Chef Engineer

Dimanakah silapnya? Islam agama yang sempurna dari segenap sudut. Sempurna hingga ke akhir zaman serta sesuai di mana-mana sahaja penganutnya berada. Ajaran Islam yang mentauhidkan Allah yang Maha Esa mengajar umatnya berbuat baik sesama insan walaupun berlainan agama, politik serta bangsa. Memang cukup sempurna ajaranya. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita walaupun kadangkala kita sentiasa lupa padaNYA.

Peristiwa yang berlaku sebelum ini yang menggegarkan bumi Malaysia serta menyedarkan umat Islam bahawa perlunyanya mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh agama lain selain agama Islam... AlhamduliLLAH kita dapat lihat tanpa mengira fahaman politik isu ini telah menjadi besar dan seperti yang telah diduga ia bakal menyalakan perbalahan antara dua penganut agama. Mengikut malaysiakini 'Gereja hangus dibaling bom petrol' , berita ini telah menyemarakkan lagi sentimen ini. Seperti yang diduga 'kenyataan ini akan dikeluarkan' bagi memaklumkan bahawa salahnya perbuatan yang telah dilakukan.


Ini mungkin berlaku akibat rasa tidak puas hati serta kecewa dengan keputusan mahkamah yang telah diputuskan. Namun begitu adakah ini menyebabkan penganut Islam hilang pertimbangan serta kewarasan hinggakan membakar rumah ibadat agama lain? Adakah kita sudah habis cara serta ikhtiar untuk menghalang mereka daripada menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka? Tindakan pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan mengundang persepsi yang buruk keatas agama Islam itu sendiri.


Akal, Mata dan Hati :-

Persoalannya di sini, adakah penganut - penganut Kristian akan berdiam diri?? Api semakin marak! Dimana BOMBA?
Labels: | edit post
0 Responses