Chef Engineer

Selera sungguh anak aku minum air sirap ni. Haus sangat tu. Tapi aku harap ke empat - empat anak aku sihat sejahtera di samping menjadi anak - anak yang soleh dan solehah. Amanah Allah ke atas aku adalah mendidik mereka hingga menjadi berguna demi agama dan ummah... Insya Allah.
Chef Engineer
Nilai Ringgit Berbanding Dollar Amerika. Tertinggi dalam masa 13 tahun.

NILAI ringgit terus mengukuh semalam untuk buat pertama kali dalam tempoh lebih 13 tahun diniagakan di bawah paras RM3 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS). Pada penutup semalam, mata wang tempatan itu ditutup pada RM2.992 bagi satu dolar AS dipacu oleh minat belian yang kukuh dari luar negara.

Terima kasih buat kerajaan BN yang berjaya di dalam menguruskan ekonomi negara sehinggakan berjaya menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Terima kasih juga kerana berupaya mentadbirkan dengan baik matawang negara hinggakan Nilai Ringgit terbaik dalam masa 14 tahun. Sesungguhnya rakyat begitu merindui berita sebegini.

Tatkala dengan berita baik ini rakyat percaya kerajaan dapat mengimbangi semula harga barangan di pasaran yang sangat - sangat melambung tinggi. Rakyat sangat tertekan dengan kenaikan yang berterusan sehinggakan kuasa membeli rakyat semakin rendah. Bak kata orang yang memerlukan, " tak beli susah, dah beli pun susah". Maksudnya; keperluan barangan perlu dibeli namun beli sudah membeli duit cepat pulak habis hinggakan nak simpan untuk waktu kecemasan pun tak sempat.

Wahai kerajaan yang baik hati, oleh sebab anda pemerintah yang sepenuhnya mentadbir kerajaan Malaysia, adalah baiknya jika kerajaan yang baik hati ni yang mempunyai ketelusan, kebajikan (yang hebat dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan") serta yang mempunyai penasihat - penasihat yang bijaksana agar dapat menyelaraskan harga barangan di pasaran negara Malaysia yang tercinta ini.

Kalau dahulu apabila kenaikan barangan berlaku maka gendang pun dipalu menerusi media massa kerajaan kebajikan ini: Kenaikan harga barangan dipasaran tidak dapat dielakkan memandangkan mata wang dollar meningkat... Nampaknya kenyataan ini tidak lagi boleh digunapakai. Wang Malaysia sudah tinggi maka jika pengimport mengimport barangan tentulah harga barangan tersebut menjadi rendah. Sebab mereka berurus niaga dalam mata wang Dollar Amerika (matawang dollar susut berbanding ringgit).




Rakyat sangat berharap agar kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna dengan Menterinya yang glamor sama seperti anaknya juga; Dato' Sri Ismail Sabri dapatlah meneliti kembali trend harga barangan keperluan di pasaran. Jikalau kerajaan dapat menurunkan harga barangan keperluan, maka ia adalah amat menguntungkan rakyat dan juga kerjaan BN. Ini dah menjadikan kerajaan BN perihatin dengan keadaan semasa.

Diharap kerajaan yang dikasihi dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan mulalah dahulu dengan harga PEtrol Ron 97.. dan seterusnya barangan yang lain seperti susu tepung, gula beras dan sebagainya.. Kerajaan BN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!
Chef Engineer
Setelah penat lelah bermain dgn lumpur, berhempas pulas menyalurkan air dari sumber berhampiran, akhirnya berbaloi juga dengan hasil yang bakal diperolehi. Syukur pada Allah s.w.t yang memberi rezeki pada hambanya. Rezekinya bukan hanya untuk manusia tapi merangkumi sekalian makhluk. Burung, tikus, serangga, monyet tak lupa juga sang babi yang datang mencari makanan juga mendapat manfaat dari bendang yang hampir dituai.

Dibawah keterikan matahari, si petani membanting tulang bagi memastikan hasilnya berupaya membawa keuntungan serta modal pusingan bagi musim mendatang. Syukur pada MU ya Allah... Semoga dengan rezeki ini akan menambahkan lagi ketakwaan kepadaMU ya Allah...










Chef Engineer

Apa kata Rakyat?
Chef Engineer

  1. Adakah Dato' Seri Adnan Bin Yaakob masih releven menjadi Menteri Besar Pahang??

  2. Adakah Rakyat Pahang berpuas hati dengan perkhidmatan beliau selaku MB Pahang??

  3. Adakah MB Pahang memahami kehendak rakyat Pahang sepanjang memegang tampuk pemerintahan?

  4. Adakah MB Pahang sentiasa memberi maklum balas dengan kadar segera terhadap rintihan rakyat Pahang??

  5. Adakah MB Pahang dapat menarik perhatian pelabur asing untuk melabur di Pahang?? (Lynas??...)

  6. Adakah Pahang bertambah maju dibawah pemerintahan beliau??


Akal , Mata dan Hati :-

Fikir - fikirkanlah....
Chef Engineer
Kalaulah Hang Jebat masih hidup, dialah yang menjadi ketua pembangkang negara ini..hehehehe...



http://chefengineer.blogspot.com/
Chef Engineer
Mesti contoh!!! Bantu Membantu Amalan Mulia. Contohilah cara mereka.....

------------------------------------------------------------

Di saat rakyat amat memerlukan pembelaan daripada kerajaan, tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak melancarkan pula projek e-mel 1Malaysia yang dikatakan menelan kos RM50 juta. Najib dalam satu kenyataan mengatakan projek itu merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. Beliau menegaskan, penyertaan di dalam projek tersebut juga adalah sukarela. Projek itu juga merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik. Najib menjelaskan, beliau mengumumkan projek tersebut kerana ia telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sebagai sebahagian daripada ETP.

Soalnya sekarang, benarkah projek itu tidak menggunakan dana awam. Syarikat swasta mana yang sanggup melabur sebanyak itu tanpa mendapat keuntungan jangka panjang?. Maka, setelah disiasat ternyata Nazir Razak, iaitu adik kepada PM sendiri mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia itu difahamkan telah diberikan kepada syarikat Tricubes Berhad. Syarikat itu adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group. Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik PM itu dan beliau juga adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.


Kata abangnya pula:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela," kata Najib dalam Twitternya awal hari ini.


Akal, Mata dan Hati:-

Contohilah mereka. Pasti keluarga anda bahagia. Apa yang abang Najib bagi tau, saya percaya!! Takkan PM nak tipu Rakyat.

Chef Engineer
Kami rakyat Pahang TAK MAHU kilang proses "rare earth" didirikan di Pahang. Kalau tuan PENASIHAT maklumkan kilang pemproseskan "rare earth" selamat, apa kata pindahkan kilang itu di BELAKANG RUMAH tuan di Sarawak.. BOLEH TUAN PENASIHAT???

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan, kepada Lynas (M) Sdn Bhd (Lynas) hanya untuk tujuan mendirikan kilang di Gebeng, Pahang

Lesen penempatan tapak dan pembinaan itu bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011

"Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar," kata timbalan menterinya, Datuk Fadillah Yusof.

Chef Engineer
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta," katanya pada sidang media, di Alor Star.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.



Akal, Mata dan Hati :-
Bila hal universiti cuba dipolitikan. Naib Canselor pun terpaksa angguk sbb mereka dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam kecerdikan mereka, ternampak juga kebodohannya. Bukan salah mereka.. Tapi tepaksa ikut telunjuk boss mereka...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Tun Dr. M pernah bagi statement jangan undi calon BN.. Itu dulu la.. Sekarang?? Anda tentukan sendiri
http://chefengineer.blogspot.com/
Chef Engineer
Chef Engineer


http://chefengineer.blogspot.com/

Akal, Mata dan Hati:-
Ini adalah filem pendek yang saya ambil dari Facebook rakan. Pada hemat saya, pengambaran ini tidaklah dilakukan di Malaysia, namun begitu ia tidak bermakna keadaan yang dirakam tidak terjadi di negara kita. Masalah kemiskinan ini adalah masalah global yang wujud disetiap negara di dunia ini.

Ambilah iktibar melalui apa yang dipaparkan pada filem tersebut. Banyak pengajaran yang kita dapat ambil.

- Bantulah kepada mereka yang memerlukan bantuan.Makanan, duit, pakaian serta barang
keperluan yang lain.
- Tatkala kita masih mempunyai makan, minum, tempat tinggal dan kemudahan yang
selesa, masih ada insan yang hidup dalam serba kekurangan.
- Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.
- Pemimpin yang dikasihi. Jangan biarkan rakyat anda menjadi seperti begini.
Usahalah agar mereka mendapat kemudahan yang secukupnya.

Semoga Allah merahmati para pemimpinku dunia akhirat...
Chef Engineer


Pertandingan Nyah 1Malaysia yang berlangsung di negeri Pahang... Mengalahkan wanita sejati. Jangan tertipu...
Chef Engineer


Labels: 0 comments | | edit post