Chef Engineer
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang.

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
Chef Engineer

Semoga ruh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang - orang beriman... Al - Fatihah..

Senator, profesor OKU terhebat meninggal
Ogos 27, 09 11:45am

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.


Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama. Selanjutnya...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Saya dapat artikel ini dari email rakan yang bagi saya menarik untuk dikongsi bersama dengan anda. Mengenai kebenarannya saya tak pasti tapi itulah yang dicerita didalam artikel itu. Bacalah semoga anda mendapat sesuatu daripadanya... Itulah kekuasaan Allah...

Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).




Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
Chef Engineer
Untuk Tontonan Anda Semua...














Chef Engineer
Filem Pendek Bertajuk Pokok..



Akal, Mata dan Hati:-

Betul ke apa yang Tok Guru bagitau dalam filem tu? Adakah ajaran sesat yang disampaikan? ANDA YANG MENENTUKANNYA....
Chef Engineer
Pilihan raya kecil Kota Seputeh? SPR umum minggu depan

Oleh G. MANIMARAN

BUKIT MERTAJAM: Status sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh di Kedah akan menyaksikan pilihan raya kecil - yang kesembilan sejak Mac 2008 akan diketahui minggu depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat minggu depan.

"Mungkin depan kita akan mengumumkan," kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini semalam.

Kata beliau, soal sama ada ia perlu diisytiharkan kosong ataupun sebaliknya sedang dikaji.

"Kita kaji dari semua sudut," kata beliau sambil menambah, biar pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berakhir dulu.

Beliau diminta mengulas perkembangan isu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Awal minggu lalu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Malaysiakini...

Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-

Benarkah penangguhan hukuman itu disebabkan ia mendapat liputan media antarabangsa yang meluas? Hinggakan kerajaan bakal menerima tekanan daripada negara - negara barat (kafir laknatullah)? Tekanan dari segi ekonomi dll yang menyebabkan penasihat undang - undang negara (peguam negara) meminta penangguhan? Bukankah Kerajaan BN selalu melaungkan merekalah pejuang agama Islam yang sebenar dan UMNO bukan ISlam Plastik (bukan Palestin) sepertimana yang dinyatakan oleh TGNA?

Hukuman ini bukannya dijatuhkan kepada orang - orang Kafir dari kalangan pelancong tetapi rakyat Malaysia yang beragama Islam yang memilih untuk disebat sebagai hukuman. Sememangnya barat tidak senang akan tindakan ini dan melebelkan ia sebagai hukuman yang zalim. Mereka ini mempunyai agenda untuk merendahkan martabat Islam.

Puan Kartika dah redha akan ketentuan bahawa dia akan menerima hukuman sebat atas kesalahan meminum arak (air kencing syaitan) yang mana jelas haram disisi ISlam. Semoga dengan hukuman ini akan menjadikan Puan Kartika dan orang - orang ISlam yang lain insaf akan perbuatannya.

Negeri Pahang bakal menjadi negeri contoh kepada negeri lain dalam melaksanakan hukuman yang sepatutnya.. 1Pahang... Baru orang respek... Negeri pun, InsyaAllah akan menjadi Makmur dan dilimpahi Rahmat dariNya...

Kartika case whips up an international media frenzy


PETALING JAYA: The case of model Kartika Sari Dewi Shukarno, who is to be caned for drinking beer, has caught international attention.

From Australia to Indonesia, Thailand, China, Germany, the United States and Britain, news of her impending sentence has thrust Kartika into the international limelight and into most blog chats.

CNN (Cable News Network), BBC (British Broadcasting Corporation) and other leading television stations have also highlighted her case as one of the top stories of the day.

They carried a story of her predicament yesterday, especially when her sentence was temporarily aborted because of the fasting month. Selanjutnya...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Amanat Khas: Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat Seru Pengundi Pilih Saudara Saleh Man !!

Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.

InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.


Akal, Mata dan Hati:-


Adili dengan sebijaknya... Anda boleh mengetahui kebenarannya...
Chef Engineer

Malaysiakini...

kemaskini 3.56pm Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyaman anggota parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM500 juta kerana mendakwa Tiong mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Ong, yang juga presiden MCA, memfailkan writ saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi ini melalui Tetuan Tan, Goh & Associates. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-



Lawan jangan tak lawan. Nama kena bersih. Baru rakyat respek bukan macam sesetengah pemimpin melayu islam, bila di ajak bersemuka, tak mahu... Nasib la...


Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Malaysia Kini...

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah lama berniat meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati akibat kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti, kata seorang pembantunya.

Elias Saad berkata Mohd Radzhi mulai kini berhak bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk meneruskan agenda Melayu yang, menurutnya, menjadi "agenda perjuangan yang terpendam selama ini."

"Perkara ini dia sudah lama simpan, baru sekarang diluahkan. Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri," kata Elias ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Selanjutnya... dan ini...

Akal, Mata dan Hati:-

Beginilah jadi jika kita bekerja kerana pangkat, kuasa dan duit. Jika kita bekerja kerana Allah nescaya perkara ini takan berlaku. Nawaitu kita kena tetap iaitu untuk membantu rakyat kerana ALLAH.. Itu lah sepatutnya kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, kuserahkan kepada Allah tuhan semesta alam..
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Akal, Mata dan Hati : -

Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Hambakanlah Diri pada ALLAH s.w.t sepenuhnya... Jika anda;

  1. Seorang peminat karaoke, teruskan karaoke dengan membaca Al-Quran (
    sampai khatam - mengaji quran ler).
  2. Seorang yang suka keluar malam, teruskan keluar malam dan pergilah ke masjid - masjid untuk qiamullail sehingga akhir ramadhan.
  3. Seorang peragut; rebutlah pahala dengan bertarawikh di masjid-masjid, musolla serta rumah.
  4. Seorang yang selalu berkhalwat dengan perempuan, berkhalwatlah dengan ALLAH sepanjang malam.
  5. Seorang peminum arak (air kencing syaitan), basahkan tekak anda dengan zikrullah.
  6. Seorang pencaci aib orang, teruskan mencaci diri anda sendiri kerana azab ALLAH di akhirat.

    Peringatan ini adalah untuk saya dan anda semua..Semoga ALLAH mengampuni kita dan memberi petunjukNYA... Marilah sama - sama berubah ke arah kebaikan... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.... WALLAHUA'LAM...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa

Ogos 20, 09 7:15pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA

Akal, Mata dan Hati:-

Kalau kita rasa kita betul tapi orang lain kata kita salah, kita kena semuka dengan mereka. Bermuzakarah mengenai perihal yang berkaitan. Cari yang mana betul. Tak der apa yang dirisaukan jika kita berada dipihak yang benar... Amacam Majlis Fatwa? Ada berani ke?? Jangan tersalah beri keterangan yang boleh meragukan umat islam di Malaysia yang sememang dah konfius dengan Islam Hadhari... Selamat Mencari Kebenaran!!!
Labels: 3 comments | | edit post
Chef Engineer

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Ogos 20, 09 6:39pm

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.


Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:-

Itu duit raya pakcik... Depa nak tengok respon daripada penerima.. Kiranya tengah buat bancian. Berapa ramai yang boleh terima duit tu.. Kalau ok, depa baru bagi duit betui... Biasalah test market... Tapi pakcik kuat iman. Cepat - cepat pakcik war -war pada orang ramai... mmmm...ada yang berani mengaku dia buat ker? Kesian la kat orang ramai, kalau nak kasi, kasi la duit betul - betul. Baru boleh buat belanja. Kalau Pakcik tu tak periksa pastuh terus gi bebelanja, tak ke naya. Kena tangkap dengan polis sebab simpan/guna duit palsu... Penaya orang je...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

SUNGAI SIPUT: “Jika boleh saya mahu keluarga dan sanak-saudara dibenar menyaksikan saya dirotan.

Malah, saya juga memohon supaya media dibenar membuat liputan ketika hukuman itu berlangsung,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Model sambilan itu mengulas hukuman enam sebatan secara syariah yang bakal dijalaninya di Penjara Wanita Kajang selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan, pada 11 Julai 2008

“Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apapun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan
Selanjutnya...


Akal, Mata dan Hati:-


Saya mengharapkan agar ALLAH memberi hidayah kepada KArtika untuk terus menjauhi daripada kemungkaran. Dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya akan memberi kesedaran kepada mereka yang masih lagi hanyut serta lalai... Bertaubatlah segera sementara masih bernyawa ini. Peringatan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan saudara/i sekalian. Hidup di dunia hanya sementara....




Ni bila plak nak kena sebat!!! Degil betul..

Chef Engineer
Ku Li: Apakah Umno kurang calon?

Ogos 19, 09 1:05pm

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Selanjutnya...

Akal, MAta dan Hati:-

Umno sekarang memang kekurangan calon yang menyebabkan parti itu bertindak sedemikian disamping faktor kroni/rakan/penyokong kepada pemimpin tertentu. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang - orang cerdik pandai UMNO. Katanya ingin membantu orang melayu/islam. Pejuang sebenar... Kiranya benar Rohaizat menang pilihanraya kali ini, maka UMNO akan lebih dikenali oleh rakyat sebagai parti golongan pecah amanah. Fikir - fikirkanlah akibatnya dahulu...

Labels: 4 comments | | edit post
Chef Engineer


VS





Dipetik daripada Malaysiakini..
Tiong: Saya bukan mesin ATM BN

Salhan K Ahmad
Ogos 19, 09
6:02pm

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dikenali sebagai 'Mesin ATM BN' kerana reputasinya yang dikenali amat murah hati untuk memberi bantuan kepada rakan-rakannya dalam BN.

Minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Penyokong Kerajaan (BBC) itu membuat pendedahan menggemparkan apabila mendakwa menyumbang RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk membiayai aktiviti parti tersebut.

Ong bagaimanapun menafikan dakwaan Tiong dan membuat laporan polis mengenainya minggu lalu. Beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang Tiong.

Apabila dikecam oleh Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, Tiong yang juga bendahara Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) mendakwa Chew juga turut menerima sumbangan daripadanya.

Semalam, Tiong mendedahkan kepada pihak media bahawa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kolej KTAR milik MCA di Penampang, Sabah.

Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya kelmarin, Tiong menolak tanggapan tersebut bahawa beliau menjadi 'mesin ATM BN"..

"Jangan cakap macam tu... kamu tahu tak berapa banyak sekolah Cina yang saya bantu? Mesin ATM apa?" kata Tiong.

Tiong berkata, sumbangan itu dibuat atas dasar solidariti bagi membantu komuniti Cina dan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan.

"Saya mahu lihat parti-parti Cina supaya kuat dan bersatu supaya kita dapat turun ke bawah untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Jelasnya lagi, sumbangan beliau bukan hanya terhad kepada parti Cina sahaja.

"Berapa banyak biasiswa sudah saya beri kepada pelajar? Berapa banyak orang yang sudah saya bantu? Awak boleh tanya Vicky (bekas ketua pemuda MIC kebangsaan S.A.Vikneswaran) Tanya dia adakah saya ada beri sokongan kepada dia? Dia pun sudah tidak ada (jawatan) sekarang."

(Ketika dihubungi kemudiannya, Vigneswaran berkata Tiong telah menyumbang RM1 juta kepada Universiti AIMST milik MIC beberapa tahun lalu. Beliau juga telah menyumbang kepada beberapa buah kuil).

"Adakah dengan memberi sumbangan, saya ini meminta ijazah kedoktoran (daripada Universiti Tunku Abdul Rahman?," soal Tiong lagi.

Jelasnya lagi, sumbangan tersebut adalah untuk mengekalkan kerjasama di antara parti komponen BN dan juga untuk meraih sokongan daripada pengundi.

"Ini penting untuk kekalkan kekuatan BN. Tidak ada maknanya jika kita kuat di Sabah dan Sarawak tapi yang lain tidak boleh mengekalkan (kekuatan) di Semenanjung.

"Kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita sudah berubah, bukannya hanya tahu bercakap, mengorek isu-isu, dan menggorengnya di media untuk mendapat kepentingan politik seperti parti pembangkang. Itu salah," katanya lagi.

"Kalaulah kami terlebih membuat tuntutan sekalipun, ianya boleh 'di-adjust-kan' pada panel terakhir. Jadi apakah isu sebenarnya?," katanya merujuk kepada siasatan ke atas PKFZ.


Akal, Mata dan Hati:-
Kacang lupakan kulit? Bongkar lah lagi.. Kita tunggu siapa yang kena... Hasilnya; DS Ong Tee Kiat akan saman DS Tiong King Sing (BN Vs BN). Selanjutnya...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Rohaizat’s partner denies Umno’s accusation


By Syed Jaymal Zahiid
PERMATANG PASIR, Aug 20 — The controversy surrounding Barisan Nasional candidate Rohaizat Othman’s disbarment took a new twist today when his partner, the one Umno accused of taking their client's money, appeared to deny the allegation.

Yusri Ishak alleged that the money was used by Rohaizat to help his friend-cum-client to finance a land transaction worth RM 130,000 which was to be reimbursed but the Umno politician's friend had failed to do so.

Rohaizat then claimed the land, planning to sell it to remit the funds used to purchase it but to no avail, said Yusri, adding that that was one of the reasons why Rohaizat had failed to repay the co-operative.

He also said some of the co-operative funds had been used to help another of Rohaizat's friends, a director in a housing development company, and also to manage the firm's branch in Ipoh.




Akal, Mata dan Hati:-


Rakan kongsi Rohaizat dah mula bersuara yang mengatakan dia tidak terlibat di dalam kes pecah amanah duit koperasi sepertimana yang dikhabarkan oleh Ketua Penerangan UMNO; Ahmad Maslan dan yang lain - lain.


mmm.. UMNO dah ketandusan pemimpin / calon ker? Aib Rohaizat dah semakin besar... Mampu ke dia menang pilihanraya ini? Hanya pengundi yang menentukan.. Pecah Amanah? Besar kes ini... Entahlah..dunia nak kiamat...
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Calon BN ini bukan sebarang calon. Calon ini yg mempunyai budi pekerti baik dan mempunyai ilmu dalam bidang agama (maklumlah peguam syarie serta bekas pelajar UIA). Bukan sebarang calon diletakkan bagi menghalang kemaraan PR di kawasan Permatang Pasir (dlm kawasan permatang Pauh ni. Banyak betul pilihan raya kawasan ini) serta mencabar kawasan yang menjadi milik PAS pada pilihanraya terdahulu. Sudah tentu BN memilih calon yang pandai berkata - kata serta pandai berpidato. Akhirnya Rohaizat Othman dipilih.

Namun begitu calon yang dianggap terbaik di Penang ini mempunyai reputasi yang tidak baik di mata Majlis Peguam. Kenapa pulak..Malaysia insider melaporkan bahawa lesen Peguam Sivil Rohaizat telah digantung akibat salahlaku.

Akal, Mata dan Hati:-

mmm...apala nasib UMNO ini. Dah tadak calon lain ke? Asyik - asyik ambil penyamun jadi pemimpin..Buat naya kat rakyat je... Dah 52 thn, masih tak berubah... 1Malaysia konon....
Labels: 2 comments | | edit post
Chef Engineer

Minggu lepas KJ datang Rompin (tempat kawan tuh) bagi tujuan perasmian Mesyuarat Pemuda Unmno Bahagian Rompin di Muadzam Shah... dalam sibuk duk berucap untuk perasmian adalah sedikit nasihat yang diberikan kepada orang - orang PAS (diorg panggil - Parti Angguk Sahaja) agar jangan mengikut kata - kata TGNA... Kerana TGNA tidak berupaya menghalang orang kafir di Malaysia (esp- DAP) daripada mencemuh serta menghina Islam...

Kata - kata KJ ini menggambarkan TGNA ini seorang yang takut hilang sokongan daripada kaum cina (DAP) daripada memberi sokongan kepada PAS. Juga pemimpin PAS yang lain yang tidak menyokong tindakan Dato Hassan Ali di dalam menangani masalah arak di Selangor....

WAH!!!.Hebat lagi kagum bila masa KJ memberi kata-kata/ucapan sedemikian rupa kepada ahli - ahli PAS.. Macam pulak dia tu Ketua Pemuda PAS. Tapi kalau betul KJ nak menyokong Hassan Ali (dlm tindakanya menangani masalah Arak di Selangor) serta mahu membelasah DAP (yang menghina Islam), apa kata KJ lakukan demo dan kumpulkan seramai yang mungkin berkumpul di dataran Merdeka. Biar DAP dan PKR gerun sikit/banyak. Rasa saya ramai ahli - ahli PAS akan sokong. Yang mana pakai kopiah, terus tanggal dan pakai songkok 4 tingkat semasa demo tu..Beraraklah sepanjang jalan. Kalau takleh buat di Jalan TAR, buat di stadium.. Baru ini yang dinamakan pejuang ISlam...

Kalau KJ nak jadi pejuang ISlam, tinggalkanlah yang haram. Air kencing setan jangan dihampiri, betina tolak ketepi, sembahyang jangan ditinggal, jadi Imam selalu, sedekah jariah amalkanlah (duit komisyen kan banyak), kerjakan haji setiap tahun (ke Mekah selalu - dapatkan berkat) dan last sekali tingkatkan ilmu agama (belajalah sekolah pondok - arwah tok kan seorang ulama di Penang). InsyaALLAH KJ akan berjaya menjadi pejuang ISlam yang sebenar... Jangan jadi macam ini sudahlah....

Akal, MAta dan Hati:-

Dah 52 thn UMNO memerintah negara, apa sumbangan dalam memajukan/menaikkan ISlam? Masjid banyak, jemaah dan pengisian, kurang.. Kes murtad, arak dan maksiat lain banyak... Ini pejuang ISlam??? Kalau berjuang dengan betul dan baik, nescaya PAS dah lama berkubur.... Sendiri ingatlaa..

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
#Keanehan 1

Dalam banyak2 folder yang kita buat.
hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak.
Klu kita rename pun tetap tak bleh.

"CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta.

team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku.


#Keanehan 2

kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut.

1.buka notepad
2.taip " bear kau mmg gemok" (tanpa pembuka kata dan penutup kata)
3Save-kan dengan apa2 saja nama dan dimana2 anda suka.
3.tutup tertingap notepad tersebut, kemudian buka kembali.

Apa yang keluar ek?


#Keanehan 3

Yang ini lagi menarik.
Semua microsoft team termasuk bill gate
tidak dapat menjawab bgmana ianya ble berlaku.

Buka microsoft word.
kemudian taip:

=rand (200, 99)

kemudian tekan ENTER

saksikan keanihannya
Chef Engineer


Assalamualaikum...

Setelah menunggu hampir 9 bulan, anak ketiga bakal dilahirkan sebentar lg (dlm delivery room). AlhamduliLLah, baby nak keluar pd hari sabtu (hari isnin hingga jumaat, saya berada di JB) walaupun isteri dah mula sakit pd malam jumaat. Semoga dengan kelahiran anak ketiga akan menambahkan kebahagian kami sekeluarga.

Jannah (anak sulung) dan Muhammad Safiiyallah (abang ngah) akan ada adik. Mengikut kiraan doktor, baby ini akan lahir pada 3 september nanti namun begitu ia terawal daripada jangkaan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa keatas hambaNya. Semoga Allah memudahkan urusan hambaNya ini.

AlhamduliLLAH.. Tepat jam 7.31pm (waktu maghrib) maka lahirlah ia (baby girl) atas kehendak Allah s.w.t. Syukur tak terkira atas kurniaNya. Segala puji-pujian pd MU.

(Dalam bilik delivery. Baru lahir..)

AlhamduliLLAH. Ibu dan anak dalam keadaan sihat sejahtera. Anak - anak amanah Allah kepada kita.... Didiklah dengan sebaiknya..InsyaAllah..

Chef Engineer
Akal, Mata dan Hati:-

TPM cepat arahkan SPRM siasat DS Ong Tee Keat atas menerima sponser RM10 juta daripada KDSB pemaju siap guna PKFZ... Jangan tunggu lama -lama. Kes - kes berkaitan PR disegerakan oleh SPRM maka kali SPRM juga perlu bertindak dengan segera menyiasat kes ini. PM dan TPM janganlah membuat komen sehingga mengganggu kerja - kerja SPRM. Rakyat ingin lihat keadilan yang sering diperkatakan oleh kerajaan BN...


Selanjutnya.....

TPM: Perang mulut Ong-Tiong cemar k'jaan, BN
Ogos 14, 09 3:04pm

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media.

"Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan. Saya serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin berkata keadaan itu tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu itu.

"Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini...mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya.

Kedua-dua pemimpin itu terbabit dalam pertengkaran secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan kemudian mendedahkan kepada media bahawa beliau juga meminta peguamnya menghantar surat tuntutan.

Tiong membuat dakwaan itu pada Rabu dengan mengatakan duit itu dibayar secara ansuran tiga kali tahun lepas untuk aktiviti MCA. BERNAMA
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Saya meminta bantuan saudara dan saudari sekalian untuk mengenalpasti gerangan hamba Allah ini. Betulkah apa yang saya lihat ini? Anak Bapak Islam Hadhari? Betulkan saya jika saya salah... Hanya mencari kebenaran yang tersembunyi/disembunyi....

Chef Engineer
Bersatu padu dan Berkerjasama

Cerita wonderpets yang disiarkan setiap hari jam 2.30pm disaluran TV9 banyak memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Konsep bekerjasama dan bersatu padu sangat dititik beratkan. Ia merupakan asas kejayaan sesuatu pekerjaan. Wonderpets menceritakan bagaimana 3 ekor haiwan peliharaan iaitu, Lini seekor anak tikus belanda, Tuck seekor anak kura - kura dan Mink - mink seekor anak itik bersatu padu serta berkerjasama untuk menyelamat anak - anak haiwan yang dalam kesusahan.

Semua misi yang dijalankan oleh mereka dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil muafakat dan kerjasama sesama mereka. Susah dan senang dilakukan bersama - sama bagi menjayakan sesuatu pekerjaan. Suatu konsep yang sangat digalakkan dalam ISlam.

Namun begitu, Melayu di Malaysia (satu kaum dan satu agama) masih lagi tidak dapat berpadu tenaga dan bekerjasama mempertahankan agama yang dikasihi. Pelik dan hairan kerana manusia dianugerahkan dengan kebijaksanaan yang mampu membuat pertimbangan yang waras dan saksama. Oleh yang demikianlah Allah s.w.t telah mengangkat manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.

Ada wajarnya kita patut melihat cerita ini agar kita sama - sama dapat mengambil iktibar....

Akal, Mata dan Hati:-

Saya ingin melihat Umno dan Pas bergabung, tetapi mengikut acuan Pas. Islam diutamakan. Nak tgk PM Malaysia; DS Najib dipanggil DS Tuan Guru Najib Tun Razak. Tinggi ilmu akhirat dan dunia yang mampu memimpin Islam dan Melayu di Malaysia seterus menawan dunia. Mungkinkah terjadi?? Sama - sama doakan...

value="http://www.youtube.com/v/xxlWvE2U0nw&hl=en&fs=1&">
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya" "Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu..

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. BAJU CINTA???.. .. Kok iyea pun... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer. .."
Chef Engineer

Akal, Mata dan Hati:-

Wah dahsyat org UMNO. 1Malaysia katakanlah...ada peserta demo jemputan lagi... Cayalah...(Aci,aci dah glamer sekarang ni). Kuat betul mengampu TPM. Ampu lagi..Ampu lagi... baca sambungan..
Chef Engineer
Penulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menjadi kontroversi sehinggakan kaum cina/bukan muslim membuat ulasan yang keterlaluan..

Subject: Nasib Melayu di bumi Melayu


Saya* tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. *

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil
daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.
Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Akal, Mata dan Hati:-

Orang Melayu dan Islam di Malaysia lebih rela bersungguh - sungguh membela /sokong program - program hiburan; Akademi fantasia, OIAM, Gangstarz, dll. Kalau dalam hal beragama semua ambil mudah. Perkara yang menyusahkan akan diambil remeh. Wahai umat Islam di Malaysia, bukalah mata dan hati anda. Muhasabahlah diri.
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Akal, Mata dan Hati:-
Inilah jenis manusia yang tak reti bahasa dan tak der otak. Menulis ikut perasaan tanpa mengambilkira sensitiviti agama lain. Dah la 1Malaysia menguntungkan bangsa dia, melayu @ Muslim tak banyak songeh dan merungut bila mana kerajaan BN bagi byk peluang kepada mereka. Kita orang MElayu/Islam tak sampai menghina agama mereka dan nenek moyang mereka. Demi menjaga hati kaum lain melayu/islam memendam perasaan dari hari ke hari. Melihat mereka bermuka talam dua muka menuntut hak kesamarataan dari segala segi. Tak kira MCA, DAP, Gerakan, PPP dll, masing - masing mengetepikan sentimen/fahaman politik masing jika ia memihak kepada kaum mereka.

Peringatan kepada mana - mana individu yang ingin bercakap serta mengulas sesuatu hal berkenaan hal ehwal islam. JANGAN MENGUTARAKAN PENDAPAT ANDA JIKA TIDAK ARIF DENGAN HAL/AGAMA. Jangan ingat kami (melayu/islam) tidak mengambil kisah dan pusing lagi membutakan diri jika maruah agama serta saudara seagama kami dilanyak oleh individu - individu yang tidak bertanggung jawab.

Kenyataan dan ulasan daripada Ketua Pemuda DAP berkenaan ulasan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock adalah tidak bertanggung jawab serta tidak menjaga sensitiviti agama lain. LAKNATULLAH lah kau!!!!

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
**************************************************************************************

RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009
It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.
By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.
Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.
By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.
As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.
DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.
Comments (2)
2 Comments »
Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.
Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” Plato
Comment by kn — August 6, 2009 @ 10:30
Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?
R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.
As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.
If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !
Wishing u and family miserable lives n deaths.
Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Ini Bukan Bot yang membawa pemancing grand prix joran tp wartawan, blogger & ahli Politik..



Ini dia Pelantar Minyak Cakrawala



Ini bukan pelarian Rohingya tp rombongan wartawan, blogger & ahli politik yang nak meninjau dan melawat Pelantar Cakrawala.





Haaa.. Polis yang perihatin dgn lawatan itu. Sibuk tanya dan soal. Nak minta permit tu...





Sempat lagi bergambar kenangan sebelum bertolak..





Akal, Mata dan Hati:-

Dulu, Kini dan Selamanya kerajaan BN selalu berdolak dalih. Tabiat yang menjadi darah daging untuk mereka kekal dalam pemerintahan. Terbaru, perihal royalti minyak Kelantan, dah jelas tanpa bersuluh Pelantar Minyak Cakrawala hanya sejauh 153 km @ 82.61 batu nautikal dari Pantai Bachok. Pelantar minyak itu bukan baru nak dibina akan tetapi dah lama beroperasi. Padan la MB TGNA memohon agar Kerajaan Pusat @ Petronas membayar royalti yang sepatutnya diterima.

Kerajaan Pusat tak perlulah nak mengkaji dari segi undang - undang lagi. Dah menjadi milik orang, pulangkan jer.. Ini tidak asyik berdolak dalih. Sibuk pulak dok canang bahawa Kelantan mundur dibawah PAS walhal merekalah yang menyekat kemajuan / kewangan Negeri Kelantan. Sedar - sedar lah wahai BN...

sumber...Perisik Rakyat.:- Pelantar Minyak Sah di Perairan Kelantan..

Tok Guru, dok soh la maroh ko pok - pok tu. Doa banyok bia ALLAH s.w.t cucuri hidayah serta keinsafan....

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Akal, Mata dan Hati:-
Macam ini lah yang kita mahu!! Tak kira geng atau musuh. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.. Inilah cara kerajaan yang kita mahu telus. Kalau ada exco/kabinet yang buat salah, terus tegur. Bukan disorok/simpan... mmm..cepat plak TV3/4 buat laporan ye... Syabas kepada TV3/4...



KENYATAAN PENUH DATO' DR HASSAN ALI

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009

Labels: 0 comments | | edit post