Chef Engineer
(gambar hiasan)


AlhamduliLLAH. Semakin ramai yang membantah keputusan kabinet mengenai kes Mohd . Ridzuan Abdullah saudara baru kita untuk membawa anak - anaknya yang masih lagi berumur 18 thn untuk menghayati Islam yang dicintainya. Kini bukan sahaja peguam - peguam syarie yang membantah, terbaru Dato Seri Mufti Perak juga membantah perkara tersebut. Sesungguhnya perkara ini sangat membimbangkan dan ia memberi kesan jangka masa panjang yang buruk kepada Islam di Malaysia.

Saya menyeri agar semua rakyat Malaysia yang beragama Islam tak kiralah apa juga apa jua pegangan politik anda, tanpa mengira apa kerjaya anda (pelajar, tukang sapu, jurutera, doktor, petani dll), miskin mahupun kaya, bangun semua. Tunjukkan perpaduan kita demi agama kita. Kepada golongan - golongan yang telah membuat report polis mengenai YB Nga gunakan ayat - ayat AlQuran semasa ceramah politik di Bukit Gantang yang lalu, buat juga laporan polis kali ini.

Jangan hanya pandai membuat buat laporan polis yang memihak kepada BN sahaja. Biarlah kita mati demi agama kita dan bersatulah...
2 Responses
  1. sarjanhn Says:

    Tn.Blog buat dulu, I follow.


  2. Mari kita buat petisyen. Anda setuju?