Chef Engineer

Nizar dakwa diminta imamkan solat Maghrib


TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam menjelaskan beliau diminta oleh imam Masjid Simpang di sini, untuk mengimamkan solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah, malam kelmarin. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengimamkan solat sunat hajat dianjurkan Barisan Nasional (BN) yang turut disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. "Sewaktu menunaikan solat Maghrib di Masjid Simpang, saya diminta mengimamkan solat itu dan saya setuju. Ketika masuk ke masjid saya diberitahu Muhyiddin, Zambry dan calon BN, Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan Umno Pusat serta negeri juga ada bersama. Mereka semua berada di saf pertama.

"Pada rakaat pertama saya membaca ayat ‘Wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah al-Kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi Umno, " katanya dalam laman web beliau kamparinn.blogspot.com. Mohammad Nizar mengulas laporan media semalam berhubung dakwaan Zambry bahawa beliau merampas dan mengambil alih program solat hajat serta majlis bacaan Yassin yang dikendalikan BN di Masjid Simpang, malam kelmarin. Katanya, imam masjid kemudian menjemput beliau menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang beliau baca pada rakaat pertama solat maghrib itu.

Bagaimanapun, katanya, beberapa pimpinan Umno setempat memprotes termasuk penasihat masjid yang meminta supaya majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. "Saya mengelak bagi memelihara suasana dan selepas selesai bacaan itu, saya pergi bersalam dengan Zambry dan beliau nampak muram serta menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tidak sepatut saya jadi imam tadi,” katanya. Sementara itu, Imam Masjid Simpang, Norhisyam Hashim, mendakwa tidak mengetahui pemimpin pusat dan negeri berada dalam masjid ketika beliau memberi laluan kepada Mohammad Nizar mengimamkan solat Maghrib dan mengadakan tazkirah selama 20 minit selepas itu. Norhisyam berkata, sudah menjadi kebiasaan baginya menjemput sesiapa yang difikirkannya layak untuk menjadi imam solat tanpa memihak kepada sesiapa.

Ihsan : Berita Harian; 31 Mac 2009

ULASAN :
Saya pelik dengan perangai sesetengah pemimpin kita sekarang. Lihat la di dalam rumah ALLAH yang mulia pun boleh mencampur adukkan fahaman politik masing - masing. Sepatutnya pada pandangan saya yang tak berapa terer ni, perkara ini perlulah dihindari. Kita kena maklum bahawa tujuan kita berada di rumah ALLAH adalah untuk beribadat dengan tujuan untuk memperolehi ganjaran/pahala yang lebih lumayan dengan bersolat jemaah berbanding dengan solat bersendirian. Kita kena ingat bahawa kita ini adalah setara sahaja disisi ALLAH tanpa mengira pangkat duniawi dan kedudukan. ALLAH menilai hambaNYA menerusi IMAN dan TAKWA. Barangsiapa yang beriman dan bertakwa dengan sebenarnya-benarnya dan ikhlas dalam perbuatannya, dia lah yang dipandang dan diberikan darjat di dunia mahupun diakhirat kelak.
YB Nizar telah dipelawa oleh Imam masjid tersebut untuk mengimamkan jemaah dan beliau sendiri telah menyatakan bahawa tidak mengetahui dimasjid tersebut ada program solat hajat serta bacaan yaasin yang dianjurkan oleh UMNO. Bukan niat dia untuk merosakkan majlis yang dijalankan oleh piahk UMNO. Tazkirah yang diberikan adalah untuk peringatan semua bukan untuk tujuan politik. Bagi saya itu adalah tidak salah. Kita umat Islam wajib menasihati antara satu sama lain. Baguslah sebab ada orang yang masih sayangkan kita dan sanggup memberi nasihat kepada kita.
MB Zambry pun berkebolehan untuk menjadi IMAM. Saya sangat-sangat menyokong mana - mana pemimpin menjadi IMAM bagi solat jemaah. Baru ada barakah dalam pemerintahan. Pada masa hadapan saya berharap agar MB Zambry sendiri menjadi IMAM untuk majlis anjuran UMNO di masjid-masjid yang disertai beliau. Baru orang hormati..
Mungkinkah satu hari nanti kita dapat melihat pemimpin - pemimpin UMNO dapat menjadi IMAM bagi solat jemaah di dalam program - program yang dianjurkan oleh PAS? Hanya ALLAH yang MAHA Mengetahui..

WALLAHUA'LAM...
Chef Engineer
Malam ini tepat pada pukul 8.30 mlm hingga 9.30 mlm akan dijalankan satu kempen " 60 Earth Hour" yang mana seluruh rakyat Malaysia diminta menutup lampu dan segala alatan yang mengeluarkan cahaya demi menunjukkan tanda sokongan kepada bumi yang kian tua. Kempen ini telah mendapat sokongan yang meluas daripada semua pihak menerusi media masa, media cetak dan internet.
Penglibatan rakyat Malaysia sangat - sangat dialukan. Tetapi adakah kita terfikir apakah yang akan dilakukan oleh seorang/sepasang/sekumpulan;
1) Remaja
2) Kanak - kanak
3) Suami isteri
4) Kekasih
5) Penjenayah
6) Anggota Polis
7) Anggota Tentera
8) Hamba Allah Yang Taat

Di dalam masa satu jam yang gelap gelita, bermacam - macam perkara boleh berlaku. Seorang/sekumpulan remaja yang nakal akan memikirkan cara untuk membuat jenayah. Bagi kanak waktu ini merupakan masa yang membosankan. Maklumlah dah gelap cam mana nak main lagi. Kena paksa tido! Sepasang suami isteri, tentulah waktu ini waktu yang romantik. Mmmm.. macam - maca boleh buat. Maklumlah dah halal.
Diwaktu ini jugalah Syaitan - syaitan LaknatuLLAH akan bersuka ria dengan membuat O.T untuk menghasut kekasih - kekasih yang sedang berdua - duaan. Dah sedia maklum, gelap. Sejam plak tu. Boleh terjadi banyak perkara yang tak baik. Susah nak cari passangan Kekasih yang pergi masjid untuk lari daripada Syaitan. Takut kena goda. Waktu ini jugalah, pegawai -pegawai agama passti bertungkus lumus untuk membuat roadaan bagi memasti takde takde pasangan kekasih yang membuat onar di luar sana.
Dapat dirasakan penjenayah pasti mempunyai rancangan yang licik bagi meraikan kempen ini. Sejam gelap katakan. Pelbagai plan dirancang agar sesuai dengan masa sejam itu. Mungkin ada bank yang kena rompak? Rumah yang kena pecah? Harapan agar penjenayah turut bekerjasama menjayakan kempen ini dengan tidak melakukan jenayah. Kasi can la skit.
Anggota polis dan tentera sudah tentulah diwaktu ini kena standby. Takut negara kena serang. Jenayah berleluasa dan pelbagai masalah lain yang mungkin boleh berlaku.
Namun begitu, bagi seorang hamba ALLAH yang taat pada perintahNYA, diwaktu pastilah dipenuhi dengan amal ibadat (berdua - dua dengan ALLAH), memuji dan bertahmid dengan kebesaran ALLAH. Menginsafi diri bahawa dunia ini semakin lanjut usia. Semoga kita berada di dalam golongan ini. Insya ALLAH.
Kita mengharapkan agar diwaktu kempen ini dijalankan, jangan lah kita lupa pada ALLAH. Mengingati ALLAH akan menjauhi diri daripada kemungkaran dan kemaksiatan yang mana ia akan memberikan pulangan yang lumayan kepada kita di akhirat kelak..
Berfikirlah...
Chef Engineer
Kenapa & mengapa perwakilan PAU masih lagi memilih Ketua Pemuda yang mengamalkan dan didapati bersalah dalam amalan RASUAH? Adakah UMNo sudah ketandusan pemimpin - pemimpin yang bersih daripada amalan rasuah? Kesian pada UmNo..
Pada pendapat penulis, keputusan ini tidak seharusnya berlaku pada masa dan saat yang mana UmNo memerlukan perubahan yang drastik bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.. Keputusan ini akan memalukan UmNo sendiri. Kalau beginilah keadaan dan keputusan perwakilan UmNo, ini akan menjahanamkan masa depan UmNo..