Chef Engineer
Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia. Selanjutnya...

Akal, Mata dan Hati :-

Ini adalah salah satu usaha kerajaan BN untuk membolehkan rakyat hanya menerima berita yang pro mereka dan menyekat ketelusan dalam menyampaikan maklumat. Juga untuk mengekang pakatan dari menyampaikan berita. Juga untuk cover rahsia pak menteri dan orang - orang besar daripada diketahui oleh rakyat. Banyak rahsia yang telah diketahui oleh orang ramai dan jika tidak dikekang media internet, maka lebih banyak rahsia akan bocor!

Rakyat dah bosan dengan membaca media - media yang pro Kerajaan. Maklumat yang disiarkan berat sebelah serta tidak tepat pulak tu. Yang betul - betul tepat hanya keputusan nombor ekor serta berita sukan. Yang lain kurang sikitla..

Labels: , | edit post
0 Responses