pendet ini hinggakan menjadikan rakyat Indonesia menjadi gila!! Untuk berita selanjutnya..Indonesians issue war threat over Malaysian 'dance theft' dan DUTA INDONESIA DIPANGGIL MENGADAP; BILIK GERAKAN DITUBUH UNTUK PEMANTAUAN.



Kita di Malaysia pula tidak terikut - ikut rentak rakyat Indonesia dengan berdemo derta membakar bendera mereka. Tak ada pula kumpulan sukarelawan yang sanggup berperang dengan mereka. Tak ada pula kumpulan (walaupun geng lembu) yang membuat sekatan mencari dan menahan rakyat Indonesia di jalan - jalan. Cuba tengok di Kota Raya, ramai geng - geng Indon steady melepak di sana serta boleh membuka gerai lagi. Yang menahan rakyat Indonesia di sini hanyalah penguatkuasa Imigresen yang mencari pendatang haram. Bukan rakyat Malaysia tidak patriotik tapi dengan demo dan membakar bendera tidak menyelesaikan masalah.

Apa itu tarian Pendet? Apa yang hebatnya? Hasil carian diinternet:

"Tari Pendet or Pendet Dance is a traditional dance from Bali Indonesia that was originally a dance of religious worship. Tari Pendet is used to play in a Hindu's Temple in Bali. This dance symbolizes the reception on the descent of gods into the earth. Lately, over the development period, the Bali artists change this dance to be a welcome dance although it still contains of sacred-religious symbols. "




Jelas sekali tarian ini bukanlah tarian yang berasal dari Malaysia sebab bangsa melayu di Malaysia tidak mengamalkan ajaran hindu (geng - geng kepala lembu?). Ia merupakan tarian keagamaan hindu Indonesia. Hindu di Malaysia tidak ada tarian macam tu! Jelasnya ini adalah hanya kesilapan teknikal sahaja. Hanya sekadar untuk iklan sahaja. tak perlulah rakyat Malaysia emosi dengan perkara ini hinggakan menyebabkan hubungan serumpun kedua - dua negara menjadi tegang.

Akal, Mata dan Hati:-

Rasa - rasanya isu antara Indonesia dan Malaysia bukan ini sahaja. Masalah pembantu rumah, isu tuntutan pulau dan banyak lagi sering disensasikan oleh media Indonesia. Jika Malaysia dan Indonesia bermusuh antara satu sama lain, siapakah yang akan mendapat untung? Sudah tentulah Siangapura dan iklan ini telah di buat di sana? Adakah ini satu kebetulan? Adakah ini satu perang saraf yang dirancang oleh Singaliar? Fikir - fikirlah....

Labels: | edit post
2 Responses
  1. Media Cyber Says:

    manusia bodoh spt mereka usah dilayan.. hanya kerana tarian pun nak jejaskan hubungan 2 hala malaysia indonesia. semangat patriotik haprak dorng tu!


  2. betul tu bang. Mereka nak raih perhatian daripada pemimpin mereka bahawa mereka yg berdemo tu lapor dan takder kerja... Baik buang masa dengan ganggu orang Malaysia dan Negara Malaysia.. Sempit sesempitnya pemikiran mereka..