Chef Engineer
Ku Li: Apakah Umno kurang calon?

Ogos 19, 09 1:05pm

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Selanjutnya...

Akal, MAta dan Hati:-

Umno sekarang memang kekurangan calon yang menyebabkan parti itu bertindak sedemikian disamping faktor kroni/rakan/penyokong kepada pemimpin tertentu. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang - orang cerdik pandai UMNO. Katanya ingin membantu orang melayu/islam. Pejuang sebenar... Kiranya benar Rohaizat menang pilihanraya kali ini, maka UMNO akan lebih dikenali oleh rakyat sebagai parti golongan pecah amanah. Fikir - fikirkanlah akibatnya dahulu...

Labels: | edit post
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    PAS pun kurang calon di manek urai..


  2. Nik Amir. Says:

    Amanah seorang anak guam pun sudah berkecai, macamana nak galas amanah pengundi Permatang Pasir.

    Kalau begitu, kita seru pengundi Permatang Pasir supaya pilih calon yang terbaik pada PRK ini BUKAN parti.


  3. HAnya pengundi sahaja yang boleh menentukannya. Para pengundi, buatlah pilihan yang terbaik..


  4. Kalu dah PAS kekurangan calon dan meletakkan calon yang tidak standard, mengapa perlu UMNO mengikut jejak langkah PAS. Bukan ke itu suatu tidakan yang tidak wajar. Takan PAS nak masuk lubang biawak, UMNO pun nak iut sama? UMNO perlulah letakkan calon yang terbaik supaya tiada isu mengenai perkara ini... Fikir dulu sebelum buat keputusan... Alahai UMNO... Orang dah bagi Ikan busuk, dia pun nak bagi ikan baja??