Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Chef Engineer
Iklan untuk semua muslimin & muslimat. Sesungguhnya godaan Syaitan itu kuat. Nafsu yang tidak dikawal sering tunduk pada pujukan syaitan laknatullah. Ambil iktibar semua. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk melawan godaaan Syaitan Laknatullah. Insya Allah..


Chef Engineer
Mesti contoh!!! Bantu Membantu Amalan Mulia. Contohilah cara mereka.....

------------------------------------------------------------

Di saat rakyat amat memerlukan pembelaan daripada kerajaan, tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak melancarkan pula projek e-mel 1Malaysia yang dikatakan menelan kos RM50 juta. Najib dalam satu kenyataan mengatakan projek itu merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. Beliau menegaskan, penyertaan di dalam projek tersebut juga adalah sukarela. Projek itu juga merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik. Najib menjelaskan, beliau mengumumkan projek tersebut kerana ia telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sebagai sebahagian daripada ETP.

Soalnya sekarang, benarkah projek itu tidak menggunakan dana awam. Syarikat swasta mana yang sanggup melabur sebanyak itu tanpa mendapat keuntungan jangka panjang?. Maka, setelah disiasat ternyata Nazir Razak, iaitu adik kepada PM sendiri mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia itu difahamkan telah diberikan kepada syarikat Tricubes Berhad. Syarikat itu adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group. Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik PM itu dan beliau juga adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.


Kata abangnya pula:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela," kata Najib dalam Twitternya awal hari ini.


Akal, Mata dan Hati:-

Contohilah mereka. Pasti keluarga anda bahagia. Apa yang abang Najib bagi tau, saya percaya!! Takkan PM nak tipu Rakyat.

Chef Engineer


Pengesahan daripada JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR (En. Rosli Bhg. Pentadbiran): KOPI DI KLUANG RAIL COFFEE DI SAHKAN HARAM kerana apa yang di war-warkan sebelum ini adalah benar. Ianya mengandungi GELATIN BABI. Bukan nak menjatuhkan syarikat perniagaan ini, tetapi nak menyelamatkan RAKYAT JOHOR BERAGAMA ISLAM! Dulu kopinya ok. Sekarang tak ok sebab pengusaha syarikat itu sudah 'bertukar tangan'. Dengan ini, segala spekulasi kita sebelum ini terjawab..

JAIJ: 072282943

Sumber : Facebook...

Akal, Mata dan Hati:-
Kepada muslimin dan muslimat sekalian, kalau korang nak makan juga, suka hati korang la. Tugas saya hanya menyampaikan.
Chef Engineer
Read out please ... wallahhu`alam..

Assalamualaikum semua.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja. Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol sahakan, bersih, terkawal dan halal.

Saya dan suami menjejaki Dr Zainol, dpt jumpa, berborak, sy juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz, berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong. Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami. Saya kagumi insan ini, mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia kini diperalat, kami sgt sedih. Matlamat kami sama, insyaallah.

Sungguh, teknologi menjadikan kita negara yg moden, teknologi juga akan kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita.. yg akhirnye akan merosak akidah. Kalau hendak dicerita, sgt panjang. Saya ringkaskan.

Wujud enzim khinzir dlm ayam diperakui setelah bbrp tahun buat research, malah byk website yg ade maklumat ini, sy akan beri add nnt. Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam (m'sia tidak akan buat label ), tp hasil dari kajian, protein dari khinzir, antibiotik dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam, cepat gemuk, lg berat lagi cepat boleh jual, cepat dpt hasil., maka suntikan, makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui. Thats y, dari telur hungga ia menjadi hidangan anda, ayam tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan.. ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin 40 hari... sy tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik, sy come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu, "harga ayam mesti mau naik sikit, makanan ayam pun sulah naik halga, itu UBAT ayam pun sudah naik halga" ...ubat ???.. tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya.... anda fikirkan, anda nilailah. Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply, harga semakin lama semakin naik, yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.

Halal ke ayam daging? tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye, tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk ayamnye tetapi Taraf Halal itu, saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu.. even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, di beri mkn makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan.... anda fikir bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol, government negara islam ini tak berbuat ape ape ke? Dia jawab, it happens around the world nanee. its the technology!!

Percaya atau tidak, sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim khinzir, beliau menangis, after a long time of research, baru skrg confirm!! Saya juga sgt sedih.. sgt sgt sedih. Bayangkan kotornye, hinanya makanan yang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.

Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang, bau dia mak aaiiii... senang hanyir, kenapa? Ade certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan ... kenapa ye...? fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape, sy juga tiada share dlm biz Dr Zainol, tapi saya seru, kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini, mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita.. maafkan saya jika terlambat bercerita, sy hanya manusia, kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti. Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn, tapi cerita sy di anggap seperti diada adakan, malah ade yg tak respon ape ape, (bila pk pk kelakar pun ade, takkan benda dasyat mcm ni takde respon ek...) jd sy berhenti bercerita seketika.. maafkan sy terlambat memanjangkan kepada kwn kwn.. but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.

Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ini. insyaaallah Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian, full page, kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke, lantokkkkkk le dia.... Ayam organic jauh lebih sedap, manis n tak byk daging, yg penting kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini., insyaallah.
Chef Engineer
*** Diperolehi drpd email rakan..

____________________________________________________________________


Dear friends,

The following world-class essay is worth reading even if you are very hard-pressed for time. It shows many things that makes us ponder in life. Those of us in the education field can marvel at the fluency of the English language and success in the education of this Singaporean student, Amanda Chong.

Those of us with aged parents can understand what the old woman depicted in the story felt.

And those of us who are yuppies or have children who are yuppies would comprehend the young woman in the story.

Whatever our position is with regard to the story in this essay, our life experiences have taught us invaluable lessons depicted in the moral of the story included at the end of this essay by two anonymous readers.

Hope you could spend some time to read till the end - as a gift to yourself.
_____________________________________________________

A good essay. Worth reading. Reflects the life of powerful city people today.

Singapore girl wins Commonwealth essay prize!

You will be amazed at the maturity of this 15-year old girl. It's worthwhile taking 5 mins to read this essay.

A 15-YEAR-OLD Singaporean, competing against 16-18-year-olds, has won the top prize in a writing contest that drew 5,300 entries from 52 countries...

In the annual Commonwealth Essay Competition, Amanda Chong of Raffles Girls' School (Secondary) chose to compete in the older category and won with a piece on the restlessness of modern life.

Her short story, titled "What The Modern Woman Wants," focused on the conflict in values between an old lady and her independent-minded daughter.

'Through my story, I attempted to convey the unique East-vs-West struggles and generation gaps that I felt were characteristic of young people in my country,' said Amanda, who likes drama, history and literature and wants to become a lawyer and a politician.

Chief examiner Charles Kemp called her piece a 'powerfully moving and ironical critique of modern restlessness and its potentially cruel consequences'. The writing is fluent and assured, with excellent use of dialogue.

Amanda gets (S$1,590). A Singaporean last won the top prize in 2000, said Britain 's Royal Commonwealth Society, which has been organising the competition since 1883. Singaporeans also came in second in the 14 to 15-year-old category, and fourth in the under-12s. Other winners included students from Australia , Canada and South Africa.

===================================================

What the Modern Woman Wants...
By Amanda Chong Wei-Zhen

The old woman sat in the backseat of the magenta convertible as it careened down the highway, clutching tightly to the plastic bag on her lap, afraid it may be kidnapped by the wind.

She was not used to such speed, with trembling hands she pulled the seat belt tighter but was careful not to touch the patent leather seats with her callused fingers, her daughter had warned her not to dirty it, 'Fingerprints show very clearly on white, Ma.'

Her daughter, Bee Choo, was driving and talking on her sleek silver mobile phone using big words the old woman could barely understand.

'Finance', 'Liquidation', 'Assets', 'Investments'... Her voice was crisp and important and had an unfamiliar lilt to it.

Her Bee Choo sounded like one of those foreign girls on television. She was speaking in an American accent. The old lady clucked her tongue in disapproval......

'I absolutely cannot have this. We have to sell!' Her daughter exclaimed agitatedly as she stepped on the accelerator; her perfectly manicured fingernails gripping onto the steering wheel in irritation.

'I can't DEAL with this anymore!' she yelled as she clicked the phone shut and hurled it angrily toward the backseat. The mobile phone hit the old woman on the forehead and nestled soundlessly into her lap. She calmly picked it up and handed it to her daughter.

'Sorry, Ma,' she said, losing the American pretence and switching to Mandarin. 'I have a big client in America . There have been a lot of problems.'

The old lady nodded knowingly. Her daughter was big and important.

Bee Choo stared at her mother from the rear view window, wondering what she was thinking. Her mother's wrinkled countenance always carried the same cryptic look.

The phone began to ring again, an artificially cheerful digital tune, which broke the awkward silence.

'Hello, Beatrice! Yes, this is Elaine.'

Elaine. The old woman cringed. I didn't name her Elaine. She remembered her daughter telling her, how an English name was very important for 'networking', Chinese ones being easily forgotten.

'Oh no, I can't see you for lunch today. I have to take the ancient relic to the temple for her weird daily prayer ritual.'

Ancient Relic. The old woman understood perfectly it was referring to her. Her daughter always assumed that her mother's silence meant she did not comprehend.

'Yes, I know! My car seats will be reeking of joss sticks!'

The old woman pursed her lips tightly, her hands gripping her plastic bag in defence. The car curved smoothly into the temple courtyard. It looked almost garish next to the dull sheen of the ageing temple's roof.

The old woman got out of the back seat, and made her unhurried way to the main hall. Her daughter stepped out of the car in her business suit and stilettos and reapplied her lipstick as she made her brisk way to her mother's side.

'Ma, I'll wait outside.. I have an important phone call to make,' she said, not bothering to hide her disgust at the pungent fumes of incense.

The old lady hobbled into the temple hall and lit a joss stick, she knelt down solemnly and whispered her now familiar daily prayer to the Gods.

'Thank you God of the Sky, you have given my daughter luck all these years. Everything I prayed for, you have given her. She has everything a young woman in this world could possibly want.

'She has a big house with a swimming pool, a maid to help her, as she is too clumsy to sew or cook. Her love life has been blessed; she is engaged to a rich and handsome angmoh man.

'Her company is now the top financial firm and even men listen to what she says... She lives the perfect life. You have given her everything except happiness. I ask that the gods be merciful to her even if she has lost her roots while reaping the harvest of success.

'What you see is not true, she is a filial daughter to me. She gives me a room in her big house and provides well for me. She is rude to me only because I affect her happiness. A young woman does not want to be hindered by her old mother. It is my fault.'

The old lady prayed so hard that tears welled up in her eyes.

Finally, with her head bowed in reverence she planted the half-burnt joss stick into an urn of smoldering ashes.

She bowed once more. The old woman had been praying for her daughter for thirty-two years. When her stomach was round like a melon, she came to the temple and prayed that it was a son.

Then the time was ripe and the baby slipped out of her womb, bawling and adorable with fat thighs and pink cheeks, but unmistakably, a girl. Her husband had ticked and punched her for producing a useless baby who could not work or carry the family name.

Still, the woman returned to the temple with her new-born girl tied to her waist in a sarong and prayed that her daughter would grow up and have everything she ever wanted.

Her husband left her and she prayed that her daughter would never have to depend on a man. She prayed every day that her daughter would be a great woman, the woman that she, meek and uneducated, could never become.

A woman with 'neng kan'; the ability to do anything she set her mind to. A woman who commanded respect in the hearts of men. When she opened her mouth to speak, precious pearls would fall out and men would listen.

She will not be like me, the woman prayed as she watched her daughter grow up and drift away from her, speaking a language she scarcely understood.

She watched her daughter transform from a quiet girl to one who openly defied her, calling her laotu, old fashioned.... She wanted her mother to be 'modern', a word so new there was no Chinese word for it.

Now her daughter was too clever for her and the old woman wondered why she had prayed like that. The Gods had been faithful to her persistent prayer, but the wealth and success that poured forth so richly had buried the girl's roots and now she stood faceless with no identity, bound to the soil of her ancestors by only a string of origami banknotes.

Her daughter had forgotten her mother's value. Her wants were so ephemeral, that of a modern woman. Power, wealth, access to the best fashion boutiques and yet her daughter had not found true happiness. The old woman knew that you could find happiness with much less.

When her daughter left the earth, everything she had would count for nothing. People would look to her legacy and say that she was a great woman but she would be forgotten once the wind blows over, like the ashes of burnt paper convertibles and mansions.

The old woman wished she could go back and erase all her big hopes and prayers for her daughter now that she had looked out of the temple gates.
She saw her daughter speaking on the phone, her brow furrowed with anger and worry. Being at the top is not good, the woman thought, there is only one way to go from there - down.

The old woman carefully unfolded the plastic bag and spread out a packet of beehoon in front of the altar. Her daughter often mocked her for worshiping porcelain Gods. How could she pray to them so faithfully and expect pieces of ceramic to fly to her aid?

But her daughter had her own gods too, idols of wealth, success and power that she enslaved to and worshiped every day of her life.

Every day was a quest for the idols, and the idols she worshiped counted for nothing in eternity. All the wants her daughter had would slowly suck the life out of her and leave her, an empty souless shell at the altar.

The old woman watched the joss stick. The dull heat had left a teetering grey stem that was on the danger of collapsing.

Modern woman nowadays, the old lady sighed in resignation, as she bowed to the east bone a final time to end her ritual. Modern woman nowadays want so much that they lose their souls and wonder why they cannot find it.

Her joss stick disintegrated into a soft grey powder. She met her daughter outside the temple, the same look of worry and frustration was etched on her daughter's face.

An empty expression, as if she was ploughing through the soil of her wants looking for the one thing that would sow the seeds of happiness.

They climbed into the convertible in silence and her daughter drove along the highway, this time not too fast as she had done before.

'Ma,' Bee Choo finally said. 'I don't know how to put this. Mark and I have been talking about it and we plan to move out of the big house. The property market is good now, and we managed to get a buyer willing to pay us seven million for it. We decided we'd prefer a cosier penthouse apartment instead. We found a perfect one in Orchard Road. Once we move into our apartment, we plan to get rid of the maid, so we can have more space to ourselves'.

The old woman nodded knowingly. Bee Choo swallowed hard.

'We'd get someone to come in to do the housework and we can eat out - but once the maid is gone, there won't be anyone to look after you. You will be awfully lonely at home and, besides that the apartment is rather small. There won't be space. We thought about it for a long time, and we decided the best thing for you is if you moved to a Home. There's one
near Hougang - it's a Christian home and a very nice one.'

The old woman did not raise an eyebrow.

'I"ve been there, the matron is willing to take you in. It's beautiful with gardens and lots of old people to keep you company! Hardly have time for you, you'd be happier there. You'd be happier there, really.' her daughter repeated as if to affirm herself.

This time the old woman had no plastic bag of food offering to cling tightly to, she bit her lip and fastened her seat belt, as if it would protect her from a daughter who did not want her anymore. She sunk deep into the leather seat, letting her shoulders sag and her fingers trace the white seat.

'Ma,' her daughter asked, searching the rear view window for her mother. 'Is everything okay?'

What had to be done, had to be done.

'Yes' she said firmly, louder than she intended, 'if it will make you happy,' she added more quietly.

'It's for you, Ma! You will be happier there. You can move there tomorrow, I already got the maid to pack your things.'

Elaine said triumphantly, mentally ticking yet another item off her agenda.

'I knew everything would be fine.' Elaine smiled widely; she felt liberated. Perhaps getting rid of her mother would make her happier...

She had thought about it. It seemed the only hindrance in her pursuit of happiness. She was happy now. She had everything a modern woman ever wanted; money, status, career, love, power and now freedom without her mother and her old-fashioned ways to weigh her down...

Yes she was free. Her phone butted urgently, she picked it up and read the message, still beaming from ear to ear.

'Stock 10% increase.'

Yes, things were definitely beginning to look up for her and while searching for the meaning of life in the luminance of her hand phone screen, the old woman in the backseat became invisible and she did not see her in tears.

********************************************************************

Moral of the story no. 1:

So fellow friends, save enough for your old age and don't try to rely on your children.

Your responsibility is to give them the necessary education/training and life after that is theirs.

If they chose to look after you, it is a bonus and thank God for it.

Moral of the story no. 2:

How our children treat us in our old age depends on how we bring them up and what we show them in our daily deeds. We can teach our children values of filial piety, love, integrity, responsibility, etc. But more than our teachings is the affirmation of what we teach them in practice, which is shown by the way we treat or mistreat our own parents and our parents-in-law (their grandparents).

We may love our children and shower them with gifts and sacrifices hoping that they will do the same to us when we are old. But all this will not matter when they see and remember how we treat or mistreat our aged parents and parents-in-law.

So, to all of us who have been trying to avoid letting our aged parents or parents-in-law stay with us; or giving money monthly but still not willing to let them stay with us nor take the responsibility to do more for them; or just giving them a physical place to stay in our homes without taking the trouble to cater to their needs, may as well take heed that we are teaching our children to do the same to us when we are old.

When this happens in our twilight years, do we blame our children, the education system, the modern society, the decadence of the world, or should we blame ourselves ?

On a brighter note, those of us who have been entrusted (although some were forced) to take care of our aged parents or parents-in-law - who have been through thick and thin, shed sweat and tears, sacrificed our own time and personal pursuits, in caring for them esp. when they were sick or couldn't control their motions - somehow would be able to testify that God did not let all these go unrewarded.

We felt the presence, comfort and help from God in those trying times and we had the privilege to experience what it means to be human - when our aged parents looked at us with tearful but grateful eyes acknowledging the hardship we endured in taking care of them.

We would definitely not take along our fame and wealth when we leave this world, but we could definitely bring along the rewards that God has bestowed upon us.

May you be blessed as you read all these.


Akal, Mata dan Hati :-
Jagalah anak - anakmu dengan hati yang ikhlas dan tunaikanlah dengan penuh ikhlas amanah daripada Allah ini. Didiklah dengan penuh keislaman. Nescaya anak - anak akan kasih dan sayang pada kedua ibu bapanya.
Chef Engineer


Selanjutnya sila klik...
Chef Engineer
Dipetik daripda blog Dr. Asri..
Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah
Disiarkan pada Jul 29, 2010 dalam kategori Fatwa


Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.


Farid Ahmad, KL

Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:


1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan

“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?

Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).

Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)

“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.

6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).

7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).

8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa
Chef Engineer
Saya paparkan cerita ini daripada email rakan saya. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan menjadikan diri kita lebih baik.. InsyaAllah..

KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.




Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya dibawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.

Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.










wassalam
Thanks,
Chef Engineer

--- Mutiara Hati*
Setiap sesuatu menjadi petanda, Dialah Yang Maha Esa.
(Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Bahawasanya yang dapat menerima pelajaran & peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna- 39:9)


Petua tidur Rasulullah s.a.w.
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanir rahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanir rahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.

Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun ..

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh ..

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Chef Engineer

Petikan ini diperolehi daripad email rakan. Semoga ia menjadi renungan buat diri kita menghadapi Hari Kebangkitan....

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

5. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b.. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Akal, Mata dan Hati:

Semoga dapat memberi pengajaran buat anda. ALLAH MAHA BESAR....
Chef Engineer
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang.

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
Chef Engineer
Filem Pendek Bertajuk Pokok..



Akal, Mata dan Hati:-

Betul ke apa yang Tok Guru bagitau dalam filem tu? Adakah ajaran sesat yang disampaikan? ANDA YANG MENENTUKANNYA....
Chef Engineer

Amanat Khas: Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat Seru Pengundi Pilih Saudara Saleh Man !!

Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.


Akal, Mata dan Hati:-


Adili dengan sebijaknya... Anda boleh mengetahui kebenarannya...
Chef Engineer

SUNGAI SIPUT: “Jika boleh saya mahu keluarga dan sanak-saudara dibenar menyaksikan saya dirotan.

Malah, saya juga memohon supaya media dibenar membuat liputan ketika hukuman itu berlangsung,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Model sambilan itu mengulas hukuman enam sebatan secara syariah yang bakal dijalaninya di Penjara Wanita Kajang selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan, pada 11 Julai 2008

“Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apapun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan
Selanjutnya...


Akal, Mata dan Hati:-


Saya mengharapkan agar ALLAH memberi hidayah kepada KArtika untuk terus menjauhi daripada kemungkaran. Dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya akan memberi kesedaran kepada mereka yang masih lagi hanyut serta lalai... Bertaubatlah segera sementara masih bernyawa ini. Peringatan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan saudara/i sekalian. Hidup di dunia hanya sementara....




Ni bila plak nak kena sebat!!! Degil betul..

Chef Engineer


Assalamualaikum...

Setelah menunggu hampir 9 bulan, anak ketiga bakal dilahirkan sebentar lg (dlm delivery room). AlhamduliLLah, baby nak keluar pd hari sabtu (hari isnin hingga jumaat, saya berada di JB) walaupun isteri dah mula sakit pd malam jumaat. Semoga dengan kelahiran anak ketiga akan menambahkan kebahagian kami sekeluarga.

Jannah (anak sulung) dan Muhammad Safiiyallah (abang ngah) akan ada adik. Mengikut kiraan doktor, baby ini akan lahir pada 3 september nanti namun begitu ia terawal daripada jangkaan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa keatas hambaNya. Semoga Allah memudahkan urusan hambaNya ini.

AlhamduliLLAH.. Tepat jam 7.31pm (waktu maghrib) maka lahirlah ia (baby girl) atas kehendak Allah s.w.t. Syukur tak terkira atas kurniaNya. Segala puji-pujian pd MU.

(Dalam bilik delivery. Baru lahir..)

AlhamduliLLAH. Ibu dan anak dalam keadaan sihat sejahtera. Anak - anak amanah Allah kepada kita.... Didiklah dengan sebaiknya..InsyaAllah..

Chef Engineer

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Chef Engineer
Dipetik daripada Email rakan. Buat Renungan semua..
BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin.
Sesiapa membaca surah Yasin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka (Surah Al Mulk - juzuk 29), Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.Semoga mendapat keberkatan dariNYA INSYAALLAH.
Chef Engineer
Dipetik daripada Email rakan. Buat Renungan semua..

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin.
Sesiapa membaca surah Yasin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka (Surah Al Mulk - juzuk 29), Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.Semoga mendapat keberkatan dariNYA INSYAALLAH.
Chef Engineer
Hati umat Islam berkarat jika meninggalkan zikir
Oleh Mohd Adid Ab Rahman


Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.

Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji. Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir.

Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat.

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 205)
Chef Engineer
Saya ada terima email daripada rakan berkenaan memo yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat kepada staff muslim yang bekerja di syarikat berkenaan. Memo tersebut adalah bagi memaklumkan tidak diberi kebenaran untuk melakukan ibadah solat diwaktu pejabat pada sebelah tengah hari dan petang kecuali pada hari jumaat. Ingatkan perkara ini berlaku di luar negara tapi malangnya berlaku dalam negara kita... HARAM JADAH BETUL!!!