Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts
Chef Engineer
Setelah penat lelah bermain dgn lumpur, berhempas pulas menyalurkan air dari sumber berhampiran, akhirnya berbaloi juga dengan hasil yang bakal diperolehi. Syukur pada Allah s.w.t yang memberi rezeki pada hambanya. Rezekinya bukan hanya untuk manusia tapi merangkumi sekalian makhluk. Burung, tikus, serangga, monyet tak lupa juga sang babi yang datang mencari makanan juga mendapat manfaat dari bendang yang hampir dituai.
Dibawah keterikan matahari, si petani membanting tulang bagi memastikan hasilnya berupaya membawa keuntungan serta modal pusingan bagi musim mendatang. Syukur pada MU ya Allah... Semoga dengan rezeki ini akan menambahkan lagi ketakwaan kepadaMU ya Allah...





Chef Engineer
Kini baru aku sedar bahawa bidang fotografi ini memang menyeronokkan. Walaupun panas dan pelik bilamana orang melihat kita asyik dengan camera dibadan. Duani fotografi ini memang baru dengan aku. Tak sampai setahun pun. Kesibukkan dengan tugas menghadkan hobi ini. Namun untuk menajamkan skill fotogafi, aku ambil banyak gambar - gambar site, gambar alam sekitar dan ragam manusia. Memang seronok sekali...


Chef Engineer
Baru - baru ini aku ada buat lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka. Seronok bila tengok anak - anak teruja melihat haiwan - haiwan yang terdapat di dalam zoo. Cuma agak terkilan bila mana terdapat binatang yang ganaz (harimau, singa dll) tidak aktif. Asyik tidur.. Apa nak buat sebab haiwan - haiwan ini jenis yang aktif pada waktu malam. Namun begitu aku agak teruja melihat menatang ini. Haiwan ini suka sangat bertukar warna mengikut kadaan setempat. Terlintass di fikiran bahawa ada juga ahli politik/parlimen pun ada macam ini. Suka sgt berubah - ubah sokongan. Ini membuat rakyat muak dengan cara mereka. Bila disuruh lepaskan jawatan, mengamuk sakan. Kononnya mereka ini dipilih oleh rakyat. Tak ingat dulu masa pilihanraya ke 12 sapa yang tolong mereka berkempen... Alahai nasib - nasib.....
Chef Engineer




















