Chef Engineer
Akal, Mata dan Hati:-

TPM cepat arahkan SPRM siasat DS Ong Tee Keat atas menerima sponser RM10 juta daripada KDSB pemaju siap guna PKFZ... Jangan tunggu lama -lama. Kes - kes berkaitan PR disegerakan oleh SPRM maka kali SPRM juga perlu bertindak dengan segera menyiasat kes ini. PM dan TPM janganlah membuat komen sehingga mengganggu kerja - kerja SPRM. Rakyat ingin lihat keadilan yang sering diperkatakan oleh kerajaan BN...


Selanjutnya.....

TPM: Perang mulut Ong-Tiong cemar k'jaan, BN
Ogos 14, 09 3:04pm

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media.

"Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan. Saya serah kepada mereka untuk menyelesaikannya. Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin berkata keadaan itu tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu itu.

"Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini...mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya.

Kedua-dua pemimpin itu terbabit dalam pertengkaran secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan kemudian mendedahkan kepada media bahawa beliau juga meminta peguamnya menghantar surat tuntutan.

Tiong membuat dakwaan itu pada Rabu dengan mengatakan duit itu dibayar secara ansuran tiga kali tahun lepas untuk aktiviti MCA. BERNAMA
Labels: | edit post
0 Responses