Chef Engineer

Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa

Ogos 20, 09 7:15pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan jawatankuasa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan jawatankuasa itu bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri besar Kelantan berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA

Akal, Mata dan Hati:-

Kalau kita rasa kita betul tapi orang lain kata kita salah, kita kena semuka dengan mereka. Bermuzakarah mengenai perihal yang berkaitan. Cari yang mana betul. Tak der apa yang dirisaukan jika kita berada dipihak yang benar... Amacam Majlis Fatwa? Ada berani ke?? Jangan tersalah beri keterangan yang boleh meragukan umat islam di Malaysia yang sememang dah konfius dengan Islam Hadhari... Selamat Mencari Kebenaran!!!
Labels: | edit post
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    nak elakkan kekeliruan yg timbul?? blah la.

    xkisah la dia kata penyokong atau ahli umno tak masuk syurga. tapi statement dia tu memang menampak dia tu GENG Ayah pin.

    sama2 mereka mengamalkan ajaran sesat.


  2. Alhamdulillah... Ini mesti Tok Guru hebat ni... tinggi ilmu ni.. Dah tau apa yang tersirat... Syabas Media Cyber..


  3. teropongemas Says:

    Jangan tuduh orang sembarangan Media Cyber....Nama aje Media Cyber ,tapi asyik baca Utusan Melayo dan Berita Hairan je....lepas tu tengok TV3 suku dan TV9 setengah....
    Itu semua bagi berita palsu aje.Orang cakap lain ..dia tulis lain....