Chef Engineer
Aku ada 6 orang adik beradik. Aku no 5 drpd 6 orang. Sulong, abang Wan Mohd Kamal, 2. Wan Maznah, 3. Wan Mahani, 4. Wan Mazlan, 6. Wan Mohd Khairul.

Masa kecik aku yang no 2 paling nakal. Sbb no satu adalah abang sulong aku. Dia lagi nakal pada aku..Tp kini aku dah baik..Hahaha.. Maklumlah bila dah ada keluarga sendiri baru aku tahu susahnya nak jaga anak. Anak aku baru dua tp dah tak larat nak jaga. Tak tahulah cam na Chek & wea aku jaga kami berenam. Dah susah dulu.

Anyway, aku nak ucapkan ribuan tima kassih pada chek dan wea coz menjaga kami semua.. La ni biarlah kami adik beradik yang jaga chek plak..



**p/s: sayangilah ibubapa dan berbaktilah pada mereka ketika mereka masih ada lagi.
Chef Engineer

Aku kawen pada 27hb August 2004 (akad nikah) dan kenduri pada 28 August 2004. Agak kelam kabut sebenarnya waktu tu. Seingat aku, 2 hari sebelum tarikh akad nikah, aku massih lagi di Pulau Tioman. Ni kes bukan lari sbb tanak kawen, tp kerna kerja. Waktu tu site aku yang pertama semasa kerja di PMJ (Pembinaan Mitrajaya S/B) di Pulau Tioman. Nak construct airport Tioman yang baru. Melibatkan kerja - kerja reclamation. Bangga aku sbb aku akan jadi anak tempatan yang akan bina kemudahan utk org tempatan...

Nasib baik tak jadi apa-apa pada aku. Semasa di Pulau Tioman, aku kena masuk hutan untuk buat survey. Nak collect data untuk check area dan data ni utk kira kuantiti tanah dan batuan yg hendak digunakan. Ada banyak cerita di Tioman yang akan aku sampaikan pada lain masa. Ini citer pasal kahwen..

Memang kelam kabut sbb bakal pengatin masih lagi di Pulau dan persiapan tidak buat lagi. Orang umah aku, org subang jaya. Jadi aku kena pergi awal ke sana untuk buat persiapan. Nasib baik ada sepupu yang tinggal di sungai buloh. Bolehlah menumpang di umah dia.

Majlis akad nikah berlangsung pada jumaat malam sabtu. Aku bertolak dari rompin pada pagi Jumaat. Tahu sajalah bila dah konvoi ramai2, dah tentu terlewat bertolak. Sampai di Sg Buloh pukul 5 petang. Majlis akad nikah akan dibuat selepas Isyak. Sesampai jer di Sg. Buloh, semua org dok sibuk siapkan dulang hataran. ktaorang sampai lewat untuk majlis akad nikah tu. Dalam pukul 9.30 mlm. Sorry ye mama dan ayah.. tak sengaja nak terlewat...

Akhirnya dengan sekali lafaz aku berjaya menjadi suami orang.... Yahoo.......

** peringatan..: buat preparation betul2 untuk majlis kahwin..jgn sampai kelam kabut cam aku... tp kini aku dah ada sepasang anak2 yang comel2 cam mama dan pada dia... hahahaha..



Chef Engineer
Sebut pasal kawen, semua org teringin. Sunnah beb. Sunnah yang paling senang. Tp skarang ni masalah duit hantaran yang menjadi salah satu punca kepada kelewatan perkahwinan seseorang individu. Harga petrol dan diesel dah naik terpaksalah bakal pak mentua dan mak mentua naikkan harga hantaran.. Dulu rasanya hantaran kalau dah RM3k dah kira besar. Masa aku kahwen, hantarannya dah RM8k. Sekarang ni aku rasa dah capai RM10k kot.


Aku rasa ini tak salah (kenaikkan duit hantaran) kerana semua benda kena beli ngan duit. Tp bawa berundinglah dulu dgn bakal menantu. Sian gak. Bakal menantu terpaksa buan loan utk kahwen. Ini dah jadi satu masalah. Berhutang untuk kahwen...Apa-apa pun mesti ikut kemampuan.


Tahniah kepada Kugem kerna kau dah kahwen. Tumpang gembira sbb dalam ramai kengkawan engkolah yang agak lewat (lewat ye bukan liwat) kahwin. Sedondong warna rasmi USM baju pengantin kau (purple). Siap ngan keris sampai ke dada. Sama padan dan sama cantik. Cam pinang dibelah 4. hehehe..gurau jerr..

Apa-apa pun aku harap kau dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri sampai akhirhayat. Dapat anak2 yang montel cam kau.. Aku dah ada dua beb.... Kira terer lah aku ni... Kau jgn kalah ngan aku...


** pssst...: Besar tanggungjawab jadi suami ni... tp itulah kemanisan dalam menempuhi alam berkeluarga.. selamat berjaya..
Chef Engineer
Santan Pulut Durian...

  • Durian (Isi je bukan dengan kulit).
  • Santan (dari biji kelapa. Santan kotak tak best...)
  • Beras Pulut (kuantiti ikut kesesuaian).
  • Garam secukup rasa.
  • Gula putih secukup rasa (boleh juga guna gula merah).

Caranya....

  • Tanak pulut.
  • Masak santan dan dicampurkan garam secukup rasa. Jangan sampai santan naik minyak.
  • Masukkan durian kedalam santan.
  • Gula putih sebagai penambah rasa.

Sedap ke tak. Terpulang citarasa masing2. Tp kalau nak sedap, masaklah dengan penuh ikhlas... InsyaAllah sedap.....
Chef Engineer
Sekarang ni musin durian di Johor. Banyak dijual disekitar taman perumahan yang aku tinggal ni. Tpkan, durian gugur dah tak ikut musim. Tak macam dulu. Sepanjang tahun boleh dapat. Tak kiralah dari Siam ker atau local. Dah ikut negeri. 3 bulan dari Perak, pastu berjangkit plak ke Selangor, Johor dan seterusnya ke negeri lain-lain.... Cam wabak la plak. Wabak durian..

Masa aku kecik, wea aku selalu makan durian dengan pulut santan. Memang best. Tp tak la selalu makan. Kerap makan nanti jemu. Semalam aku beli durian, rasanya nanti aku nak buat pulut durian laa... Best.... Terkenang pasal masa kecik. Aku pernah kena marah ngan chek pasal beli durian... Waktu tu umur aku 10thn. Beli kat kedai sebelah ngan kedai chek aku. Bila chek dapat tau, dia memang marah pasal dia dah pesan jangan beli. Tp pasal tak dengar kata chek dah mengamuk. Chek amik durian tu, suap ke mulut aku sampai penuh.. Melalak aku... Padan muka aku.. Tak dengar kata sangat. Dah kena kan....

Aku rasa hampir 10thn aku tak makan durian lepas kejadian kena marah tu.. Tp kini dah jadi hantu durian plak. Kawen plak ngan bini yang suka makan durian, kombinasi yang baik. Aku dah jadi hantu D24 ngan IOI. Best woo... Especially D24 dari Raub.. pergh... memang best. durian..oh durian....

** pengajaran : -kalau taknak trauma makan durian, dengar kata mak..mak kata jangan beli, ikut je... tak jadi cam aku... hahaha....
Chef Engineer
Dilahirkan pada 2/1/77, tp chek (panggilan utk mak) cakap yang aku lahir awal lagi. Dalam 2 bln lg awal. Maybe bulan Oktober 76. Chek dah lupa tarikh sebenar. Jadi aku pun guna tarikh lahir palsu tu. Maklumlah dulu kita orang susah. Bukan lahir dihospital cam adik bongsu aku. Wea (ayah aku) aku dulu kerjanya sebagai driver lori balak (berdasarkan surat lahir aku). Kerja dalam hutan. Jadi agak susah sgt nak balik kalau ada emergency. Padanlah.. tu yang gamaknya aku jd 'mature' pada budak lain masa darjah 1. Itu jer setakat ni.. Sambung kendian.
Chef Engineer
Assalamualaikum....

Blog ini adalah coretan suka duka kehidupan seorang manusia dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Ia bukanlah mahu mempromosikan diri cuma sekadar coretan bagi ingat mengingat sesama manusia. InsyaAllah, diharap ia dapat menjadi medium perantaraan dalam usaha menjadikan diri kita insan yang berguna.

Wassalam....