Dalam sedar atau tidak, kita suka sangat simpan barang - barang lama yang kononnya mempunyai sentimen/kenangan silam. Daripada pakaian, peralatan elektrik, tayar, kasut lama dan macam - macam lagi. Bila nak dibuang, terkenang pula kisah silam dah tak jadi. Nak dipakai sudah 'outdated' dan dah tak berfungsi lagi. Simpanla ia dengan harapan semoga berguna suatu hari nanti. Akhirnya, lambakan barang lama penuh disekitar rumah yang akhirnya mengundang bahaya pada diri sendiri dan keluarga.
Seharusnya rakyat Malaysia dah mula mengamalkan kitar semula. Barang - barang yang dah tak berguna diasingkan supaya dapat dikitar kembali. Kita kena amalkan perkara ini. Keluasan tanah di Malaysia bukan luas sangat. Kita tidak mahu tapak pelupusan sampah merata - rata hinggakan begitu hampir dengan rumah kediaman kita. Sudah tentu ia bakal mengundang masalah kesihatan pula.
Yang lama tak perlulah di simpan begitu lama. Dah tak berguna/pakai, lupuslah dengan betul (dengan amalkan kitar semula). Barang - barang lama ini banyak undang masalah kepada tuan punya. Kotor, buruk, mungkin busuk, menyemakkan mata dan berbagai - bagai lagi masalah. Haruslah kita membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk melupuskan barang - barang lama ini. Jangan teragak - agak untuk mengitar semula.
Ingat Barang Lama (BN) ini banyak susahkan rakyat. Kita harapkan ia memberi kebaikan untuk selamanya namun harapan tinggal harapan. Bila sudah rosak, jika dibaiki tidak dapat bertahan dengan lama. Membazir duit dan masa untuk perbaiki barang lama ini. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya. KITAR SEMULA...
Akal, Mata dan Hati :-
Pasangan sehati yang berupaya bersama dengan kita selamanya adalah ialah isteri yang solehah yang menyejukkan hati....