Chef Engineer


Dipetik daripada email rakan:-

Akal, Mata dan Hati:-
Babi pun nak glamer juga.. Rehat-rehatkan minda. Jangan stress..hehehehe...
Chef Engineer
PERMAINAN TARIK TALI MENTERI BESAR BAGI MEREBUT JAWATAN MENTERI BESAR PERAK. PERLAWANAN ANTARA PR vs BN.
Yang menjadi mangsa keadaan adalah rakyat negeri Perak. Ramai rakyat stress dengan krisis ini. Barangkali beginilah keadaan rakyat Perak, barangkali je.

Baby pun pandai tension. Yelah dia pun nak gi sekolah tadika dengan aman. "sabar ye dik"...


Berdenyut - denyut kepala saya ni..Bila nak pilihanraya semula????? - brader tukang sapu bangunan YIK Fong..



"Aiyah... ni macam tadak untung bisness. Polis ramai jaga maaa.."
-brader penjual VCD haram..



"Mak!.. Adik takut nak ke sekolah.." - bakal menduduki peperiksaan..


TAPI ADA INSAN YANG GUMBIRA DENGAN KEADAAN INI SAPA YEK??


"Tengok, saya mana ada stress. Walaupun mahkamah dah buat keputusan nizar MB sah, saya dapat tangguh!. Saya tadak stress pun. Lagi suka. Dapat perintah Perak lagi. Banyak best!!!!!"
- errr brader apa nama nih? lupa tanya!

"Huuu...huuu... Saya mana stress!! Saya sangat happy jadi PM. Kabinet dah luluskan naik minyak petrol ron97 sebanyak 20sen mulai sept 09. Tengok saya sudah jaga kebajikan rakyat. Rakyat mesti suka hati punya dengan kenaikan minyak ni... Saya dah ganti minyak ron92 dengan 95. Cuma rkyat kena bayar lebih sikit je.. Kita kena ubah gaya hidup!! Baru maju geng - geng saya.. Jangan stress Rakyat Malaysia.. Nanti cepat tua. Tak baik untuk kesihatan.. Maaf nak gi bilik temenung...aduhh..aduh...

Chef Engineer

Lihatlah betapa keruhnya hubungan Ir. Nizar dengan Raja Muda Dr. Nazrin Shah. Siap senyum-senyum lagi. Peristiwa sebelum majlis pengurniaan darjat oleh baginda; 12/5/09.



Ir. Nizar mengiringi Raja Muda Nazrin Shah selaku MB yang sah walaupun seketika.


Bertegur sapa dengan Dato' Mufti negeri Perak.



Ir. Nizar bergurau senda dengan Ketua Dewan Speaker Negeri Perak yang baru. Tapi apasal Datuk SUK yang berada sebelah Datuk Ganesan mukanya asam saja? Kontrol malu ke? Sabar
Dato. Ir. Nizar tak marah Dato' pasal kes dulu-dulu. Senyumla sikit...



Ir. Nizar, jangan duduk kerusi tu lama - lama. Kerusi panas tu. Jangan harapkan keduniaan.
Bubarkan DUN segera dan tak perlu hiraukan kerusi tu. Kalau ada rezeki PR menang, adalah rezeki Dato' Seri.



Dato' Dr Zambry, dok buat apa lagi tu? Jangan memeningkan rakyat Perak. Anda dah banyak susahkan rakyat Perak. Dato' Seri Tajol lagi bagus daripada anda.
Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer

Sumber daripada Berita Hairan...

Jangan letak syarat soal Perak: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak boleh meletakkan syarat jika mahu berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak.

Perdana Menteri juga berkata, pembangkang perlu saling menghormati jika mahu bekerjasama menangani masalah politik di Perak.

"Jika kerajaan boleh menghormati pembangkang, pembangkang juga perlu menghormati kerajaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan baka baru sawit Sime Darby di sini, petang ini.

Akal, Mata dan Hati:-

Pembangkang mahupun rakyat Perak khususnya serta Malaysia am nya akan lebih menghormati PM jika BN membiarkan Sultan Perak membubarkan DUN. Syarat tidak akan diperlukan jika pembubaran DUN berlaku dan PM tidak akan dipersalahkan di atas rampasan Perak yang telah berlaku. PM seharusnya mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman seperti Tun Mahathir serta KuLI yang mencadangkan pembubaran DUN. Tak salah jika PM mendengarpakai cadangan mereka dan ini akan menjernihkan lagi keadaan di Perak. Rakyat mengimpikan seorang PM yang pandai mentadbir negara serta menjaga kebajikan rakyat dan mempunyai akhlak yang terpuji dan patuh pada perintah ALLAH...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Apa punya malang betul nasib rakyat negeri Perak ni. Kerajaan negeri yang tak stabil betul - betul menyusahkan rakyat. Si topi merah asyik buat kawalan agar rakyat tidak membuat onar. PR dengan cadangan untuk bubar DUN agar membolehkan rakyat membuat pemilihan yang baru bagi membolehkan keadaan yang lebih stabil dapat didirikan. Disebelah pihak BN pula seakan tidak membenarkan cadangan / usul PR ini terjadi. Kenapa BN tidak dapat menerima cadangan serta usul yang dibuat PR? Bukankah itu akan menguntungkan rakyat? Jika benar BN membela nasib rakyat, terima sahaja usul yang dibuat oleh PR. Bertanding dalam pilihan raya secara adil. Rakyat Perak tidak bodoh dan buta!! Rakyat Perak cerdik - cerdik belaka dalam membuat pilihan.


Akal, Mata dan Hati:-
Siapa sebenarnya yang takut dengan pilihan raya????
Labels: 1 comments | | edit post
Chef Engineer
Dipetik daripada email rakan...
Tiga kali je...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...
Chef Engineer
Diperolehi daripada email rakan :

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam


Mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar. Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan.. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan kerana terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikut syariat Islam. Justeru itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Akal, Mata dan Hati:-
Semoga Allah melindungi kita daripada kekeliruan ini. Perbuatan yang jahat daripada musuh - musuh Islam untuk menjatuhkan umatnya.
Chef Engineer
Suatu kisah di Negara Mesia...

Mesia adalah sebuah negara yang aman damai. Perdana Menterinya adalah Tok Nijis. Selama ini tiada rungutan serta bangkangan daripada rakyat jelata yang berbilang bangsa terhadap Kerajaan walaupun mereka sebenarnya mengetahui bahawa barisan kerajaan Mesia secara senyap - senyap telah mengamalkan dasar yang korup serta merugikan rakyat. Bukan itu sahaja malah agama rasmi negara berkenaan iaitu Islam tidak dipegang dengan erat akan kesuciannya oleh barisan pemimpin - pemimpin yang memerintah. Mereka hanya mengambil mudah sahaja di dalam hal - hal yang berkaitan agama rasmi mereka. Rakyat mengetahui akan perkara ini namun begitu rakyat tidak berani untuk bersuara hanya segenlintir sahaja yang meluahkan perasaan terhadap kerajaan. Majoritinya hanya mengambil pendekatan "lantak koranglah janji aku dan anak bini aku dapat makan dan minum cukup la".

Setelah 52 tahun memerintah Mesia, kini pemerintah Mesia berasa panas punggung dengan kebangkitan rakyatnya. Kini rakyat mula berani bersuara. Pantang sahaja kerajaan buat silap, dibantai cukup-cukup. Panas punggung Tok Nijis. Panas bukan apa sebab beliau pun mempunyai masalah. Besar masalah tu bukan kecil cam pepijat tapi besar cam dinasor yang dah pupus. Kalau rakyat tahu mesti dia kena hentam cukup - cukup. Tapi sayangnya rahsia tersebut tidak mampu lagi diselimut oleh beliau. Musuh - musuh Tok Nijis rupanya lagi cekap daripada pembantu-pembantunya. Rahsia mengenai penglibatan beliau dalam pembunuhan warga Magnolia yang bernama Antuloya telah terbongkar. Puas Tok Nijis menindakkan khabar angin itu namun ia tidak mampu membuat rakyatnya bersetuju dengan beliau. Dah busuk nama Tok Nijis.

Kali ini anak buah Tok Nijis dengan disokong oleh beliau membuat onar di Negeri Silver dengan merompak keadilan dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang sah. Tindakan mereka seolah - olah nampak 'bersih' kerana beliau dan konco - konco telah merancang dengan baik. Diculik dan dipaksa oleh konco - konco Tok Nijis akan 3 adun kerajaan terdahulu supaya bersetongkol dengannya. Begitulah hina Tok Nijis dan kroni - kroni nya..Kejadian merompak kerajaan negeri Silver ini telah membuat nama tok Nijis ini busuk sebusuknya. Tidak mampu lagi di bendung oleh Tok Nijis. Apa - apa perkara yang tak elok mesti rakyat tunding jari kepadanya hatta orang lain yang buat. Bermakna rakyat sudah hilang kepercayaan kepada beliau...

Tok Nijis masih lagi buat muka selamba jer. Dia berucap didepan khalayak ramai seolah - olah beliau tidak bersalah. Yang bersalah adalah pihak yang lain...Begitu seadanya kisah Tok Nijis.. Dapatkah beliau mendapat kepercayaan rakyatnya kembali? Kita Tunggu dan lihat...
Chef Engineer
(gambar hiasan - Ketua Perompak)

Suatu kisah nun di negeri Silver yang porak poranda setelah dilanda kumpulan perompak demokrasi yang diketuai oleh Perompak Bermata Empat berkulit hitam manis bernama Zamblo dengan dibantu kunco - kunconya seramai 31 orang. Antaranya bernama siKerbau PEndek EE.. yang berpaling tandah kepada kumpulan perompak ini. Alkisahnya siKerbau Pendek EE ini asalnya timbalan ketua dewan tetapi ntah apa yang dah merasuk ke dalam kepalanya menyebabkan siKerbau Pendek EE ini telah berpaling Tadah. Mungkin kerajaan lama tak mampu bagi kemewahan kepadanya. Mana untung beb...

Adapun Ketua Perompak ini yang bermata Empat ini mempunyai rancangan yang teliti dalam usaha untuk menjayakan kerja - kerja 'halal' nya. Dia telah berpakat dengan pegawai - pegawai kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat untuk merealisasikan projek mereka. Maka ntah apa yang telah di'bomoh' olehnya menyebabkan pihak keselamatan, badan kehakiman, Majlis Bandaraya da berbagai badan lagilah menjadi pak turutnya. Apatah lagi pihak media dah tentu mempunyai fungsi untuk membersihkan kerja - kerja mereka nanti. Cukup terancang rancangan ketua perompak ini.

Ketua Dewan persidangan telah mengetahui hajat dan rancangan jahat ketua perompak ini dan beliau telahpun mengeluarkan arahan dengan tidak membenarkan siZamblo ini masuk dewan bersama - sama dengan konco - konco tegar mereka. Apakan daya, beliau tidak berdaya untuk menghalangnya. Kuasa si Zamblo terlampau hebat. Maklumlah ketua dewan belum khatam ilmu pendinding. Akhirnya si Zamblo dengan bantuan timb. ketua dewan yang telah belot; siKerbau Pendek EE melantik ketua dewan yang baru. Siap angkat sumpah depan SiKerbau Pendek EE dan tak perlu angkat sumpah depan Sultan.

Ketua dewan tidak mengalah. Hingga ke titisan darah terakhir beliau pertahankan kerusinya. Sampai orang nampak kerusi tu dah bercantum dengan beliau. Begitu bersemangat beliau ketika itu. Namun dengan bantuan pegawai - pegawai yang dah berpakat dengan Zamblo terpaksa mengusung ketua dewan dengan kerusi sekali lalu dicampak keluar dewan. Ketua dewan yang sah telah dikeluarkan dengan begitu hina sekali. Maka dengan itu tumbanglah kerajaan lama dan dengan angkuhnya siZamblo ketawa dengan berdekah - dekah bagi menunjukkan betapa terernya dia.

Dengan tidak mengikut perlembagaan negeri Silver siZamblo berjaya menumbang kerajaan lama dan kini beliau berkuasa... Untuk membersihkan nama beliau kononnya tindakan beliau ini mengikut perlembagaan, pihak media dipergunakan. Antaranya TV3/4, berita hairan, utusan meloya, dll lagi. Diwar-war siZamblo, kerajaan lama menggunakan undang - undang rimba serta hormat pada raja. Dia saja yang buat betul, orang lain salah. Dengan bantuan media bersihlah imej siZamblo sehinggakan kulitnya pun menjadi putih melepak. Dan akhirnya SiPerompak Zamblo dan konco - konconya sikerbau pendek EE ketawa berdekah - dekah dan enjoy selepas peristiwa itu dan mereka enjoy dan gumbira kerana rancangan mereka berjaya...

Akal, Mata dan Hati:-
Nasib baik peristiwa ini tidak berlaku di negara kita.. Ahli politik kita bagus-bagus dan kerajaan pun baik - baik....
Chef Engineer
Kini Negara Mesia yang telah sedia aman damai berhadapan dengan masalah jenayah moden yang serius. Pihak polis terpaksa menggunakan berbagai cara dan taktik bagi membendung jenayah ini daripada berleluasa. Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai, pihak polis terpaksa melupakan sementara waktu kes - kes seperti jenayah ragut yang membawa kepada bunuh, kes rompakan dan penculikan kanak dan berbagai kes yang dianggap remeh. Keutamaan pihak polis kini lebih kepada tertumpu kepada jenayah ini.

Jenyah masa kini yang mendatangkan masalah kepada negara Mesia adalah jenayah memperjuangkan demokrasi yang kian luput di telan zaman. Mengikut sumber - sumber yang tidak boleh dipercayai, demokrasi di negara Mesia telah dianggap tidak relevan dan tidak mengikut kehendak pemerintah. Pemerintah akan menggunakan kuasa untuk membolehkan mereka terus berkuasa. Hinggakan institusi kehakiman dipergunakan oleh mereka.

Mengikut undang baru negara Mesia, barang siapa yang berkumpul di tempat awam untuk bebincang mengenai demokrasi akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan pengharaman baju berwarna hitam yang mana pemakainya akan ditangkap jika berada dikhalayak ramai. Orang ramai digalakan tidak memakai baju berwarna hitam bagi mengelakkan salah faham antara orang ramai dengan pihak berkuasa.

Dinasihatkan pejuang - pejuang demokrasi negara Mesia agar tidak memakai baju hitam serta berucap di dikhalayak ramai bagi meggelakkan mereka ditangkap. Pihak berkuasa tidak akan memberi muka kepada mereka yang ingkar kepada arahan.

Akal, Mata dan Hati:-

Nasib baik di negara kita yang tercinta ini Malaysia tidak berlaku kes ini. Polis - polis kita baik serta bersopan (isss.anak sapa la ni sopan sungguh - kata-kata makcik tukang sapu) dan buat kerja dengan bersungguh - sungguh hinggakan kadar jenayah di Malaysia turun dengan mendadak. ALHAMDULILLAH....
Chef Engineer
Inilah barisan ulamak tersohor di Mesia yang dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan.

  1. Pakatan Rakyat
  2. Barisan National

Barisan Ulamak Pakatan Rakyat Tersohor




1. Tuan Guru Dato' Nik Aziz



2. Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi


Barisan Ulamak Barisan National


1. Tan Sri Koh



2. Dat0 Sri Ong




3. Tan Sri Benard

4. Tan Sri Nazri
Akal, Mata dan Hati:-


Ada akal ke jika perihal agama mengenai status agama anak kabinet BN yang tentukan? Mereka dari golongan ulamak fikah ke? atau ular dalam semak...
Chef Engineer
Sepanjang hidup saya selama hampir 33thn (alhamdulILLAH), peristiwa hari ini merupakan peristiwa yang akan saya kenang sampai bila - bila. Kerana saya dapat merasai kehebatan serta tipu muslihat dunia politik di Malaysia. Saya beranggapan hanya Malaysia mempunyai peristiwa yang sangat istimewa.

Cuba kita imbas kejadian yang berlaku di negeri Perak ( tempat saya menghabiskan 3 thn belajar di sana ; iaitu di Tronoh) dengan peristiwa kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangannya di dalam pilihan raya ke 12 adalah merupakan permulaan perubahan detik - detik pergolakkan politik di sana. Setelah selama 11 bulan memerintah, dengan segala tipu muslihat yang menggunakan serta beralaskan sistem perundangan BN kembali merampas tampuk kerajaan negeri Perak.

Segala agensi - agensi kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk membendung gelombang PR terus melanda Perak. Agensi yg berkepala putih, merah, hitam dan bermacam - macam warna digunakan oleh pihak mereka. Bukan setakat itu sahaja, arus media perdana juga dikudakan antaranya utusan meloya, TV3/4, berita hairan dan sebagainya. Bermacam - macam cerita yang "baik punya" dimuatkan ke dalamnya. Jadi keliru rakyat.

Kejadian hari ini merupakan klimaks kepada peristiwa - peristiwa dahulu. Tuan speaker terdahulu terpaksa diusung keluar oleh pegawai - pegawai yang baik hati dan murah senyuman. Maklumlah tuan speaker dah jadi OKU serta tak mampu bergerak dan kerusi sudah bersebati dengan punggung akibat kejadian rampasan kuasa oleh si pendek timb. dewan speaker yang berupa talam 4 muka. Lantik pulak tuan dewan speaker yang baru. Orang rasmi dulu baru bersidang, ini bersidang dulu baru rasmi. Tapi nasibla kepada tuan dewan speaker yang baru sebab tak dapat naik camry baru. MB BN dah jual. Dapatla kome naik perdana cabuk yang tinggi servis nya.

Kepada KDYMM Raja Muda Nazrin, patik mohon sembah kerana tuanku terpaksa melihat gelagat - gelagat ahli politik yg cerdik pandai mengampu menjuangkan keadilan. Kesian Tuanku Raja Muda Nazrin terpaksa berehat, beradu, bersantap dll di kamar diraja akibat perbalahan politik di dalam dewan persidangan. Menunggu hampir 5 jam. Berpeluh Tuanku Raja Muda. Apahal pun "DAULAT TUANKU" patik sembahkan.

Menurut cerita - cerita orang ramai (ihsan daripada blogger-blogger lain) terdapat kejadian tumbuk menumbuk..FuUYooo..Ingatkan di Taiwan sahaja yang berlaku, di Malaysia pun ada. Di Taiwan kita boleh agak kerana kebanyakkan ahli politik di sana disokong oleh gangster-gangster. Di Malaysia juga cam tu ker? Ada yang patah spek sampai. Wah!! Hebat - hebat. Indonesia yang kita nampak ganas pun tak berlaku cam ni. Malaysia Boleh!!!

Kalau di Thailand, rakyat boleh memilih untuk memakai warna baju kesukaan mereka untuk menunjukkan sokongan kepada parti masing-masing. Dapat kita lihat penyokong berbaju MERAH DAN KUNING di sekitar pejabat PM jika mereka buat rapat umum. Kat tempat kita lagi hebat demokrasi nya. Kita takleh berkumpul di tempat awam secara aman dan juga takleh pakai baju yang sama warna. Dulu warna kuning tidak boleh kini sesiapa yang pakai baju hitam masuk ke IPOH, nasib deme la..kalau kena tangkap ngan polis.. Kalau tak salah saya di Ipoh ramai mat - mat black metal yang memakai baju hitam di IPOH. Mereka pun dah kena tangkap ker??

Walaubagaimanapun dapat kita melihat di sini, konsep satu malaysia yang diamalkan oleh PM kita yang disayangi ini telah dijiwai oleh lapisan masyarakat Malaysia. Tak kira bangsa mereka bersatu di bawah idelogi parti politik masing - masing. Berat sungguh tanggungjawab PM baru nih. Nasib la...

Akal, Mata dan Hati:-
Adakah peristiwa hari akan masuk kedalam subjek sejarah moden Malaysia nanti? Kalau masuk ni gerenti para pelajar akan berjaya menjawab dengan salah. Sebabnya maklumat telah dipesongkan... Dapat ilmu palsu.....
Chef Engineer


Keperihatinan anda diperlukan.. .....


Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490



Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam. ...

Chef Engineer


Menurut berita yang diperolehi daripada Harakah daily bertarikh 2009-05-06, 15:27:56...

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini...

Akal, Mata dan Hati:-

Menjadi ahli politik pembangkang penuh dengan cabaran lebih - lebih lagi mereka yang bercita - cita untuk memperjuangkan demokrasi. Perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang besar. Bukan sahaja diri sendiri tp keluarga; isteri, anak - anak ibu bapa juga perlu bersedia untuk berkorban. Yang bagusnya, dapat teman - teman baru dari golongan warden penjara dan banduan-banduan.

Dimanakah yang dikatakan keadilan untuk bersuara seperti digembargemburkan oleh pemimpin - pemimpin negara? Inikah yang dinamakan adil? Menyuarakan hak yang sepatutnya dinikmati bersama tidak kira samada berbeza pandangan politik? Kalau beginilah caranya kita bakal melahirkan genarasi pemimpin masa hadapan yang diktaktor. Bagi peristiwa penangkapan Mat Sabu ini dah jadi macam filem hollywood plak. Mesti para saksi yang melihat kejadian itu tergamam dan beranggapan Mat Sabu dah jadi pelakon filem hollywood. Wah makin glamer Mat Sabu cam ni. Bukankah polis boleh membawa beliau dengan cara yang baik dan beliau pun tidak mengharapkan bentangan karpet merah untuk ke Bukit Aman.

Saya melihat peristiwa sebagai pujian kepada polis kerana pihak polis cekap dalam menguruskan penangkapan beliau. Polis kita memang setaraf dan lebih baik daripada polis-polis seantaro dunia. Syabas Inpektor Sab syabas...Tahniah diucapkan kepada pihak polis..Kearah negara polis ye. apa citer ngan kes adik sharlinie yang hilang? dan kes - kes lain yang masih tidak selesai lagi?

Kepada pejuang - pejuang demokrasi, anda semua kena beralih kiblat jika anda inginkan diri dan keluarga senang dan hidup dengan aman. Kena sokong kerajaan yang menghabiskan duit rakyat. Baru boleh kaya. Jika dah nama jadi busuk, kerajaan boleh hantar anda ke luar negara selaku duta malaysia. Selamat dari dakwaan.. Butuh sekali ya...MALAYSIA BOLEH!!!
Chef Engineer
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......


Akal, Mata dan Hati:-
Tak salah jika mencuba. Zaman serba moden ini kita kurang bersama dengan anak-anak. Kita sering berlumba - lumba mencari rezeki denga harapan kita dapat memberi kesenangan kepada keluarga kita. Namun begitu, anak - anak juga memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian daripada kita. Akibat kelalaian kita memberi perhatian kepada anak - anak menyebabkan anak semakin kurang mendengar kata - kata serta nasihat dan lebih parah lagi derhaka kepada ibu bapa. Saya merasakan bahawa tak salah jika kita mencuba apa yang dinyatakan di atas. Semoga kita peroleh anak - anak yang soleh dan solehah suapaya dapat mendoakan kebahagian ibu bapa di dunia dan akhirat. Tiga harta yang memberi manfaat sesudah kita mati; sedekah jariah, ilmu yang berguna serta anak - anak yang soleh dan solehah. Wallahu'alam...