Chef Engineer
Saya tertarik dan menyokong sepenuh hati dengan tindakan JAIP menyerbu Pulau Tioman yang dianggap salah satu pulau yang tercantik di dunia. Hasilnya JAIP dapat menangkap individu - individu yang berani melawan hukum ALLAH. Saya berharap JAIP dapat meneruskan lagi rodaan ini agar Pulau Tioman bersih daripada kemaksiatan. Tahniah juga kepada warga Pulau Tioman yang memberi maklumat kepada JAIP. Seharusnya warga Tioman lebih perihatin dengan masalah moral dikalangan penduduk di sana. Orang Tioman ramai yang bijak pandai dan tahu mana yang halal dan haram. Benteras maksiat ini memerlukan keprhatinan semua pihak. Semua orang harus memainkan peranan. Bukan hanya terletak pada ketua kampung, ustaz/ustazah, YB, polis, pegawai agama dll tetapi semua orang yang beragama islam. Allah akan menyoal kita di akhirat nanti apa peranan kita dalam mencegah kemungkaran semasa hayat kita dahulu. Tioman akan lebih indah bila mana kemaksiatan dicegah bersama. Tak mengapa jika kita kehilangan sokongan/rakan, namun Allah sentiasa berada di sisi kita bila mana kita berusaha mencegah kemungkaran. Bagi saya Pulau Tioman perlu dibersih dari dahulu lagi.. Apa - apa pun Tahniah Buat JAIP. Semoga ALLAH Merahmati kakitangan JAIP serta memberri Hidayah kepada penduduk Pulau Tioman... InsyaALLAH....

Sila klik gambar untuk membaca keratan dengan lebih jelas lagi...

Akal, Mata dan HAti:-

JAIP kini lebih berani.. YB Dato' NAN patut undur diri. Rakyat PAhang mahukan MB yang lebih berwibawa yang mampu memajukan negeri PAhang. Pahang dah jauh ketinggalan dari negeri - negeri lain...

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Dah terkena baru nak sibuk - sibuk buat rayuan. Dulu masa tak hadir, tak ingat nak buat rayuan pada tuan speaker dewan... Bila mahkamah dah buat keputusan, baru sibuk nak merayu. Amanat rakyat dah diterima, tanak jalankan tugas.. Nasib la rakyat Kota Seputeh dapat YB cam ni... Malaysia Boleh!!! Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Akhirnya mahkamah telah menentukan bahawa pilihanraya perlu diadakan di DUN Kota Seputeh setelah adun kawasan berkenaan gagal menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali yang mana ia telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah...
Berita selanjutnya....
Ok.. siap sedialah UMNO dan PAS... Persiapkan jentera pilihanraya masing - masing.. Jangan cari calon yang tangkap muat sahaja... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Salah satu sebabnya permain hilang fokus sbb dok mencari minah ni di ruangan penyokong.. tulah pasal kalah... Takper, tahun depan cuba lagi..







Chef Engineer
Baru - baru ini aku ada buat lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka. Seronok bila tengok anak - anak teruja melihat haiwan - haiwan yang terdapat di dalam zoo. Cuma agak terkilan bila mana terdapat binatang yang ganaz (harimau, singa dll) tidak aktif. Asyik tidur.. Apa nak buat sebab haiwan - haiwan ini jenis yang aktif pada waktu malam. Namun begitu aku agak teruja melihat menatang ini. Haiwan ini suka sangat bertukar warna mengikut kadaan setempat. Terlintass di fikiran bahawa ada juga ahli politik/parlimen pun ada macam ini. Suka sgt berubah - ubah sokongan. Ini membuat rakyat muak dengan cara mereka. Bila disuruh lepaskan jawatan, mengamuk sakan. Kononnya mereka ini dipilih oleh rakyat. Tak ingat dulu masa pilihanraya ke 12 sapa yang tolong mereka berkempen... Alahai nasib - nasib.....

Masa berubah ke warna jingga. Lepas tu hijau plak..mmmm.. Inilah kekuasaan Allah..



Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

--- Mutiara Hati*
Setiap sesuatu menjadi petanda, Dialah Yang Maha Esa.
(Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Bahawasanya yang dapat menerima pelajaran & peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna- 39:9)


Petua tidur Rasulullah s.a.w.
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanir rahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanir rahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.

Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun ..

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh ..

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan”. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Chef Engineer








Akal, Mata dan Hati:-
Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Petikan ini diperolehi daripad email rakan. Semoga ia menjadi renungan buat diri kita menghadapi Hari Kebangkitan....

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

5. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b.. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Akal, Mata dan Hati:

Semoga dapat memberi pengajaran buat anda. ALLAH MAHA BESAR....
Chef Engineer
Akhirnya BN menang jua di PRK Bagan Pinang.. Kalau tak menang juga, tak tahulah... Walaupun BN menang, menunjukkan BN mmg suka dgn pesalah rasuah dan mengambilnya sebagai pemimpin!!! Siddiq, amanah, tabliq dan fatanah??? menjadi amalan BN???

Akal, Mata dan Hati:-

mmmm......mmmmmm...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Umno parti Islam
10 Sep 2009 10:31PM


SIK:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. / Bernama


Akal, Mata dan Hati:-


Bila pulak tuan guru nak beri tazkirah semasa mesyuarat umno? Ataupun menjadi imam solat jemaah? Menasihati ahli - ahli jemaah UMNO menjauhi kemungkaran? Menghentikan amalan - amalan khurafat (hormat/tunduk kepada tugu negara)? Menyekat berlakunya kes - kes murtad? Menutup pusat judi/pelacuran/pusat maksiat? Memberi kesaksamaan/keadilan terhadap rakyat tanpa mengira kaum/agama? Menghapuskan amalan korupsi? dan banyak lagi... Bila mahu buat? "besar punya tipu!!"

Tuan Guru Dato' Seri Najib Razak

Chef Engineer


Kebelakangan ini tanpa alasan yang kukuh, rakyat Indonesia menjadi begitu sensitif dengan perkara - perkara yang remeh lagi temeh berkenaan hal Malaysia. Terbaru, isu tarian pendet yang disiarkan di dalam saluran Discovery untuk iklan melawat Malaysia telah mendapat tentangan yang maha hebat kononnya Malaysia telah mencuri tarian mereka. Kesannya sebahagian rakyat Indonesia terlampau emosi hinggakan sanggup berdemo, membakar jalur gemilang serta membaling telur di kedutaan Malaysia di sana. Lebih malang lagi apabila ada diantara mereka menjadi sukarelwan untuk berperang dengan Malaysia. Bukan itu sahaja kumpulan berkenaan juga telah membuat sekatan dijalan - jalan tertentu dengan bersenjatakan buluh runcing dengan niat untuk menahan rakyat Malaysia yang berada di sana. Apa yang hebatnya tarian pendet ini hinggakan menjadikan rakyat Indonesia menjadi gila!! Untuk berita selanjutnya..Indonesians issue war threat over Malaysian 'dance theft' dan DUTA INDONESIA DIPANGGIL MENGADAP; BILIK GERAKAN DITUBUH UNTUK PEMANTAUAN.



Kita di Malaysia pula tidak terikut - ikut rentak rakyat Indonesia dengan berdemo derta membakar bendera mereka. Tak ada pula kumpulan sukarelawan yang sanggup berperang dengan mereka. Tak ada pula kumpulan (walaupun geng lembu) yang membuat sekatan mencari dan menahan rakyat Indonesia di jalan - jalan. Cuba tengok di Kota Raya, ramai geng - geng Indon steady melepak di sana serta boleh membuka gerai lagi. Yang menahan rakyat Indonesia di sini hanyalah penguatkuasa Imigresen yang mencari pendatang haram. Bukan rakyat Malaysia tidak patriotik tapi dengan demo dan membakar bendera tidak menyelesaikan masalah.

Apa itu tarian Pendet? Apa yang hebatnya? Hasil carian diinternet:

"Tari Pendet or Pendet Dance is a traditional dance from Bali Indonesia that was originally a dance of religious worship. Tari Pendet is used to play in a Hindu's Temple in Bali. This dance symbolizes the reception on the descent of gods into the earth. Lately, over the development period, the Bali artists change this dance to be a welcome dance although it still contains of sacred-religious symbols. "




Jelas sekali tarian ini bukanlah tarian yang berasal dari Malaysia sebab bangsa melayu di Malaysia tidak mengamalkan ajaran hindu (geng - geng kepala lembu?). Ia merupakan tarian keagamaan hindu Indonesia. Hindu di Malaysia tidak ada tarian macam tu! Jelasnya ini adalah hanya kesilapan teknikal sahaja. Hanya sekadar untuk iklan sahaja. tak perlulah rakyat Malaysia emosi dengan perkara ini hinggakan menyebabkan hubungan serumpun kedua - dua negara menjadi tegang.

Akal, Mata dan Hati:-

Rasa - rasanya isu antara Indonesia dan Malaysia bukan ini sahaja. Masalah pembantu rumah, isu tuntutan pulau dan banyak lagi sering disensasikan oleh media Indonesia. Jika Malaysia dan Indonesia bermusuh antara satu sama lain, siapakah yang akan mendapat untung? Sudah tentulah Siangapura dan iklan ini telah di buat di sana? Adakah ini satu kebetulan? Adakah ini satu perang saraf yang dirancang oleh Singaliar? Fikir - fikirlah....

Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer


K'tangan kumpulan sokongan terima RM500
Sep 9, 09 4:38pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA


Akal, Mata dan Hati:-

Terima kasih PM. Jasamu dikenang. Zaman Paklah penjawat awam dapat min rm1000. Zaman Najib cuma rm500. Najib memang pakar ekonomi. Menjimatkan duit rakyat! Pak Lah pemboros dan tak pandai urus duit. Dapat rm500, dibayar secara installment 2 kali. Sebelum aidilfitri dan pada disember pula. Kalau lewat ada charge interest tak? Memang Najib bijak uruskan duit. Dengan RM500, penjawat awam harus bersyukur manakala dengan ratusan juta, mereka yang bersyukur...




Raya kali ini untuk penjimatan yang lebih, gunakan basikal untuk kemana - mana. Gosok - gosok basikal lama. Bikin cantik - cantik. "Environmental friendly"

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" -
(Rakyat Dikemudiankan, Poket Diutamakan)
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Harga petrol dan diesel turun - BERITA HARIAN SINGAPURA

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam. Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam. Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2. Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun. Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari. Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68. Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.

Akal, Mata dan Hati:-
Malang sungguh rakyat Malaysia. Negara pengeluar minyak tp harga minyak mahal daripada negara pengimport minyak. Hairan bin ajaib nih.. Apa - apa hal pun, diucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia!!! Kepada PM dan Menteri Harga Minyak, JASAMU Dikenang!!! Terima Kasih...

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" -
(Rakyat Dikemudiankan, Poket Diutamakan)
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Aksi-aksi orang - orang melayu yang mengaku beragama islam yang membantah pembinaan kuil hindu di seksyen 23..



Akal, Mata dan Hati:-

Malang sungguh bilamana keadaan ini berlaku semasa bulan ramadhan yang penuh berkat. Sepatutnya majlis ini berjalan dengan suasana harmoni demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tetapi kelakuan insan - insan yang mengaku islam ini telah mencemarkan kemuliaan ramadhan ini. Penganut Islam akan kelihatan seperti mengamalkan ajaran yang ekstrimis yang tidak boleh diajak berunding dengan baik. Disarankan agar mereka ini dihantar ke Palestin. Berjuang menentang Yahudi LaknatuLLAH..

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Diucapkan terima kasih kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan perdana menteri Malaysia kerana telah menaikkan harga minyak ron95 daripada rm1.75 kepada rm1.80 berkuatkuasa 1 sept 2009. Kami rakyat Malaysia berasa terharu atas hadiah yang diberikan sempena ramadhan yang mulia ini. Bagi kami kenaikan sebanyak 5 sen tu apalah sangat memandangkan kami rakyat Malaysia suka menderma kepada "orang - orang yang memerlukan wang untuk membeli / menambah harta kekayaan masing - masing".


Kepada pakcik - pakcik yang tinggal dikampung yang tidak menggunakan kereta - kereta mewah pasti bersyukur atas kurnia ini kerana penghapusan minyak ron 92 yang lebih murah daripada minyak ron 95 sebanyak 5 sen. Enjin motor ex5 mereka kini " mesra alam" tak macam dulu walaupun mereka terpaksa mengeluarkan wang saku mereka untuk top up duit minyak. Tak banyak cuma tambah budget lebih kurang rm1.40 sebulan. Mereka pun tak kisah dan percaya 110% dengan apa yang di beritahu semasa pengumuman kenaikan minyak oleh pak menteri. Kata pak menteri " kerajaan tak leh tahan dengan kenaikan harga minyak kini yang dah melambung ke harga $82 setong (walhal tak cecah pun)". Kami percaya dengan apa yang diberitahu sebab kami yakin lambang dancing yang dijaja semasa pulihanraya membawa maksud bersifat adil dan sakasama (itu yang kami dok fikir)... Kami tak pernah mengecewakan kerajaan walaupun janji - janji kerajaan adakalanya tak tertunai...


1Malaysia berbangga dengan Menteri Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Perdana Menteri.. Terima Kasih!!!!!!!!!!!!!







Wajah - Wajah Pembela Rakyat...
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Rakyat Dikemudiankan, Kroni DiUtamakan)..
Labels: 0 comments | | edit post