Chef Engineer
Ini Live.. Kalau tak sempat... akan diupload...

http://www.mobtv.my/
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer

Chef Engineer
En. Mat Sabu mendakwa beliau telah dilanggar oleh kereta polis pad 9hb Julai 2011 semasa perhimpunan Bersih berlangsung di ibu kota. Kemalangan itu menyebabkan lutut beliau terpaksa dibedah bagi membetulkan kecederaan yang beliau alami.

Manakala pihak polis pula menangkis dakwaan itu dengan mengatakan Mat sabu tidak dilanggar dengan Pajero Polis... Rakaman telah disiarkan oleh pihak polis bagi membuktikan pihak polis berada dilandasan yang benar.

Namun begitu.... Sila baca kembali kenyataan Mat Sabu :.. Dia memaklumkan bahawa dia telah dilanggar oleh Kereta Polis... Manakala Polis pula mengatakan Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis..

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kedua - kedua pihak berkata benar! Iaitu Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis tetapi Kereta Polis!!

Sila teliti rakaman video ini dengan teliti... http://chefengineer.blogspot.com/

Chef Engineer
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
AMBIGA VS WAN AHMAD WAN OMAR

PADA 26 JULAI 2011

Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

____________________________________________________________________

Kemunculan Ambiga dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di pentas untuk membahas tetang SPR .

Ambiga : Kenapa Malaysia setengah rakyat hidup berumur sehingga 100, jadi pengundi di pilihanraya.

Wan Ahmad: Oh , kita patut bersyukur kerana kementerian kesihatan Malaysia menawarkan ubat panjang umur, sesiapa yang makan ubat ini tidak akan mati di data SPR.

Ambiga: Kami hendak menuntut 8 perkara dalam pilihanraya.

Wan Ahmad: Setahu kami , BERSIH itu sudah diharamkan di Malaysia, jadi segala tuntutan dari organisasi haram tidak diiktiraf.

Ambiga: Jadi kenapa kau muncul di pentas ini menafikan segala persoalan saya?

Wan Ahmad: Kami SPR tahu , memang tak upaya berbahas dengan penguam yang mengatuahui perlembagaan. kami cuma nak beritahu kepada rakyat, kami BERSIH dibahwa suruhan umno.

Ambiga: Terdapat banyak bukti, bahawa SPR bersubahat dengan JPN melancarkan projek pengundi hantu. Biar saya buktikan....

Wan Ahmad: Kalau BERSIH tidak ungkilkan kesilapan kami , kami tidak akan perbetulkan.

Ambiga: Kalau macam itu buatlah suruhanjaya siasatan SPR. membenarkan semua rakyat faham selok belok cara SPR lakukan.

Wan Ahmad: Suruhanjaya Siasatan dan Suruhanjaya Pilihanraya , kedua dua adalah adik beradik. Kami pakar dalam I cover you , you cover.


_______________________________________________________________

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Selanjutnya...

Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer


Sekarang ini timbul rungutan daripada rakyat bahawa monopoli Astro selaku TV Satelit berbayar akan menaikan kadar yuran langganan tidak lama lagi. Monopoli Astro ini sudah lama berlaku dan yang menghairankan kenapa tiada syarikat lain yang mampu bersaing dengan Astro ini. Semacam ada sekatan yang menyebabkan TV satelit lain bungkus setelah beroperasi tidak sampai setahun.

Sedikit kemusykilan mengenai Astro ini, kenapa kerajaan semacam tidak mampu mengawal Astro ini sedangkan Media lain mereka mampu kawal (berita Awani dah mula kawal). Terdahulu pelanggan Astro merasa kecewa dengan perkhidmatan Astro yang bertaraf 5 bintang tidak mampu beroperasi dengan baik tatkala cuaca mendung dan hujan. Itu tak termasuk iklan - iklan yang sepatutnya ada memandangkan Astro ada pelanggan sendiri. Kira Astro ni makan 2 kali. Bayaran iklan dapat, langganan bulanan pun dapat.

Hasil daripada kaji selidik orang awam yang tak bertauliah, didapati sedikit saham dalam Astro iaitu sebanyak 29.34% adalah milik Khazanah Nasional Berhad. Tapi Khazanah Nasional ini milik siapa erk? Pengerusi Khazanah pula adalah Dato Seri Mohd Najib Razak.. Siapa pulak hamba Allah tu... Mesti kaya sebab isteri beliau mampu membeli cincin jutaan ringgit dari US. Lihatla sendiri.....





Akal, Mata dan Hati :- Padanla harga langganan bulanan semakin naik. Kerajaan buat derk je. Rupanya..masukkkkk $$$$$$$$$$$.... Siapa kita ni? Rakyat biasa... Dahlah siaran TV percuma disesetengah tempat tak jelas langsung. Pakai antena tinggi pun tak jelas juga. Tak percaya? Di Ruping mmg terjadi. Sejak kecil samai sekarang... Bukan baru beb... Tapi untuk menghadapi Astro ini lebih baik kita BOIKOT!!!!!
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer




















Inilah polis yang baik semasa mengatasi kesesakan yang dilakukan oleh geng2 bersih 2.0. Polis ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap kumpulan yang dilabel bersih sehinggakan boleh menggunakan segala kudrat dan segala perbuatannya adalah halal disisi undang - undang. Lihatlah polis ini menggunakan garinya sebagai "buku lima" untuk membelasah perusuh. Dan anggota ini bijak menutupkan wajahnya yang hensem bagi mengelakkan dirinya dicam oleh orang ramai disamping tidak meletakkan tanda nama yang sepatutnya ditampal di dadanya. Polis ini berhak untuk dianugerahkan dengan "Anugerah Ibrahim Ali" bagi menghargai jasanya dalam membenteraskan perusuh yang ganas. Syabas!




Akal, Mata dan Hati:- Kepada Timbalan Ketua Polis Negara bolehlah melihat sendiri bagaimana kelakuan anak buahnya dalam menghadapi orang awam yang dianggap sebagai perusuh. Tak perlulah salinan video itu dihantar diserahkan kepada polis yang mana tak pasal-pasal sipenghantar itu kena tangkapp! Bila video polis "baik" ni nak disiarkan oleh pihak media? Kenapa lambat sangat? Produser belum siapkan lagi? ish!!! Lambatla korang ni....
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.


Manakala terdahulu Menteri Kesihatan Malaysia dan pihak polis telah menafikan bahawa polis telah bertindak menembak air dan gas pemedih mata kearah Hospital Tung Shin. Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Selanjutnya...

Polis juga menyatakan polis tidak berbuat demikian. Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:- Apa yang sebenarnya terjadi? Polis tak mengaku walaupun terang - terangan bukti menunjukkan kejadian itu berlaku. Dimanakah keadilan yang sepatutnya wujud? Adakah kerana mereka polis mereka mampu membuat sesuka hati? Adakah mereka polis, mereka kebal dari tindakan undang- undang? Tapi sayang, masih ada yang menyokong tindakan polis ini sebab inilah peluang mereka untuk menafikan hak rakyat. Sayangnya....
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer
Labels: 0 comments | | edit post
Chef Engineer








Peaceful rally..
Labels: 0 comments | | edit post