Inilah polis yang baik semasa mengatasi kesesakan yang dilakukan oleh geng2 bersih 2.0. Polis ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap kumpulan yang dilabel bersih sehinggakan boleh menggunakan segala kudrat dan segala perbuatannya adalah halal disisi undang - undang. Lihatlah polis ini menggunakan garinya sebagai "buku lima" untuk membelasah perusuh. Dan anggota ini bijak menutupkan wajahnya yang hensem bagi mengelakkan dirinya dicam oleh orang ramai disamping tidak meletakkan tanda nama yang sepatutnya ditampal di dadanya. Polis ini berhak untuk dianugerahkan dengan "Anugerah Ibrahim Ali" bagi menghargai jasanya dalam membenteraskan perusuh yang ganas. Syabas!
Akal, Mata dan Hati:- Kepada Timbalan Ketua Polis Negara bolehlah melihat sendiri bagaimana kelakuan anak buahnya dalam menghadapi orang awam yang dianggap sebagai perusuh. Tak perlulah salinan video itu dihantar diserahkan kepada polis yang mana tak pasal-pasal sipenghantar itu kena tangkapp! Bila video polis "baik" ni nak disiarkan oleh pihak media? Kenapa lambat sangat? Produser belum siapkan lagi? ish!!! Lambatla korang ni....