Chef Engineer
Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.


Manakala terdahulu Menteri Kesihatan Malaysia dan pihak polis telah menafikan bahawa polis telah bertindak menembak air dan gas pemedih mata kearah Hospital Tung Shin. Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu. Selanjutnya...

Polis juga menyatakan polis tidak berbuat demikian. Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati:- Apa yang sebenarnya terjadi? Polis tak mengaku walaupun terang - terangan bukti menunjukkan kejadian itu berlaku. Dimanakah keadilan yang sepatutnya wujud? Adakah kerana mereka polis mereka mampu membuat sesuka hati? Adakah mereka polis, mereka kebal dari tindakan undang- undang? Tapi sayang, masih ada yang menyokong tindakan polis ini sebab inilah peluang mereka untuk menafikan hak rakyat. Sayangnya....
Labels: | edit post
0 Responses