Chef Engineer
Apa dah jadi dengan saudara Fairus ni. Lepas satu - satu masalah yang timbul daripada beliau. Bermula dengan sikap beliau yang tidak mesra dan kurang menjenguk rakyat di kawasan yang diwakili beliau kemudian kes rasuah yang disiasat oleh SPRM. Meletak jawatan sebagai Timb. Ketua Menteri 1 pada 8 april 2009. Adakah beliau tak sanggup menghadapi tekanan politik disekelilingnya yang ingin melihat beliau jatuh?

Beliau boleh diibaratkan pahlawan yang lari dari medan perang. Mengalah sebelum melawan. Apakah yang merunsingkan beliau jika beliau merasakan bahawa beliau berada dipihak yang betul? Kini Fairus meletak jawatan daripada kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Penanti akan mengakibatkan pengundi - pengundi DUN Penanti akan mengalami demam pilihan raya kecil tak lama lagi.

Fairus dilihat tidak memiliki daya tahan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran selaku ahli politik masa kini. Pengundi memilih beliau sebagai adun pasti merasa kecewa. Harapan untuk melihat PKR membawa perubahan kepada kaum melayu Pulau Pinang akan musnah sama sekali.

Dilantik sebagai orang no. 2 di Pulau Pinang pastilah akan memberi ruang dan tempat yang selesa bagi beliau untuk berpolitik dengan lebih jauh. Jika beliau berjaya mentadbir dan menguruskan Pulau Pinang dengan baik beliau mampu untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. Adakah dengan pangkat, kuasa dan kemewahan yang diterima oleh beliau itu menyebabkan beliau mula lupakan perjuangan sebenar ketika beliau menyertai PKR dahulu hinggakan terikut - ikut habit pemimpin BN?

Fairus tidak perlu terikut - ikut dengan godaan Syaitan hinggakan beliau masuk perangkap yang telah disediakan. Ketahanan dan iman adalah menjadi kekuatan untuk menepis godaan yang menjelma. Namun beliau tidak mampu tahan dengan apa yang terhidang dihadapannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau memaklumkan telah meletakkan jawatan sebagai adun penanti tapi pada lain pula cerita semasa diwawancarakan oleh akhbar Nanyang.

"Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanya. Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri. Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas. Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan."

Apa maknanya ni? Dah letak jawatan tapi masih lagi nak menghadiri sidang DUN minggu depan dan berura - ura ugut keluar parti sebagai ADUN? Pening la kau ni Fairus.. Rakyat lagi pening dapat ketua cam ni. Baik kau jangan ceburi lagi politik ini. Berbelit - belit cakap, pendirian tak tetap, tak amanah apatah lagi tak hensem.. Menyusahkan rakyat dan juga ketua PKR je. baikFairus masuk UMNO. Ciri - ciri dah ada...jadi pengikut KJ, jadilah...


Akal, Mata dan Hati :-

Orang macam ni lah yang ramai di Malaysia.. MAMPUS LA....

0 Responses