Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Chef Engineer
Nilai Ringgit Berbanding Dollar Amerika. Tertinggi dalam masa 13 tahun.

NILAI ringgit terus mengukuh semalam untuk buat pertama kali dalam tempoh lebih 13 tahun diniagakan di bawah paras RM3 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS). Pada penutup semalam, mata wang tempatan itu ditutup pada RM2.992 bagi satu dolar AS dipacu oleh minat belian yang kukuh dari luar negara.

Terima kasih buat kerajaan BN yang berjaya di dalam menguruskan ekonomi negara sehinggakan berjaya menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Terima kasih juga kerana berupaya mentadbirkan dengan baik matawang negara hinggakan Nilai Ringgit terbaik dalam masa 14 tahun. Sesungguhnya rakyat begitu merindui berita sebegini.

Tatkala dengan berita baik ini rakyat percaya kerajaan dapat mengimbangi semula harga barangan di pasaran yang sangat - sangat melambung tinggi. Rakyat sangat tertekan dengan kenaikan yang berterusan sehinggakan kuasa membeli rakyat semakin rendah. Bak kata orang yang memerlukan, " tak beli susah, dah beli pun susah". Maksudnya; keperluan barangan perlu dibeli namun beli sudah membeli duit cepat pulak habis hinggakan nak simpan untuk waktu kecemasan pun tak sempat.

Wahai kerajaan yang baik hati, oleh sebab anda pemerintah yang sepenuhnya mentadbir kerajaan Malaysia, adalah baiknya jika kerajaan yang baik hati ni yang mempunyai ketelusan, kebajikan (yang hebat dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan") serta yang mempunyai penasihat - penasihat yang bijaksana agar dapat menyelaraskan harga barangan di pasaran negara Malaysia yang tercinta ini.

Kalau dahulu apabila kenaikan barangan berlaku maka gendang pun dipalu menerusi media massa kerajaan kebajikan ini: Kenaikan harga barangan dipasaran tidak dapat dielakkan memandangkan mata wang dollar meningkat... Nampaknya kenyataan ini tidak lagi boleh digunapakai. Wang Malaysia sudah tinggi maka jika pengimport mengimport barangan tentulah harga barangan tersebut menjadi rendah. Sebab mereka berurus niaga dalam mata wang Dollar Amerika (matawang dollar susut berbanding ringgit).




Rakyat sangat berharap agar kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna dengan Menterinya yang glamor sama seperti anaknya juga; Dato' Sri Ismail Sabri dapatlah meneliti kembali trend harga barangan keperluan di pasaran. Jikalau kerajaan dapat menurunkan harga barangan keperluan, maka ia adalah amat menguntungkan rakyat dan juga kerjaan BN. Ini dah menjadikan kerajaan BN perihatin dengan keadaan semasa.

Diharap kerajaan yang dikasihi dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan mulalah dahulu dengan harga PEtrol Ron 97.. dan seterusnya barangan yang lain seperti susu tepung, gula beras dan sebagainya.. Kerajaan BN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!
Chef Engineer
Saya seringkali membawa anak - anak berjalan di Taman Tasik Shah Alam bila mempunyai masa terluang. Selalu ada hujung minggu. Memang anak - anak suka bila mana mereka mengetahui akan di bawa ke sana. Keadaan tasik yang luas disamping dengan deruan bot yang membawa pengunjung merasai keadaan menaiki bot membuatkan Taman Tasik Shah Alam sibuk di waktu petang. Juga terdapat 'playground' yang luas untuk anak - anak bermain.

Di Taman Tasik Shah Alam, kami sering berjogging bersama mengelilingi tasik disamping memberi makan ikan - ikan serta tungtung yang terdapat di sana. Puas hati bilamana melihat anak - anak kegembiraan bermain sesama mereka.

Tapi sayang, MBSA perlu lebih proaktif dalam usaha menjalankan kerja - kerja selenggara untuk kawasan berkenaan. Saya agak terkilan apabila melihat kebanyakkan jambatan yang terdapat disekitar tasik dalam keadaan usang dan membahayakan. Sepatutnya MBSA dengan unit yang ada perlu membuat kerja - kerja pembaikan dengan kadar segera. Tak perlulah mengambil masa untuk menender kerja - kerja pembaikan jambatan tersebut. Urusan tender bukannya sekejap. Makan masa berbulan - bulan, sedangkan Taman Tasik Shah Alam setiap hari dikunjungi pelawat.

Nah ini sahaja yang mampu MBSA buat dengan meletakkan papn tanda amaran. Bukan untuk menutup serta membuat lencongan kelaluan lain. Saya rasa MBSA perlu bertindak dengan lebih efisien lagi la.....



Saya percaya ramai staff MBSA dan juga banyak peruntukkan yang disalurkan untuk kerja - kerja selenggara. MBSA sepatutnya membuat kerja - kerja pembaikan sementara kerana jambatan tersebut seringkali diguna pakai oleh pengguna. Bayangkan jika ada pejalan kaki tercedera akibat tersepak kayu lantai yang dah reput itu. Itu sudah memberi imej yang tidak elok kepada MBSA.

Bertindaklah segera. Jangan samai rakyat merungut dan berdemo plak...
Chef Engineer
"Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.
Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.
Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.
BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu. " Lanjut...


Akal, Mata dan Hati :-
"Daulat Tuanku Sembah Patik Mohon Diampun..." Seringkali kita berkata, kepada Sultanlah kita perlu rujuk kerana Sultan berkuasa ke atas segala-galanya. Agama, Perpaduan, Adat Istiadat dll. Itu dahulu. Sekarang Sultan tidak lagi berkuasa penuh.

Terdahulu kekebalan Sultan telah dihapuskan oleh suara dewan rakyat. Dari apa yang di baca, banyak pandangan - pandangan daripada YB - YB "berhati mulia" mengeluarkan kata - kata berbentuk menghina Sultan. Kronologinya banyak. Di Trengganu, Perlis serta di sidang Parlimen (suatu ketika dahulu yang mana tiada dalam sejarah negara). Apa yang diucapkan oleh golongan ini tidak mahu untuk diungkitkan. Bak kata orang, yang dah berlalu, biarkan ia pergi".

Namun begitu, bilamana satu pakatan telah mencadangkan agar kuasa Sultan dan MB dikembalikan (sebagai permulaanya) bagi perlantikan 3 jawatan penting dalam kerajaan terdapat pula golongan - golongan yang mengaku taat pada sultan membantah! Wahhh!!! Ini sudah ajaib. Setia tapi Bangkang... MB yang mencadangkan agar perlembagaan negeri pula dituduh macam - macam. Gamaknya otak mereka dah tak berapa betul dek kemaruk nak berkuasa. Mereka kena ingat, bila mereka kembali berkuasa, mereka pun boleh guna kuasa itu. Jadi apa yang mereka takut sebenarnya? Adakah mereka sedar bahawa mereka dah tak mampu tawan negeri itu dan dengan hanya budak - budak suruhan yang dilantik oleh mereka, baru mereka dapat cari kelemahan lawan mereka.

Berdemo bagai nak rak.." Daulat Tuanku!!!.. Kami berdiri dibelakang Tuanku.. Kerajaan P* Berdiadap Terhadap Sultan.." Antara sepanduk yang ditulis oleh mereka - mereka yang mengaku taat setia kepada Sultan. Hakikatnya, bila nak ubah perlembagaan negeri untuk kembalikan kuasa Sultan, mereka pulak tak sokong!. Pangkat dan gelaran Dato' Sri. Tan Sri.. nak pulak!. Dasar Muka Tak Tahu Malu...

Dengan Senario ini, rakyat dapat menilai mana puak yang sayang pada Sultan, mana puak yang berpura - pura sayang pasa Sultan. "Sendiri mahu faham ye!!!"

Chef Engineer
Pelik bin ajaib keadaan di Malaysia. Sindrom " Kita (BN) Buat Takpe, Mereka (PR) Buat, Salah", berleluasa. Puak - puak mereka dengan sesuka hati membuat statement yang mana boleh mencetuskan ketegangan perpaduan di Malaysia. Dulu mereka juga yang membuat saranan agar perpaduan agama dan kaum dapat ditingkatkan sehinggakan seorang senator dilantik oleh PM (isteri FLOM) bagi menguruskan hal - hal ini. Namun demi kepentingan diri mereka, mereka cetuskan api untuk membolehkan mereka terus berkuasa. Apa dah jadi? Berikut adalah mereka - mereka yang telah mencetuskan api kebencian didalam masyarakat Malaysia...











Akal, Mata dan Hati :- Anda fikirlah sendiri bagaimana orang - orang bukan islam dapat memahami cara hidup seorang muslim jika api kebencian ini dicetuskan. Orang - Orang seperti inilah yang perlu diISAkan.

Chef Engineer
Kanak - Kanak Hilang!!!





Dear Friend,

Please help ~!

NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
AGE : 7 YEARS OLD
LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
TIME : 5 PM
MISSING DATE : 13/08/2010
CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG
REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR

Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia

Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117
Chef Engineer
Anda mungkin tidak begitu kisah dengan perkara - perkara berikut, namun begitu adalah perlu untuk diambil perhatian agar segala maklumat tidak disalah guna oleh pihak - pihak yang tidak bertanggung jawab..

1) Menggunakan password yang lemah (senang org nak teka).
2) Tidak meletakkan/mempamerkan tarikh lahir yang penuh (tahun jangan dipamer),
maklumat yang berharga; alamat dll..
3) Hadkan access kepada rakan - rakan serta rakan mereka shj; foto anda, tarikh lahir, alamat
dll.
4) Jangan tagkan nama - nama anak - anak anda pada foto yang disiarkan.
5) Jangan letakkan status seperti ' tidak berada dirumah. sedang bercuti, sedang outstation'.
Nanti penyamun tgk dlm fb sebelum merompak rumah kita.
6) Jgn biarkan orang 'luar' / asing boleh cari anda melalui 'search engine'. Hadkan kepada
rakan - rakan serta rakan mereka shj.
7) Elakkan anak - anak mempunyai akaun FB sendiri. Sbg ibu bapa, pantau dengan siapa
mereka berkawan (setkan segala aktiviti anak-anak dlm FB ke email anda).

Rujukan....

Akal, Mata dan Hati:-

Kita tak boleh cuai ketika zaman kini zaman tanpa sempadan. Berbagai maklumat boleh disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Oleh itu berhati - hati lah...
Chef Engineer
Salam semua,

Sahabat saya Pn Shariffa bt Jari dari Semenyih telah kehilangan anakgadis nya sudah 7hari. Minta bantuan rakan-rakan semua sekiranya tahu dimana gadis ini berada sekarang. Hilang dari sekolah pada 20.1.2010, hari Rabu yg lepas...sehingga kini tidak pulang kerumah.

Beliau bersekolah di SMK Taman Jasmin 2 Kajang.
Beliau rendah.... kecil ,molek dan manis orangnya....



Nama: Nurliyana Ashikin bt Azmi
Umur : 16 tahun

Contact # PN SHARIFFA : (R) 03-87233184 ATAU H/P 0123970018
Chef Engineer
Saya meminta bantuan saudara dan saudari sekalian untuk mengenalpasti gerangan hamba Allah ini. Betulkah apa yang saya lihat ini? Anak Bapak Islam Hadhari? Betulkan saya jika saya salah... Hanya mencari kebenaran yang tersembunyi/disembunyi....

Chef Engineer
Akal, Mata dan HAti:-

Aduh sedih benar apabila saya mula terbaca artikel yang dikirim melalui email oleh rakan berkenaan pesakit - pesakit HIV yang beragama islam menghabis sisa - sia kehidupan di tempat yang mampu menanggung serta menyara diri mereka sebelum dijemput ke alam baka. Tempat saudara - saudara kita beteduh adalah sebuah gereja yang terletak di sebuah negara yang diisytiharkan sebagai sebuah negara islam yang mempunyai duit kutipan zakat yang banyak pada setiap tahun. Namun begitu Majlis Ugama Islam massih tidak mampu untuk membina sebuah rumah perlindungan kepada saudara - saudara islam yang sedang menunggu untuk dijemput oleh Malaikat maut pada bila - bila masa sahaja.

Semua manusia yang beragama Islam yang mentauhidkan Allah sebagai Maha Pencipta Yang Maha Agung pasti ingin beribadat dengan secukup - cukupnya bila mana mengetahui bakal dijemput oleh Sakaratul Maut pada bila - bila masa sahaja. Tiada seorang pun yang mahu berbuat jahat pada ketika ini kerana bimbang akan janji Allah bahawa mereka yang ingkar serta kurangnya amalan soleh pasti akan diazab dan disiksa di alam barzah dengan secukup - cukupnya. Jangan biarkan saudara - saudara seagama dengan kita menunggu hari kematian di tempat sebegini yang mana setiap hari melihat lambang salib. Wahai umat Islam usahakanlah sesuatu agar dapat membantu saudara - saudara Muslim kita. InysALLAH.....

Gereja tempat Pesakit HIV Org Islam - terharu betul. Untuk iktibar bersama..
( LIHAT GAMBAR) Universiti Kehidupan 85 - Mari !.. Semua wajib usahakan....


"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit ada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza. Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya..... Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.


Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja. Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini. Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.


Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan. Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan". Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu, "Imam masjid sebelah selalu datang".


Hati saya menyapa:- Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah...""Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah." Hati saya menyapa:-"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai? "Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."


Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:- "Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..." Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.." Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"


Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-"Nanti datang lagi ye.."Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja.


Hati saya tak putus-putus berdoa:-"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah." Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.


Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.


Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan. InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam. Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...












"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Chef Engineer


Keperihatinan anda diperlukan.. .....


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490



Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam. ...

Chef Engineer


KANAK - KANAK HILANG!!!
Mangsa bernama adik Nurhidayah bt Surip. Mula hilang pada 6 April 2009. Berumur 11 tahun dan tinggal di Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koop Polis, Gombak. Sila hubungi Encik Abdul Razak Salim HEP Politeknik Johor Tel: 017-7011038 / 016-9326003 Atau Sarjan Dalila d/a Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur
Kepada sesiapa yang terlihat kanak - kanak di atas sila hubungi no. telefon yang tertera di atas. Kes kehilangan kanak - kanak hilang semakin kerap berlaku. Penjenayah tidak memilih mangsa, masa dan tempat. Kawasan sekitar rumah dan taman juga tidak lagi selamat untuk anak - anak kita. Sesuatu perlu dilakukan oleh masyarakat. Kita perlu menjadi lebih peka dengan sekeliling. Jika ternampak sesuatu yang pelik dan meragui cepat-cepat bertindak dengan menelefon polis. Catatkan apa yang perlu seperti no plat kenderaan dan sebagainya. Anda, saya dan semua orang mampu mengubahnya...
Akal, Mata dan Hati : -
Kepada yang dah berkeluarga, kita mempunyai anak. Jika kita menolong orang dalam kesusahan, InsyaALLAH, ALLAH akan membantu kita kembali..