Chef Engineer
Friday January 29, 2010
Bare your love this Valentine’s Day, female students urged


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”
Akal, Mata dan Hati :-
Haa... Baik korang bogel je terus! Bodoh punya MAHASISWI!!! Valentine's day pun sambut..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Salam semua,

Sahabat saya Pn Shariffa bt Jari dari Semenyih telah kehilangan anakgadis nya sudah 7hari. Minta bantuan rakan-rakan semua sekiranya tahu dimana gadis ini berada sekarang. Hilang dari sekolah pada 20.1.2010, hari Rabu yg lepas...sehingga kini tidak pulang kerumah.

Beliau bersekolah di SMK Taman Jasmin 2 Kajang.
Beliau rendah.... kecil ,molek dan manis orangnya....



Nama: Nurliyana Ashikin bt Azmi
Umur : 16 tahun

Contact # PN SHARIFFA : (R) 03-87233184 ATAU H/P 0123970018
Chef Engineer
Mereka dah mula membalas. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bukan dengan cara balas - membalas ini. Kita perlu selesaikan secara profesional dan tidak emosional. Pertimbangan tanpa kewarasan ini akan menghancurkan / merugikan diri kita sendiri. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita. Kita perlu bertimbang rasa serta bertolak ansur..

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
Jan 27, 10 10:55am


TERKINI dikemaskini 12:05am Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau. Selanjutnya...

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Dimanakah silapnya? Islam agama yang sempurna dari segenap sudut. Sempurna hingga ke akhir zaman serta sesuai di mana-mana sahaja penganutnya berada. Ajaran Islam yang mentauhidkan Allah yang Maha Esa mengajar umatnya berbuat baik sesama insan walaupun berlainan agama, politik serta bangsa. Memang cukup sempurna ajaranya. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita walaupun kadangkala kita sentiasa lupa padaNYA.

Peristiwa yang berlaku sebelum ini yang menggegarkan bumi Malaysia serta menyedarkan umat Islam bahawa perlunyanya mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh agama lain selain agama Islam... AlhamduliLLAH kita dapat lihat tanpa mengira fahaman politik isu ini telah menjadi besar dan seperti yang telah diduga ia bakal menyalakan perbalahan antara dua penganut agama. Mengikut malaysiakini 'Gereja hangus dibaling bom petrol' , berita ini telah menyemarakkan lagi sentimen ini. Seperti yang diduga 'kenyataan ini akan dikeluarkan' bagi memaklumkan bahawa salahnya perbuatan yang telah dilakukan.


Ini mungkin berlaku akibat rasa tidak puas hati serta kecewa dengan keputusan mahkamah yang telah diputuskan. Namun begitu adakah ini menyebabkan penganut Islam hilang pertimbangan serta kewarasan hinggakan membakar rumah ibadat agama lain? Adakah kita sudah habis cara serta ikhtiar untuk menghalang mereka daripada menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka? Tindakan pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan mengundang persepsi yang buruk keatas agama Islam itu sendiri.


Akal, Mata dan Hati :-

Persoalannya di sini, adakah penganut - penganut Kristian akan berdiam diri?? Api semakin marak! Dimana BOMBA?
Labels: 0 comments | | edit post