Chef Engineer
Saya seringkali membawa anak - anak berjalan di Taman Tasik Shah Alam bila mempunyai masa terluang. Selalu ada hujung minggu. Memang anak - anak suka bila mana mereka mengetahui akan di bawa ke sana. Keadaan tasik yang luas disamping dengan deruan bot yang membawa pengunjung merasai keadaan menaiki bot membuatkan Taman Tasik Shah Alam sibuk di waktu petang. Juga terdapat 'playground' yang luas untuk anak - anak bermain.

Di Taman Tasik Shah Alam, kami sering berjogging bersama mengelilingi tasik disamping memberi makan ikan - ikan serta tungtung yang terdapat di sana. Puas hati bilamana melihat anak - anak kegembiraan bermain sesama mereka.

Tapi sayang, MBSA perlu lebih proaktif dalam usaha menjalankan kerja - kerja selenggara untuk kawasan berkenaan. Saya agak terkilan apabila melihat kebanyakkan jambatan yang terdapat disekitar tasik dalam keadaan usang dan membahayakan. Sepatutnya MBSA dengan unit yang ada perlu membuat kerja - kerja pembaikan dengan kadar segera. Tak perlulah mengambil masa untuk menender kerja - kerja pembaikan jambatan tersebut. Urusan tender bukannya sekejap. Makan masa berbulan - bulan, sedangkan Taman Tasik Shah Alam setiap hari dikunjungi pelawat.

Nah ini sahaja yang mampu MBSA buat dengan meletakkan papn tanda amaran. Bukan untuk menutup serta membuat lencongan kelaluan lain. Saya rasa MBSA perlu bertindak dengan lebih efisien lagi la.....



Saya percaya ramai staff MBSA dan juga banyak peruntukkan yang disalurkan untuk kerja - kerja selenggara. MBSA sepatutnya membuat kerja - kerja pembaikan sementara kerana jambatan tersebut seringkali diguna pakai oleh pengguna. Bayangkan jika ada pejalan kaki tercedera akibat tersepak kayu lantai yang dah reput itu. Itu sudah memberi imej yang tidak elok kepada MBSA.

Bertindaklah segera. Jangan samai rakyat merungut dan berdemo plak...
2 Responses
  1. sarjanhn Says:

    DIKLASIFIKASIKAN : "Tidak Selamat Untuk Digunakan" tetapi " Sila Berhati - Hati" . Translation Dalam bahasa kasarnya. "kalau rakyat nak guna jugak gunalah kalau ngkau jatuh peduli apa aku!!"


  2. Cantik!! Safety Officer..