Chef Engineer

Aku kawen pada 27hb August 2004 (akad nikah) dan kenduri pada 28 August 2004. Agak kelam kabut sebenarnya waktu tu. Seingat aku, 2 hari sebelum tarikh akad nikah, aku massih lagi di Pulau Tioman. Ni kes bukan lari sbb tanak kawen, tp kerna kerja. Waktu tu site aku yang pertama semasa kerja di PMJ (Pembinaan Mitrajaya S/B) di Pulau Tioman. Nak construct airport Tioman yang baru. Melibatkan kerja - kerja reclamation. Bangga aku sbb aku akan jadi anak tempatan yang akan bina kemudahan utk org tempatan...

Nasib baik tak jadi apa-apa pada aku. Semasa di Pulau Tioman, aku kena masuk hutan untuk buat survey. Nak collect data untuk check area dan data ni utk kira kuantiti tanah dan batuan yg hendak digunakan. Ada banyak cerita di Tioman yang akan aku sampaikan pada lain masa. Ini citer pasal kahwen..

Memang kelam kabut sbb bakal pengatin masih lagi di Pulau dan persiapan tidak buat lagi. Orang umah aku, org subang jaya. Jadi aku kena pergi awal ke sana untuk buat persiapan. Nasib baik ada sepupu yang tinggal di sungai buloh. Bolehlah menumpang di umah dia.

Majlis akad nikah berlangsung pada jumaat malam sabtu. Aku bertolak dari rompin pada pagi Jumaat. Tahu sajalah bila dah konvoi ramai2, dah tentu terlewat bertolak. Sampai di Sg Buloh pukul 5 petang. Majlis akad nikah akan dibuat selepas Isyak. Sesampai jer di Sg. Buloh, semua org dok sibuk siapkan dulang hataran. ktaorang sampai lewat untuk majlis akad nikah tu. Dalam pukul 9.30 mlm. Sorry ye mama dan ayah.. tak sengaja nak terlewat...

Akhirnya dengan sekali lafaz aku berjaya menjadi suami orang.... Yahoo.......

** peringatan..: buat preparation betul2 untuk majlis kahwin..jgn sampai kelam kabut cam aku... tp kini aku dah ada sepasang anak2 yang comel2 cam mama dan pada dia... hahahaha..



0 Responses