Chef Engineer
RAWANG: Enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat yang membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, pemandu utama bas, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Bukit Mertajam; Md Zaher Mohamad, 33, dan Muhammad Ismail, 27, dari Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, dan Mohd Yusril Zakaria, 27, dari Alor Setar; serta C Magenthiran, 26, dari Klang; mati di tempat kejadian. Pemandu gantian, Mohamad Fauzi Mohamad, 33, serta dua lagi wanita yang belum dikenali, cedera, manakala semua penumpang di tingkat atas bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber : Berita Harian; 13 April 2009.
Akal, Mata dan Hati :-
Sedih dengan apa yang menimpa mangsa - mangsa tragedi kemalangan. Seringkali ada sahaja kemalangan bas berlaku sepanjang tahun dan dapat dilihat bahawa tragedi yang berlaku ini memmang mengerikan. Mengapakah kejadian kemalangan bas ini sering berlaku saban hari? Dimanakah silapnya? Lebuhraya? Bas? Atau Pemandu Bas? Jadual Perjalanan?
Saya seorang jurutera yang sering kali menggunakan lebuh raya untuk bergerak ke sesuatu tempat di atas urusan kerja mahupun tidak. Kini saya sering berulang alik dari Johor Bahru ke Subang Jaya hampir setiap minggu disebabkan tapak projek saya berada di JB dan keluarga berada di Subang Jaya.
Saya mendapati bahawa lebuh raya kita berada pada tahap yang baik walaupun kadang - kadang terdapat kerosakkan jalan pada sesetengah tempat. Lorong yang mencukupi (2 lorong sehala dari JB ke Melaka dan 3 lorong sehala dari Melaka ke KL) membuatkan ramai pemandu memandu dengan keadaan selesa. Kadang kala ada pengguna yang memecut melebihi had yang dibenarkan. Begitulah selesanya lebuh raya kita.
Namun begitu kelesaaan pada lebuh raya kita telah menjadikan pemandu - pemandu bas expres (sesetengahnya) memandu dengan laju sekali. Walaupun saya memandu dengan kadar kelajuan 110km/j, bas - bas masih lagi mampu memotong kenderaan saya. Jika begitu berapakah kelajuan mereka? Sudah tentu melebihi 110km/j. Walhal pada bas mereka tertampal had laju 90km/j pada badan bas masing - masing? Adakah berlaku kerosakkan pada bas menyebabkan bas tidak mampu untuk bergerak dengan perlahan? Saya rasa ramai yang menyedari perkara ini.
Pemandu - pemandu bas dengan tanpa mempedulikan nyawa penumpang terus menakan pedal minyak agar mereka boleh sampai lebih awal ke destinasi yang ditujui. Jika tidak berlaku kemalangan, tidak mengapalah tapi jika sebaliknya? Berbagai alasan yang akan diberikan oleh pihak yang berkenaan. Saya pernah membuat laporan kepada LPKP menerusi sms yang tertampal pada badan bas. Hasilnya sama jer. Bas masih lagi laju di lebuh raya. Perlahan jika ada 'speed trap' dihadapan.. itu saja..
Diharap pemandu - pemandu bas dapat mengawal perasaan dan emosi serta menggunakan akal yang dikurniakan ALLAH ini dengan lebih baik. Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan agar kemalangan dapat dikurangkan... INSYALLAH...
0 Responses