Chef Engineer
Saya kecewa dengan apa yang telah dipersetujui pada mesyuarat kabinet mengenai kes Mohd. Ridzuan Abdullah. Anak kesayangan belaiu telah kembali di bawah jagaan isterinya yang masih lagi menganut agama hindu walhal beliau layak untuk menentukan agama anaknya yang masih belum menganut islam. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku dan kenapa kebinet pula yang membuat keputusaan hak penjagaan anak kecil itu dikembalikan kepada ibunya? Adakah ini adalah disebabkan PM yang dikasihi takut kehilangan sokongan hinggakan sanggup gadai agama? Kenapa sampai tergamak hendak mengurangkan bidang kuasa mahkamah syariah? Bukankah kebanyakkan anggota kabinet beragama Islam? Tak ada yang membantah dan sanggup jadi pak turut?

Kita sering mengulangi kesalahan pemimpin - pemimpin dahulu dalam mengatasi masalah berkaitan agama? Kita renungi pada zaman Tun Mahathir, kes murtad tidak dapat dibendung. Pada zaman Paklah juga sama. Kini PM ke 6 mengambil remeh masalah agama. Ia ini adalah satu kejayaan yang besar dan kita patut merayakanya. Tentu Koh TK dan teman - teman seangkatan sedang gembira. Mereka berjaya memanupulasikan keadaan yang tidak memihak kepada Islam. Sedarlah wahai PM. Anda pasti disanjungi rakyat jika anda menegakkan Islam di Malaysia.

Satu hal lagi, Melayu kini kian terpinggir. Bangsa melayu kini pelu mempunyai tahap 'survival/ yang tinggi untuk terus berdaya saing dengan kaum bukan melayu. Dengan 30% kuota bumiputera di bidang perkhidmatan awam yang terpilih telah dimansuhkan bangsa melayu perlu sedar bahawa kita tidak boleh mengharapkan ihsan pemimpin kita untuk hidup dengan selesa. Mungkin pada masa kini kita tidak terasa dengan perubahan ini tapi saya percaya anak - anak saya dan juga kita serta keturunan kita akan merasa pahitnya.

Bermula sekarang kita perlu didik anak -anak kita supaya berdikari dan berdaya maju. Didiklah anak - anak kita dengan baik agar kemudian hari kita tidak menjadi pengemis dibumi sendiri. Melutut untuk mencari sesuap nasi. Didiklah anak - anak dengan ilmu pengetahuan yang berguna. Jangan asyik lalai dengan hiburan. AF, Mentor, OIAM dll yang sememangnya menjahanamkan bangsa kita. Kita dah juara dalam acara - acara sedemikian. Cukuplah.

Akal, Mata dan Hati :-

Kita mampu mengubahnya. Bangkitlah saudara seagamaku. Jangan tidur lagi.. Majukan diri anda. Ingatlah pada ALLAH...


Dipetik daripada Malaysiakini..


Isu tukar agama dibawa ke kabinet

Apr 22, 09 12:27pm
Isu penjagaan tiga orang anak yang didakwa dipaksa memeluk Islam telah dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri pada 15 April lalu. Ia membabitkan anak-anak Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Puan Indra Ghandhi. Mereka berusia antara setahun hingga 12 tahun. Mohd Ridzuan, 40, dilaporkan telah menukar anak-anaknya pada 12 April lalu.

Beliau juga memfailkan permohonan untuk hak penjagaan mereka di Mahkamah Syariah. Manakala ibu mereka, Indira Ghandi, merayu supaya anak-anaknya dibenarkan kembali amalkan agama asal mereka. Pada masa ini, anak bungsu mereka - Prasana Diksa - tinggal bersama Mohd Ridzuan manakala dua lagi anak mereka - Tevi Darsiny, 12, dan Karan Dinesh, 11 - kini tinggal bersama Indira. Indra, seorang guru Tadika, kini tinggal bersama seorang anggota keluarganya kerana bimbangkan pegawai pejabat agama akan mengambil anak-anaknya itu.

Usaha penyelesaian selepas isu itu dibawa ke pengetahuan kabinet, satu mesyuarat antara menteri telah diadakan pada petang 20 April di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara berkenaan.Menteri-menteri yang hadir di mesyuarat tersebut adalah Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat; Menteri Sumber Manusia, ), Datuk Dr S Subramaniam dan Menteri Hal-ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Menurut kenyataan pejabat Dr Koh semalam, turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden Malaysian Hindu Sangam (MHS), Datuk A Vaithilingam dan pemimpin MHS Perak, Encik Vijayalingam, bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari beberapa jabatan yang berkenaan.

Selepas perbincangan secara teliti, kata kenyataan itu, semua ahli mesyuarat kini memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam. "Adalah dipersetujui sebulat suara bahawa berdasarkan semangat dan muhibbah dan prihatinan, usaha positif perlu diambil secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara ini secara munasabah, dengan mengambil kira semua aspek, dan kepentingan semua pihak. "Memandangkan kes ini melibatkan proses mahkamah, semua individu yang terlibat dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan dinasihatkan bersabar dan tidak membuat sebarang kenyataan terbuka, supaya memberi ruang dan peluang untuk perkara ini diselesaikan secara damai," tegas kenyataan itu lagi.

Akal, Mata dan Hati:-
Adakah barisan kabinet kita terdiri daripada hakim2, peguam dan juga ulamak? Keputusannay pasti tidak memihak kepada kita..
0 Responses