Chef Engineer
Nilai Ringgit Berbanding Dollar Amerika. Tertinggi dalam masa 13 tahun.

NILAI ringgit terus mengukuh semalam untuk buat pertama kali dalam tempoh lebih 13 tahun diniagakan di bawah paras RM3 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS). Pada penutup semalam, mata wang tempatan itu ditutup pada RM2.992 bagi satu dolar AS dipacu oleh minat belian yang kukuh dari luar negara.

Terima kasih buat kerajaan BN yang berjaya di dalam menguruskan ekonomi negara sehinggakan berjaya menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Terima kasih juga kerana berupaya mentadbirkan dengan baik matawang negara hinggakan Nilai Ringgit terbaik dalam masa 14 tahun. Sesungguhnya rakyat begitu merindui berita sebegini.

Tatkala dengan berita baik ini rakyat percaya kerajaan dapat mengimbangi semula harga barangan di pasaran yang sangat - sangat melambung tinggi. Rakyat sangat tertekan dengan kenaikan yang berterusan sehinggakan kuasa membeli rakyat semakin rendah. Bak kata orang yang memerlukan, " tak beli susah, dah beli pun susah". Maksudnya; keperluan barangan perlu dibeli namun beli sudah membeli duit cepat pulak habis hinggakan nak simpan untuk waktu kecemasan pun tak sempat.

Wahai kerajaan yang baik hati, oleh sebab anda pemerintah yang sepenuhnya mentadbir kerajaan Malaysia, adalah baiknya jika kerajaan yang baik hati ni yang mempunyai ketelusan, kebajikan (yang hebat dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan") serta yang mempunyai penasihat - penasihat yang bijaksana agar dapat menyelaraskan harga barangan di pasaran negara Malaysia yang tercinta ini.

Kalau dahulu apabila kenaikan barangan berlaku maka gendang pun dipalu menerusi media massa kerajaan kebajikan ini: Kenaikan harga barangan dipasaran tidak dapat dielakkan memandangkan mata wang dollar meningkat... Nampaknya kenyataan ini tidak lagi boleh digunapakai. Wang Malaysia sudah tinggi maka jika pengimport mengimport barangan tentulah harga barangan tersebut menjadi rendah. Sebab mereka berurus niaga dalam mata wang Dollar Amerika (matawang dollar susut berbanding ringgit).




Rakyat sangat berharap agar kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna dengan Menterinya yang glamor sama seperti anaknya juga; Dato' Sri Ismail Sabri dapatlah meneliti kembali trend harga barangan keperluan di pasaran. Jikalau kerajaan dapat menurunkan harga barangan keperluan, maka ia adalah amat menguntungkan rakyat dan juga kerjaan BN. Ini dah menjadikan kerajaan BN perihatin dengan keadaan semasa.

Diharap kerajaan yang dikasihi dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan mulalah dahulu dengan harga PEtrol Ron 97.. dan seterusnya barangan yang lain seperti susu tepung, gula beras dan sebagainya.. Kerajaan BN, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!
0 Responses