Chef Engineer
Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
Jul 16, 10 4:50pm

Kongsi 3588Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.


Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang
Akal, Mata dan Hati:-

Kalau kita kata akhbar ni barua KERAjaan, marah plok orang - orang pro kerajaan. Kalau kita kata akhbar tak beri maklumat yang tepat, depa marah jugak. Kalau kita kata akhbar ni selalu bagi maklumat mengelirukan, demo cakap tak keliru. Rupanya akhbar arus perdana ni telah diarahkan oleh KERAjaan utk berbuat demikian. Dimanakah ia kebebasan akhbar media perdana PRO Kerajaan ini? Adakah ini adil buat rakyat jelata. Adalah normal bagi rakyat yang waras jikalau merungut apabila Barang Naik!! Siapa yang mahu keluarkan duit lebih untuk membeli barangan? Memang patut pun rakyat bersuara atas kenaikan ini.
Alangkah bagus Kerajaan dapat menambahkan pelaburan asing ke negara kita bagi menampung serta menambah pendapatan negara. Kita kena tingkatkan usaha supaya para pelabur boleh melabur di Malaysia dan tidak ke negara lain. Jangan hanya mencari jalan yang singkat sahaja dengan hanya membebankan rakyat.
Labels: | edit post
0 Responses