Chef Engineer

Akal, Mata dan Hati:- Renungkan adakah benar apa yang disampaikan. Semoga menjadi pedoman buat kita semua. Insya Allah...

Chef Engineer

Mulakan kehidupan baru anda dengan ajaran Islam. Semoga Allah merahmati kehidupanmu sekeluarga. InsyaAllah...
Chef Engineer



http://chefengineer.blogspot.com/

Serbuan Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV / AIDS

Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini tampil menyokong Harapan Komuniti dan menurutnya majlis makan malam yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Rabu lalu, sebenarnya adalah untuk mengutip dana bagi program sokongan HIV/AIDS.

Semalam, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MAC, Datuk Mohd Zaman Khan, berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka.

Mohd Zaman berkata, dana yang dikumpul dari majlis makan malam itu bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membantu mendapatkan perubatan dan jagaan yang sempurna.

Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan rakan MAC yang juga menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur dan Johor.

Sambil menyuarakan "kekecewaan" berhubung kejadian tersebut, Mohd Zaman meminta penjelasan dari JAIS, dan menggesa supaya langkah-langkah berhati-hati diambil untuk memastikan integriti agama Islam dan keharmonian antara agama, tidak dikompromi.

Semalam, Hasan Ali telah berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa beliau, "memeriksa" gereja tersebut selepas mendapat maklumat bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan di situ.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya berhubung insiden tersebut dan mengarahkan JAIS memberi laporan penuh mengenainya.




Akal, Mata dan Hati:-

Kuatkan iman masing. Ikutlah perintah Allah dan jauhilah laranganNYA. Kuatkan ukhuwah sesama muslimdan bantu kepada yang memerlukan. Setia umat islam adalah pendakwah. Maka tunjukkanlah teladan yang baik kepada bukan Muslim. Sesungguhnya Islam itu membawa kesejahteraan dan rahmat kepada sekalian makhluk di muka bumi ini.

Orang macam ni tak susah ke? Klik di sini..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Kali ni nak cerita tentang masakan. Maklumlah bulan ramadhan ni. Ramai yang nak makan benda pelik-pelik. Nak penuhi selera masing-masing. Namun begitu jangan pula membazir ketika menyediakan juadah berbuka serta ketika membeli juadah. Kehendak nafsu jangan diikut. Nanti lesu!

Sepanjang bulan puasa ni, keluarga saya lebih suka memasak sendiri daripada membeli di luar. Bukan apa, rasa lebih seronok dan berbaloi. Kali ini nak bgtau resepi Sup. Bukan Sup biasa tapi Sup kaki Lembu/Sapi.

Bahan-bahan Untuk Sup:-




  1. 2 batang kaki lembu. Harga di pasar tani Rompin; RM 4 sebatang. (2 batang ni sesuai utk 10 org makan).
  2. Rempah ratus. (satu paket ada mengandungi, kayu manis, bunga lawang, cengkih dll).
  3. Sup Bunjut dan serbuk sup.
  4. Halia.
  5. Bawang (bawang merah, bawang putih).
  6. Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan Untuk Mee Sup:
  1. Cendawan (samada cendawan shitake @ tiram).
  2. Sawi.
  3. Daun Sup dan daun bawang.
  4. Bebola ikan dan kek ikan (fish cake).
  5. Tauge

Cara Memasak:




Mula-mula kena usahakan dulu kaki lembu. Kaki lembu kena panggang untuk buang bulu dan kuku. Yang perlu ditainggal hanya kulit, isi dan tulang. Kaki perlu dipanggang kemudian dikikis bulunya dengan menggunakan pisau agar segala bulunya gugur. (nanti geli plak nak makan bulu lembu). Kemudian dihiris dan dipotong kecil kulit lembu manakala tulangnya dipotong kecil.

(kaki lembu ysng sudah siap dicincang)

Kemudian rebus kaki lembu tadi selama 2 jam. Biar lembut sikit kulit dan isi kaki lembu tu. Kalau air dlm rebusan tadi kering, tambah je. Nanti rentung plak periuk tu. Sesudah kaki nampak lembut mari kita sediakan supnya.

Segala jenis bawang diblend halus kemudian ditumis bersama sama dengan rempah ratus sehingga naik wangi kemudian serbuk sup juga ditumis bersama. Bila kewangian rempah ratus dapat dirasa, masukkan bahan-bahan tumis tadi serta halia ke dalam stok kaki lembu tadi. masukkan juga sup bunjut. gaulkan sehingga rata dan sebati. Biarkan selama selama setengah jam. Ini untuk membolehkan daging dan rempah ratus yang ditumis bersebati. Baru lazat. Kemudian, masukkan garam dan perasa secukup rasa.

Untuk menyediakan mee, bahan-bahan seperti sayuran + cendawan + fish ball + fish cake + tauge hendaklah direbus seketika. Jangan lama nanti terlebih masak hinggan hilang rasa manis sayur. Juga rebus mee seketika.

Hasilnya, memang menyelerakan bagi mereka yang kelaparan. Rasa kulit lembu yang lembut dan ranggup akan membuka selera. Cubalah.. Pasti anda penat ketika memanggang kaki lembu.. Penat woo... tambahan pulak di bulan ramadhan... hahahaha....



Chef Engineer
Iklan untuk semua muslimin & muslimat. Sesungguhnya godaan Syaitan itu kuat. Nafsu yang tidak dikawal sering tunduk pada pujukan syaitan laknatullah. Ambil iktibar semua. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk melawan godaaan Syaitan Laknatullah. Insya Allah..


Chef Engineer




Chef Engineer






Chef Engineer


Akal, Mata dan Hati:- Mereka kata pilihanraya ini telus. Tapi semakin banyak pendedahan demi pendedahan yang dibongkarkan. Nampak macam SPR menjadi agen (broker) untuk memenangkan BN dalam pilihanraya sejak dahulu lagi. Adakah mereka masih tidak sedar nahawa tembelang sudah pecah?

Walaupun penjelasan yang diberikan SPR kepada setiap isu yang diungkitkan, jawapannya banyak yang tidak kena. Seolah-olah tidak menjawab soalan. Macam pelajar yang tidak memahami soalan seorang guru. Jawapan yang diberikan seolah - oleh cuba menutup konspirasi yang wujud. Benarkah begitu? SPR kena menjawab dengan tulus kalau tidak lebih ramai yang akan keluar untuk mendedahkan perkara ini.

Ini baru isu undi pos belum lagi isu MyKad yang hangat sekarang ini.
Labels: 0 comments | | edit post