Chef Engineer

Telling your wife she's not pretty may soon be an offence

By MUGUNTAN VANAR

KOTA KINABALU: A husband telling his wife that she is no longer pretty in an attempt to humiliate her can be classified as an emotional violence offence if amendments are made to the Domestic Violence Act (DVA)1994. more..


Yang ini pun cantik..


Yang ini lagi lah cantik..

Akal, Mata dan Hati:-

Wahai sang suami, amalkan selalu memuji kecantikan isteri. Janganlah cuba sekali - kali mengatakan isteri kamu itu tak cantik kerana anda boleh didakwa.... Sesungguhnya isteri kamu itu adalah yang terbaik untuk anda..
Chef Engineer

Alahai PKR. PRK Dun Penanti tidaklah sehangat PRK yang lain yang melibatkan pertandingan di antara PR dengan BN. Kali ini hanyalah melibat PKR dengan calon - calon nyamuk (bebas) namun begitu nyamuk yang hadir ini bukan lah sebarang nyamuk tapi nyamuk aedes yang boleh bawa maut kepada pesakit.

Aminah Abdullah (calon bebas cap kunci) membuat laporan polis dan SPRM yang tercinta bahawa terdapat wakil PKR telah berjumpa beliau dan menawarkan ganjaran kepada beliau agar menarik diri dari PKR DUN Penanti. Sila klik disini.. Nyamuk aedes ini telah membuatkan PKR pening - pening nyamuk dan telah memberi gambaran yang tidak baik kepada pengundi DUN Penanti. Rakyat akan beranggapan bahawa PKR ini tidak ubah seperti UMNO suatu ketika dahulu. Mungkin kerana menggunakan acuan yang sama?

Namun begitu PKR seharusnya cepat - cepat buat laporan polis dan dakwa Aminah jika dakwaan itu bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti PKR. Sekarang rakyat semakin bijak dalam membuat pilihan dan rakyat yang bijak tidak terpengaruh dengan dakyah yang memesongkan.
Labels: 3 comments | | edit post
Chef Engineer
Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan


Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah. Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan. Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli
Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan.

DR. MANGSA RAGUT
Kuala Lumpur

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Semua telah sedia maklum dengan keputusan mahkamah berkenaan dengan kes Nizar VS Zambry yang mana telah memihak kepada Zambry. Ramai telah menjangkakan keputusan ini dan ianya tidak menghairankan mana - mana pihak. Baik PR mahupun BN. Bagaimanapun DS Nizar akan memfailkan rayuan mengenai keputusan mahkamah tersebut.

Begitulah keadaannya di Perak, Negeri bertuah yang bakal menjadi pemangkin kepada kejatuhan BN pada pilihanraya akan datang. BN merasakan cara yang dilakukan nya bukan penyebab kepadad krisis ini da sering menyalahkan PR manakala PR pula berusaha untuk membubarkan DUN Perak agar rakyat dapat membuat pemilihan yang baru bagi mentadbir Perak. Niat PR tidak dilayan oleh BN dan beranggapan perbuatan mereka bermaruah dan diredhai oleh rakyat.

Berikut adalah kata - kata pemimpin BN mengenai krisis di Perak setelah mahkamah memutuskan keputusan mahkamah terdahulu adalah salah dan memenangkan BN dengan menjadikan Zambry sebagai MB yang sah. Dipetik daripada Mingguan Malaysia; 24 May 2009.

Menteri Besar Mahkamah Perak; DS Dr Zambry;

"Untuk mengurangkan bahang politik ini, ahli - ahli politik mestilah melaksanakan peranan dan tugas dengan tidak mencetuskan huru - hara atau suasana yang membimbangkan rakyat."

(ya, sewaktu BN merampas Perak dengan cara terhormat dan membuat rayuan penangguhan keputusan setelah mahkamah mengesahkan Nizar selaku MB yang sah, adakah tindakan Zambry itu tidak menhuru - harakan keadaan Perak?)

Ibrahim Ali; Presiden KATAK

"Desakan pembangkang agar DUN Perak dibuabrkan membuktikan pakatan itu bersikap hipokrit dalam perjuangan politik."

(Siapa yang hipokirit? dari UmNO ke Semangat 46 dan guna tiket Pas untuk menang idak hipokrit? YB bukan pembangkang juga ke?)

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno

"Pembangkang seharusnya akur keputusan mahkamah yang mengesahkan tindakan Sultan Perak, melantik Zambry tidak bertentangan undang - undang."

(BN tidak akur juga dengan membuat rayuan penangguhan keputusan mahkamah dahulu?)

S. Veerasingam, Naib Presiden MIC

"Pembangkang sepatutnya menerima hakikat bahawa BN berhak perintah Perak."

(PR lagi berhak untuk perintah Perak dan BN telah huru - harakan keadaan.)

Ketua Pemuda MCA, Dr. Wee Ka Siong

"Saya kesal pembangkang cuba terus mengheret isu ini berlarutan kerana ia menjejas tumpuan kerajaan negeri bangunkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat di Perak."

(Ketua Pemuda MCA ni banyak makan semut itu pasal dia lupa siapa yang mulakan dahulu huru - hara ini. YB sepatutnya penya PA dan PDA yang telus!!)


Akal, Mata dan Hati:-

Rakyat bukan buta dan pekak. Krisis di Perak boleh menjadi pemangkin kepada kejatuhan BN pada pilihanraya akan datang. Rakyat semakin bosan dengan sikap hipokrit BN yang kononnya sering memperjuangkan demokrasi dan kebajikan rakyat walhal sebaliknya berlaku. PM seharusnya berlaku adil dengan demokrasi dan menyelesaikan perkara ini secara telus. Selesaikan dahulu imej DS supaya rakyat akan menghormati DS PM.

Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer
Saya ada terima email daripada rakan berkenaan memo yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat kepada staff muslim yang bekerja di syarikat berkenaan. Memo tersebut adalah bagi memaklumkan tidak diberi kebenaran untuk melakukan ibadah solat diwaktu pejabat pada sebelah tengah hari dan petang kecuali pada hari jumaat. Ingatkan perkara ini berlaku di luar negara tapi malangnya berlaku dalam negara kita... HARAM JADAH BETUL!!!





Chef Engineer
Pada setiap tahun tanggal 16 Mei, kita sering mendengar ucapan "Selamat Hari Guru" dicorong - corong radio dan di mana jua. Guru yang tak jemu - jemu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Inilah insan yang patut dihormati selain daripada ibu dan bapa kita. Tanpa mereka kita tidak berjaya dalam kehidupan.

Saya masih teringat zaman persekolahan saya semasa di darjah rendah dan menengah. Pada waktu terutama sekolah rendah, saya cukup takut dengan guru. Bukan setakat diwaktu sekolah malahan diluar waktu juga saya agak runsing bilamana melihat guru dari jauh. Berdesup lari...Menyorok... Ntah kenapa jadi begitu, bukan saya sahaja malahan rakan - rakan lain juga sama dengan saya. Bagi saya guru ada aura yang menggerunkan... Saya sering kena marah dek guru yang mengajar dan pernah saya dipukul oleh guru dengan kayu pelapik kaki meja di punggung akibat membuat bising dan saya sama sekali tidak melaporkan kepada mak dan ayah saya mengenai perkara itu. Takut kena rotan lagi di rumah. Aura menggerunkan inilah yang menyebabkan saya dan rakan - rakan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR pada tahun 1989.

Zaman berganti zaman dan kemodenan mula menjelma. Di dada akhbar sering kita terbaca kejadian pergolakkan antara murid dan guru serta acara saman menyaman ibu bapa ke atas guru berkenaan perkara yang remeh. Asal kena rotan, mulalah guru tersebut dipersalahkan sepenuhnya. Kena mohon maaf dengan keluarga pelajar dan pelajar itu sendiri. Zaman saya tak pernah hal ini berlaku. Guru - guru memperolehi kuasa penuh termasuk merotan untuk mengajar anak - anak asalkan tidak patah anggota badan.

Memang mencabar profesion perguruan masa kini. Kedegilan pelajar masa kini kian memeningkan guru - guru. Abang saya seorang guru di sekolah Teknik, pernah di cabar bergaduh oleh anak murid sendiri yang disokong oleh ayahnya. Hebat-hebat.. Kesnya kerana pelajar tersebut ditangkap angkara menghisap rokok di kawasan sekolah.

Mengapa pelajar masa kini hilang rasa hormat kepada guru - guru? Adakah silap guru yang tak pandai mendidik pelajar? Atau ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak? Atau persekitaran yang mengubah pelajar menjadi liar?

Wahai Insan - Insan sekalian, hormatilah GuRU anda.. Semoga mereka dirahmati ALLAH diatas keikhlasan mereka mendidik kita. Walaupun dah terlewat disebabkan faktor - faktor yang tidak dapat dielakkan, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru"..

Chef Engineer


Dia datang dengan lenggang lengguknya... Selesema Influenza A H1N1 (Selesema babi) dah sampai ke Malaysia dengan jayanya. 2 orang mangsa yang baru pulang daripada New York, US telah membawa virus itu ke Malaysia tanpa disedari olehnya. Kedua - dua pelajar itu dilaporkan di dalam keadaan stabil dan sedang dirawat dihospital kerajaan. Keluarga kedua - dua pesakit telah dikuarantinkan dirumah oleh pihak berkuasa. Kesemua penumpang pesawat daripada Newark, US dan LCCT ke Pinang yang dinaiki oleh pesakit - pesakit tersebut diminta hadir ke hospital kerajaan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut.

Akal, Mata dan Hati:-

Kini penyakit bahaya bukan hanya datang daripada negara dunia ketiga sahaja malah negara moden pun dah jadi pengedar. Apa - apa pun rakyat Malaysia diminta berhati - hati ketika diluar rumah. Dibawah disediakan serba sedikit info berkenaan Influenza A H1N1 yang diperolehi daripada email rakan. Berhati - berhati..

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat "pandemik"™ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja..


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc. gov/swineflu/ investigation. htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini)..


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit...

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


1) Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

2) Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

3) Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

4) Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

1) Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
2) Jangan pergi ke sekolah;
3) Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
4) Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
5) Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
6) Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

1) Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
2) Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

1) Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
2) Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
3) Tidak minum air yang secukupnya;
4) Tidak bangun dan berinteraksi;
5) Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
6) Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
7) Demam dan beruam..


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh. gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Labels: 1 comments | | edit post
Chef Engineer

I want to be the people’s PM, says Najib


PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has voiced his preference to forgo formalities and instead be on the ground to undertsand the reality and needs of the people.

“I want to be the people’s Prime Minister. I am with the people and I will always be with them... Berita Lanjut...

Akal, Mata dan Hati:-

  1. Langkah pertama Tok Jib selaku "pemimpin rakyat", beliau menolak kehendak rakyat untuk mengadakan pilihan raya di Perak bagi menggelakkan kekalahan BN di sana.

  2. Langkah kedua pula dengan membenarkan kenaikan harga minyak petrol Ron 97 sebanyak 20 sen mulai 1 september 2009 dan menggantikan Ron 92 dengan Ron 95 dengan harga Ron 95 iaitu RM1.75 seliter. Minyak Ron 95 lebih mahal daripada Ron 92 sebanyak 5 sen. Alasan Ron 95 lebih bermutu daripada Ron 92. Ron 97 merupakan kegunaan ramai bagi pengguna kenderaan di Malaysia.

  3. Banyak lagi langkah - langkah akan diambil untuk menguntungkan rakyat - rakyatnya. Kita tunggu dan lihat.. Hidup Tok Jib..

Inilah dia "pemimpin rakyat" kita.... lu pikirlah sendiri wei...


Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Kemelut T'ganu: Idris dan MB bersemuka

Muda Mohd Noor May 13, 09 5:46pm

Kesemua ADUN BN dan ketua Umno bahagian di Terengganu - termasuk Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said - akan bersemuka dalam satu perjumpaan yang sedang diatur oleh pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehari dua lagi, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

"Saya sedang menetapkan masa dan tempat untuk mengadakan perjumpaan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya petang ini. Berita selanjutnya..

Akal, Mata dan Hati:-
Aiseyman..dah satu team pun masih lagi ada masalah. Tuanku Sultan Terengganu dah lantik MB mengikut pertimbangan baginda. Bising bakpe? Masalah dalamang hok orang dok napok, doh orang jadi tahu belake. Dok ke tolol.. Akur dulu la dengang titah perintah Tuanku. Doksoh dok care la. Kalu MB Mat said Cedes dok panda, biar Tuanku bagi titah untuk tukar.. Beres kang.. Daulat Tuanku.. Bincang molek..

Labels: 3 comments | | edit post
Chef Engineer


Sumber Berita Hairan;

Tiga anggota polis UTK didakwa rompak

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu.

Sabaruddin Harun, 32; Ahmad Razi Abd Talib, 27; dan Aminuddin Salim, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan unit telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak.

Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada jam 11 malam, 11 April lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang peniaga, Zaidi Abdullah @ Mohd Yusoff, 34, turut didakwa dengan pertuduhan yang sama, pada tempat, waktu, tarikh yang sama dan membabitkan mangsa yang sama.

Sabaruddin yang juga adalah Koperal dari unit itu, turut menghadapi pertuduhan melakukan rompakan itu dengan menggunakan senjata api jenis ‘Glock’ dengan mungkin akan mendatangkan ketakutan dan cedera terhadap mangsa.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dan boleh dihukum mengikut akta yang sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak melebihi enam sebatan.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin membenarkan Ahmad Razi, Zaidi dan Aminuddin diikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta tidak boleh meninggalkan bandar Kuala Lumpur dan Selangor tanpa kebenaran mahkamah.

Manakala Sabaruddin tidak ditawarkan jaminan atas alasan kesalahan yang berat, bagaimanapun, dia yang diwakili peguam Pritam Singh Doal, memohon supaya mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan sakit tulang.

Zainal kemudian menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes ini dan mendengar semula laporan perubatan Sabaruddin bagi mahkamah mempertimbangkan jaminannya.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt menjalankan pendakwaan. - Bernama



Akal, Mata dan Hati:-


Inilah yang kita tak ingin dengar dan impikan. Mereka sepatutnya menjaga keamanan negara, bukannya turut sama memporakperandakan keamanan. Kerana nila bertitik - titik, rosak susu masam sebelanga. Boleh buang dalam longkang..issshhh..membazir betul. Saya Karamkapal melaporkan untuk anda..
Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer

Kini timbul isu YB - YB PR akan keluar/lompat parti dan ingin menjadi KATAK untuk menyertai Persatuan KATAK seMalaysia. Terkini mengikut maklumat daripada blogger UBN terdapat 2 YB PR akan melompat. Sila klik disini..

Namun begitu dengan begitu pantas ia telah disangkal oleh YB - YB berkenaan. Blogger yang pro PR bertanya secara langsung kepada orang yang terhampir (PA) dengan YB - YB berkenaan dan ianya dijawab secara langsung oleh YB - YB yang dimaksudkan. Jawapannya "FITNAH!" keluar daripada mulut YB - YB tersebut. Sila rujuk di sini.

Isu lompat melompat ni cuba dimainkan oleh pihak - pihak tertentu untuk menggambarkan keadaan dan situasi di Perak tidak perlu pembubaran dilakukan dan ini membolehkan Zambry menjadi MB yang sah menerusi undi tak percaya di dewan persidangan. Apa citer nih??


Akal, Mata dan Hati:-

Strategi yang keji??
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Dipetik daripada email rakan:-

Akal, Mata dan Hati:-
Babi pun nak glamer juga.. Rehat-rehatkan minda. Jangan stress..hehehehe...
Chef Engineer
PERMAINAN TARIK TALI MENTERI BESAR BAGI MEREBUT JAWATAN MENTERI BESAR PERAK. PERLAWANAN ANTARA PR vs BN.
Yang menjadi mangsa keadaan adalah rakyat negeri Perak. Ramai rakyat stress dengan krisis ini. Barangkali beginilah keadaan rakyat Perak, barangkali je.

Baby pun pandai tension. Yelah dia pun nak gi sekolah tadika dengan aman. "sabar ye dik"...


Berdenyut - denyut kepala saya ni..Bila nak pilihanraya semula????? - brader tukang sapu bangunan YIK Fong..



"Aiyah... ni macam tadak untung bisness. Polis ramai jaga maaa.."
-brader penjual VCD haram..



"Mak!.. Adik takut nak ke sekolah.." - bakal menduduki peperiksaan..


TAPI ADA INSAN YANG GUMBIRA DENGAN KEADAAN INI SAPA YEK??


"Tengok, saya mana ada stress. Walaupun mahkamah dah buat keputusan nizar MB sah, saya dapat tangguh!. Saya tadak stress pun. Lagi suka. Dapat perintah Perak lagi. Banyak best!!!!!"
- errr brader apa nama nih? lupa tanya!

"Huuu...huuu... Saya mana stress!! Saya sangat happy jadi PM. Kabinet dah luluskan naik minyak petrol ron97 sebanyak 20sen mulai sept 09. Tengok saya sudah jaga kebajikan rakyat. Rakyat mesti suka hati punya dengan kenaikan minyak ni... Saya dah ganti minyak ron92 dengan 95. Cuma rkyat kena bayar lebih sikit je.. Kita kena ubah gaya hidup!! Baru maju geng - geng saya.. Jangan stress Rakyat Malaysia.. Nanti cepat tua. Tak baik untuk kesihatan.. Maaf nak gi bilik temenung...aduhh..aduh...

Chef Engineer

Lihatlah betapa keruhnya hubungan Ir. Nizar dengan Raja Muda Dr. Nazrin Shah. Siap senyum-senyum lagi. Peristiwa sebelum majlis pengurniaan darjat oleh baginda; 12/5/09.



Ir. Nizar mengiringi Raja Muda Nazrin Shah selaku MB yang sah walaupun seketika.


Bertegur sapa dengan Dato' Mufti negeri Perak.



Ir. Nizar bergurau senda dengan Ketua Dewan Speaker Negeri Perak yang baru. Tapi apasal Datuk SUK yang berada sebelah Datuk Ganesan mukanya asam saja? Kontrol malu ke? Sabar
Dato. Ir. Nizar tak marah Dato' pasal kes dulu-dulu. Senyumla sikit...



Ir. Nizar, jangan duduk kerusi tu lama - lama. Kerusi panas tu. Jangan harapkan keduniaan.
Bubarkan DUN segera dan tak perlu hiraukan kerusi tu. Kalau ada rezeki PR menang, adalah rezeki Dato' Seri.



Dato' Dr Zambry, dok buat apa lagi tu? Jangan memeningkan rakyat Perak. Anda dah banyak susahkan rakyat Perak. Dato' Seri Tajol lagi bagus daripada anda.
Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer

Sumber daripada Berita Hairan...

Jangan letak syarat soal Perak: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak boleh meletakkan syarat jika mahu berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak.

Perdana Menteri juga berkata, pembangkang perlu saling menghormati jika mahu bekerjasama menangani masalah politik di Perak.

"Jika kerajaan boleh menghormati pembangkang, pembangkang juga perlu menghormati kerajaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan baka baru sawit Sime Darby di sini, petang ini.

Akal, Mata dan Hati:-

Pembangkang mahupun rakyat Perak khususnya serta Malaysia am nya akan lebih menghormati PM jika BN membiarkan Sultan Perak membubarkan DUN. Syarat tidak akan diperlukan jika pembubaran DUN berlaku dan PM tidak akan dipersalahkan di atas rampasan Perak yang telah berlaku. PM seharusnya mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman seperti Tun Mahathir serta KuLI yang mencadangkan pembubaran DUN. Tak salah jika PM mendengarpakai cadangan mereka dan ini akan menjernihkan lagi keadaan di Perak. Rakyat mengimpikan seorang PM yang pandai mentadbir negara serta menjaga kebajikan rakyat dan mempunyai akhlak yang terpuji dan patuh pada perintah ALLAH...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Apa punya malang betul nasib rakyat negeri Perak ni. Kerajaan negeri yang tak stabil betul - betul menyusahkan rakyat. Si topi merah asyik buat kawalan agar rakyat tidak membuat onar. PR dengan cadangan untuk bubar DUN agar membolehkan rakyat membuat pemilihan yang baru bagi membolehkan keadaan yang lebih stabil dapat didirikan. Disebelah pihak BN pula seakan tidak membenarkan cadangan / usul PR ini terjadi. Kenapa BN tidak dapat menerima cadangan serta usul yang dibuat PR? Bukankah itu akan menguntungkan rakyat? Jika benar BN membela nasib rakyat, terima sahaja usul yang dibuat oleh PR. Bertanding dalam pilihan raya secara adil. Rakyat Perak tidak bodoh dan buta!! Rakyat Perak cerdik - cerdik belaka dalam membuat pilihan.


Akal, Mata dan Hati:-
Siapa sebenarnya yang takut dengan pilihan raya????
Labels: 1 comments | | edit post
Chef Engineer
Dipetik daripada email rakan...
Tiga kali je...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...
Chef Engineer
Diperolehi daripada email rakan :

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam


Mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan.. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan kerana terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikut syariat Islam. Justeru itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Akal, Mata dan Hati:-
Semoga Allah melindungi kita daripada kekeliruan ini. Perbuatan yang jahat daripada musuh - musuh Islam untuk menjatuhkan umatnya.
Chef Engineer
Suatu kisah di Negara Mesia...

Mesia adalah sebuah negara yang aman damai. Perdana Menterinya adalah Tok Nijis. Selama ini tiada rungutan serta bangkangan daripada rakyat jelata yang berbilang bangsa terhadap Kerajaan walaupun mereka sebenarnya mengetahui bahawa barisan kerajaan Mesia secara senyap - senyap telah mengamalkan dasar yang korup serta merugikan rakyat. Bukan itu sahaja malah agama rasmi negara berkenaan iaitu Islam tidak dipegang dengan erat akan kesuciannya oleh barisan pemimpin - pemimpin yang memerintah. Mereka hanya mengambil mudah sahaja di dalam hal - hal yang berkaitan agama rasmi mereka. Rakyat mengetahui akan perkara ini namun begitu rakyat tidak berani untuk bersuara hanya segenlintir sahaja yang meluahkan perasaan terhadap kerajaan. Majoritinya hanya mengambil pendekatan "lantak koranglah janji aku dan anak bini aku dapat makan dan minum cukup la".

Setelah 52 tahun memerintah Mesia, kini pemerintah Mesia berasa panas punggung dengan kebangkitan rakyatnya. Kini rakyat mula berani bersuara. Pantang sahaja kerajaan buat silap, dibantai cukup-cukup. Panas punggung Tok Nijis. Panas bukan apa sebab beliau pun mempunyai masalah. Besar masalah tu bukan kecil cam pepijat tapi besar cam dinasor yang dah pupus. Kalau rakyat tahu mesti dia kena hentam cukup - cukup. Tapi sayangnya rahsia tersebut tidak mampu lagi diselimut oleh beliau. Musuh - musuh Tok Nijis rupanya lagi cekap daripada pembantu-pembantunya. Rahsia mengenai penglibatan beliau dalam pembunuhan warga Magnolia yang bernama Antuloya telah terbongkar. Puas Tok Nijis menindakkan khabar angin itu namun ia tidak mampu membuat rakyatnya bersetuju dengan beliau. Dah busuk nama Tok Nijis.

Kali ini anak buah Tok Nijis dengan disokong oleh beliau membuat onar di Negeri Silver dengan merompak keadilan dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang sah. Tindakan mereka seolah - olah nampak 'bersih' kerana beliau dan konco - konco telah merancang dengan baik. Diculik dan dipaksa oleh konco - konco Tok Nijis akan 3 adun kerajaan terdahulu supaya bersetongkol dengannya. Begitulah hina Tok Nijis dan kroni - kroni nya..Kejadian merompak kerajaan negeri Silver ini telah membuat nama tok Nijis ini busuk sebusuknya. Tidak mampu lagi di bendung oleh Tok Nijis. Apa - apa perkara yang tak elok mesti rakyat tunding jari kepadanya hatta orang lain yang buat. Bermakna rakyat sudah hilang kepercayaan kepada beliau...

Tok Nijis masih lagi buat muka selamba jer. Dia berucap didepan khalayak ramai seolah - olah beliau tidak bersalah. Yang bersalah adalah pihak yang lain...Begitu seadanya kisah Tok Nijis.. Dapatkah beliau mendapat kepercayaan rakyatnya kembali? Kita Tunggu dan lihat...
Chef Engineer
(gambar hiasan - Ketua Perompak)

Suatu kisah nun di negeri Silver yang porak poranda setelah dilanda kumpulan perompak demokrasi yang diketuai oleh Perompak Bermata Empat berkulit hitam manis bernama Zamblo dengan dibantu kunco - kunconya seramai 31 orang. Antaranya bernama siKerbau PEndek EE.. yang berpaling tandah kepada kumpulan perompak ini. Alkisahnya siKerbau Pendek EE ini asalnya timbalan ketua dewan tetapi ntah apa yang dah merasuk ke dalam kepalanya menyebabkan siKerbau Pendek EE ini telah berpaling Tadah. Mungkin kerajaan lama tak mampu bagi kemewahan kepadanya. Mana untung beb...

Adapun Ketua Perompak ini yang bermata Empat ini mempunyai rancangan yang teliti dalam usaha untuk menjayakan kerja - kerja 'halal' nya. Dia telah berpakat dengan pegawai - pegawai kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat untuk merealisasikan projek mereka. Maka ntah apa yang telah di'bomoh' olehnya menyebabkan pihak keselamatan, badan kehakiman, Majlis Bandaraya da berbagai badan lagilah menjadi pak turutnya. Apatah lagi pihak media dah tentu mempunyai fungsi untuk membersihkan kerja - kerja mereka nanti. Cukup terancang rancangan ketua perompak ini.

Ketua Dewan persidangan telah mengetahui hajat dan rancangan jahat ketua perompak ini dan beliau telahpun mengeluarkan arahan dengan tidak membenarkan siZamblo ini masuk dewan bersama - sama dengan konco - konco tegar mereka. Apakan daya, beliau tidak berdaya untuk menghalangnya. Kuasa si Zamblo terlampau hebat. Maklumlah ketua dewan belum khatam ilmu pendinding. Akhirnya si Zamblo dengan bantuan timb. ketua dewan yang telah belot; siKerbau Pendek EE melantik ketua dewan yang baru. Siap angkat sumpah depan SiKerbau Pendek EE dan tak perlu angkat sumpah depan Sultan.

Ketua dewan tidak mengalah. Hingga ke titisan darah terakhir beliau pertahankan kerusinya. Sampai orang nampak kerusi tu dah bercantum dengan beliau. Begitu bersemangat beliau ketika itu. Namun dengan bantuan pegawai - pegawai yang dah berpakat dengan Zamblo terpaksa mengusung ketua dewan dengan kerusi sekali lalu dicampak keluar dewan. Ketua dewan yang sah telah dikeluarkan dengan begitu hina sekali. Maka dengan itu tumbanglah kerajaan lama dan dengan angkuhnya siZamblo ketawa dengan berdekah - dekah bagi menunjukkan betapa terernya dia.

Dengan tidak mengikut perlembagaan negeri Silver siZamblo berjaya menumbang kerajaan lama dan kini beliau berkuasa... Untuk membersihkan nama beliau kononnya tindakan beliau ini mengikut perlembagaan, pihak media dipergunakan. Antaranya TV3/4, berita hairan, utusan meloya, dll lagi. Diwar-war siZamblo, kerajaan lama menggunakan undang - undang rimba serta hormat pada raja. Dia saja yang buat betul, orang lain salah. Dengan bantuan media bersihlah imej siZamblo sehinggakan kulitnya pun menjadi putih melepak. Dan akhirnya SiPerompak Zamblo dan konco - konconya sikerbau pendek EE ketawa berdekah - dekah dan enjoy selepas peristiwa itu dan mereka enjoy dan gumbira kerana rancangan mereka berjaya...

Akal, Mata dan Hati:-
Nasib baik peristiwa ini tidak berlaku di negara kita.. Ahli politik kita bagus-bagus dan kerajaan pun baik - baik....
Chef Engineer
Kini Negara Mesia yang telah sedia aman damai berhadapan dengan masalah jenayah moden yang serius. Pihak polis terpaksa menggunakan berbagai cara dan taktik bagi membendung jenayah ini daripada berleluasa. Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai, pihak polis terpaksa melupakan sementara waktu kes - kes seperti jenayah ragut yang membawa kepada bunuh, kes rompakan dan penculikan kanak dan berbagai kes yang dianggap remeh. Keutamaan pihak polis kini lebih kepada tertumpu kepada jenayah ini.

Jenyah masa kini yang mendatangkan masalah kepada negara Mesia adalah jenayah memperjuangkan demokrasi yang kian luput di telan zaman. Mengikut sumber - sumber yang tidak boleh dipercayai, demokrasi di negara Mesia telah dianggap tidak relevan dan tidak mengikut kehendak pemerintah. Pemerintah akan menggunakan kuasa untuk membolehkan mereka terus berkuasa. Hinggakan institusi kehakiman dipergunakan oleh mereka.

Mengikut undang baru negara Mesia, barang siapa yang berkumpul di tempat awam untuk bebincang mengenai demokrasi akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan pengharaman baju berwarna hitam yang mana pemakainya akan ditangkap jika berada dikhalayak ramai. Orang ramai digalakan tidak memakai baju berwarna hitam bagi mengelakkan salah faham antara orang ramai dengan pihak berkuasa.

Dinasihatkan pejuang - pejuang demokrasi negara Mesia agar tidak memakai baju hitam serta berucap di dikhalayak ramai bagi meggelakkan mereka ditangkap. Pihak berkuasa tidak akan memberi muka kepada mereka yang ingkar kepada arahan.

Akal, Mata dan Hati:-

Nasib baik di negara kita yang tercinta ini Malaysia tidak berlaku kes ini. Polis - polis kita baik serta bersopan (isss.anak sapa la ni sopan sungguh - kata-kata makcik tukang sapu) dan buat kerja dengan bersungguh - sungguh hinggakan kadar jenayah di Malaysia turun dengan mendadak. ALHAMDULILLAH....
Chef Engineer
Inilah barisan ulamak tersohor di Mesia yang dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan.

  1. Pakatan Rakyat
  2. Barisan National

Barisan Ulamak Pakatan Rakyat Tersohor




1. Tuan Guru Dato' Nik Aziz



2. Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi


Barisan Ulamak Barisan National


1. Tan Sri Koh



2. Dat0 Sri Ong




3. Tan Sri Benard

4. Tan Sri Nazri
Akal, Mata dan Hati:-


Ada akal ke jika perihal agama mengenai status agama anak kabinet BN yang tentukan? Mereka dari golongan ulamak fikah ke? atau ular dalam semak...
Chef Engineer
Sepanjang hidup saya selama hampir 33thn (alhamdulILLAH), peristiwa hari ini merupakan peristiwa yang akan saya kenang sampai bila - bila. Kerana saya dapat merasai kehebatan serta tipu muslihat dunia politik di Malaysia. Saya beranggapan hanya Malaysia mempunyai peristiwa yang sangat istimewa.

Cuba kita imbas kejadian yang berlaku di negeri Perak ( tempat saya menghabiskan 3 thn belajar di sana ; iaitu di Tronoh) dengan peristiwa kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangannya di dalam pilihan raya ke 12 adalah merupakan permulaan perubahan detik - detik pergolakkan politik di sana. Setelah selama 11 bulan memerintah, dengan segala tipu muslihat yang menggunakan serta beralaskan sistem perundangan BN kembali merampas tampuk kerajaan negeri Perak.

Segala agensi - agensi kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk membendung gelombang PR terus melanda Perak. Agensi yg berkepala putih, merah, hitam dan bermacam - macam warna digunakan oleh pihak mereka. Bukan setakat itu sahaja, arus media perdana juga dikudakan antaranya utusan meloya, TV3/4, berita hairan dan sebagainya. Bermacam - macam cerita yang "baik punya" dimuatkan ke dalamnya. Jadi keliru rakyat.

Kejadian hari ini merupakan klimaks kepada peristiwa - peristiwa dahulu. Tuan speaker terdahulu terpaksa diusung keluar oleh pegawai - pegawai yang baik hati dan murah senyuman. Maklumlah tuan speaker dah jadi OKU serta tak mampu bergerak dan kerusi sudah bersebati dengan punggung akibat kejadian rampasan kuasa oleh si pendek timb. dewan speaker yang berupa talam 4 muka. Lantik pulak tuan dewan speaker yang baru. Orang rasmi dulu baru bersidang, ini bersidang dulu baru rasmi. Tapi nasibla kepada tuan dewan speaker yang baru sebab tak dapat naik camry baru. MB BN dah jual. Dapatla kome naik perdana cabuk yang tinggi servis nya.

Kepada KDYMM Raja Muda Nazrin, patik mohon sembah kerana tuanku terpaksa melihat gelagat - gelagat ahli politik yg cerdik pandai mengampu menjuangkan keadilan. Kesian Tuanku Raja Muda Nazrin terpaksa berehat, beradu, bersantap dll di kamar diraja akibat perbalahan politik di dalam dewan persidangan. Menunggu hampir 5 jam. Berpeluh Tuanku Raja Muda. Apahal pun "DAULAT TUANKU" patik sembahkan.

Menurut cerita - cerita orang ramai (ihsan daripada blogger-blogger lain) terdapat kejadian tumbuk menumbuk..FuUYooo..Ingatkan di Taiwan sahaja yang berlaku, di Malaysia pun ada. Di Taiwan kita boleh agak kerana kebanyakkan ahli politik di sana disokong oleh gangster-gangster. Di Malaysia juga cam tu ker? Ada yang patah spek sampai. Wah!! Hebat - hebat. Indonesia yang kita nampak ganas pun tak berlaku cam ni. Malaysia Boleh!!!

Kalau di Thailand, rakyat boleh memilih untuk memakai warna baju kesukaan mereka untuk menunjukkan sokongan kepada parti masing-masing. Dapat kita lihat penyokong berbaju MERAH DAN KUNING di sekitar pejabat PM jika mereka buat rapat umum. Kat tempat kita lagi hebat demokrasi nya. Kita takleh berkumpul di tempat awam secara aman dan juga takleh pakai baju yang sama warna. Dulu warna kuning tidak boleh kini sesiapa yang pakai baju hitam masuk ke IPOH, nasib deme la..kalau kena tangkap ngan polis.. Kalau tak salah saya di Ipoh ramai mat - mat black metal yang memakai baju hitam di IPOH. Mereka pun dah kena tangkap ker??

Walaubagaimanapun dapat kita melihat di sini, konsep satu malaysia yang diamalkan oleh PM kita yang disayangi ini telah dijiwai oleh lapisan masyarakat Malaysia. Tak kira bangsa mereka bersatu di bawah idelogi parti politik masing - masing. Berat sungguh tanggungjawab PM baru nih. Nasib la...

Akal, Mata dan Hati:-
Adakah peristiwa hari akan masuk kedalam subjek sejarah moden Malaysia nanti? Kalau masuk ni gerenti para pelajar akan berjaya menjawab dengan salah. Sebabnya maklumat telah dipesongkan... Dapat ilmu palsu.....
Chef Engineer


Keperihatinan anda diperlukan.. .....


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490



Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam. ...

Chef Engineer


Menurut berita yang diperolehi daripada Harakah daily bertarikh 2009-05-06, 15:27:56...

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini...

Akal, Mata dan Hati:-

Menjadi ahli politik pembangkang penuh dengan cabaran lebih - lebih lagi mereka yang bercita - cita untuk memperjuangkan demokrasi. Perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang besar. Bukan sahaja diri sendiri tp keluarga; isteri, anak - anak ibu bapa juga perlu bersedia untuk berkorban. Yang bagusnya, dapat teman - teman baru dari golongan warden penjara dan banduan-banduan.

Dimanakah yang dikatakan keadilan untuk bersuara seperti digembargemburkan oleh pemimpin - pemimpin negara? Inikah yang dinamakan adil? Menyuarakan hak yang sepatutnya dinikmati bersama tidak kira samada berbeza pandangan politik? Kalau beginilah caranya kita bakal melahirkan genarasi pemimpin masa hadapan yang diktaktor. Bagi peristiwa penangkapan Mat Sabu ini dah jadi macam filem hollywood plak. Mesti para saksi yang melihat kejadian itu tergamam dan beranggapan Mat Sabu dah jadi pelakon filem hollywood. Wah makin glamer Mat Sabu cam ni. Bukankah polis boleh membawa beliau dengan cara yang baik dan beliau pun tidak mengharapkan bentangan karpet merah untuk ke Bukit Aman.

Saya melihat peristiwa sebagai pujian kepada polis kerana pihak polis cekap dalam menguruskan penangkapan beliau. Polis kita memang setaraf dan lebih baik daripada polis-polis seantaro dunia. Syabas Inpektor Sab syabas...Tahniah diucapkan kepada pihak polis..Kearah negara polis ye. apa citer ngan kes adik sharlinie yang hilang? dan kes - kes lain yang masih tidak selesai lagi?

Kepada pejuang - pejuang demokrasi, anda semua kena beralih kiblat jika anda inginkan diri dan keluarga senang dan hidup dengan aman. Kena sokong kerajaan yang menghabiskan duit rakyat. Baru boleh kaya. Jika dah nama jadi busuk, kerajaan boleh hantar anda ke luar negara selaku duta malaysia. Selamat dari dakwaan.. Butuh sekali ya...MALAYSIA BOLEH!!!
Chef Engineer
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......


Akal, Mata dan Hati:-
Tak salah jika mencuba. Zaman serba moden ini kita kurang bersama dengan anak-anak. Kita sering berlumba - lumba mencari rezeki denga harapan kita dapat memberi kesenangan kepada keluarga kita. Namun begitu, anak - anak juga memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian daripada kita. Akibat kelalaian kita memberi perhatian kepada anak - anak menyebabkan anak semakin kurang mendengar kata - kata serta nasihat dan lebih parah lagi derhaka kepada ibu bapa. Saya merasakan bahawa tak salah jika kita mencuba apa yang dinyatakan di atas. Semoga kita peroleh anak - anak yang soleh dan solehah suapaya dapat mendoakan kebahagian ibu bapa di dunia dan akhirat. Tiga harta yang memberi manfaat sesudah kita mati; sedekah jariah, ilmu yang berguna serta anak - anak yang soleh dan solehah. Wallahu'alam...