Chef Engineer
Posted by Picasa



Alhamdulillah... Tahun baru yang sudah menjelma hampir 15 hari mengingatkan setiap insan merasa bahawa masa tidak menunggu kita. Terasa 2010 pergi dengan pantas tanpa sedari. Tidak banyak yang mampu dilakukan di dalam tempoh 24 jam. Itulah masa, makhluk Allah yang setia menjalankan tanggungjawabnya dengan tanpa menunggu manusia.

Tahun 2011, cabaran untuk semua. Umur yang semakin meningkat, dari angka 1 kini sudah 34. Badan yang dulu sihat, kini dah mula terasa lemah. Dari bujang dah berkeluarga. Dulu satu anak kini dah 4 orang. Tanggungjawab semakin besar. Tapi, Allah tidak menjadikan manusia tanpa ujian keatas makhkuknya. Kita kena ingat. Sekuat mana manusia, setinggi mana pangkat dan kuasa, kepada Allah jua kita kembali.

Cabaran mendidik anak - anak serta isteri adalah menjadi keutamaan setiap ketua keluarga. Kerana masyarakat yang berkualiti adalah datang daripada keluarga yang sempurna. Didikan yang baik daripada ketua keluarga mampu mencorakkan masyarakat yang gemilang. Sebagai seorang muslim, mulalah dengan mengadakan solat jemaah bersama isteri dan anak - anak. Juga jangan dilupa makan bersama - sama juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Lupakan seketika kekalutan dan masalah yang melanda kita. Fokuslah di dalam mendidik keluarga. Semoga 2011 ini akan menjadikan diri kita insan yang kuat dari segi mental dan fizikal. Kekuatan spritual/rohani hendaklah di tingkatkan kerana ajal tidak diketahui bila menjelma. Tak boleh nak disetkan di dalam handphone bila malaikat maut datang menjemput. Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita. Sekadar peringat buat diri sendiri.. Wallahua'lam...

Labels: | edit post
0 Responses