Chef Engineer
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta," katanya pada sidang media, di Alor Star.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.



Akal, Mata dan Hati :-
Bila hal universiti cuba dipolitikan. Naib Canselor pun terpaksa angguk sbb mereka dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam kecerdikan mereka, ternampak juga kebodohannya. Bukan salah mereka.. Tapi tepaksa ikut telunjuk boss mereka...
Labels: | edit post
0 Responses