Chef Engineer
"Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.
Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.
Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.
BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu. " Lanjut...


Akal, Mata dan Hati :-
"Daulat Tuanku Sembah Patik Mohon Diampun..." Seringkali kita berkata, kepada Sultanlah kita perlu rujuk kerana Sultan berkuasa ke atas segala-galanya. Agama, Perpaduan, Adat Istiadat dll. Itu dahulu. Sekarang Sultan tidak lagi berkuasa penuh.

Terdahulu kekebalan Sultan telah dihapuskan oleh suara dewan rakyat. Dari apa yang di baca, banyak pandangan - pandangan daripada YB - YB "berhati mulia" mengeluarkan kata - kata berbentuk menghina Sultan. Kronologinya banyak. Di Trengganu, Perlis serta di sidang Parlimen (suatu ketika dahulu yang mana tiada dalam sejarah negara). Apa yang diucapkan oleh golongan ini tidak mahu untuk diungkitkan. Bak kata orang, yang dah berlalu, biarkan ia pergi".

Namun begitu, bilamana satu pakatan telah mencadangkan agar kuasa Sultan dan MB dikembalikan (sebagai permulaanya) bagi perlantikan 3 jawatan penting dalam kerajaan terdapat pula golongan - golongan yang mengaku taat pada sultan membantah! Wahhh!!! Ini sudah ajaib. Setia tapi Bangkang... MB yang mencadangkan agar perlembagaan negeri pula dituduh macam - macam. Gamaknya otak mereka dah tak berapa betul dek kemaruk nak berkuasa. Mereka kena ingat, bila mereka kembali berkuasa, mereka pun boleh guna kuasa itu. Jadi apa yang mereka takut sebenarnya? Adakah mereka sedar bahawa mereka dah tak mampu tawan negeri itu dan dengan hanya budak - budak suruhan yang dilantik oleh mereka, baru mereka dapat cari kelemahan lawan mereka.

Berdemo bagai nak rak.." Daulat Tuanku!!!.. Kami berdiri dibelakang Tuanku.. Kerajaan P* Berdiadap Terhadap Sultan.." Antara sepanduk yang ditulis oleh mereka - mereka yang mengaku taat setia kepada Sultan. Hakikatnya, bila nak ubah perlembagaan negeri untuk kembalikan kuasa Sultan, mereka pulak tak sokong!. Pangkat dan gelaran Dato' Sri. Tan Sri.. nak pulak!. Dasar Muka Tak Tahu Malu...

Dengan Senario ini, rakyat dapat menilai mana puak yang sayang pada Sultan, mana puak yang berpura - pura sayang pasa Sultan. "Sendiri mahu faham ye!!!"

0 Responses