Chef Engineer
Pada setiap tahun tanggal 16 Mei, kita sering mendengar ucapan "Selamat Hari Guru" dicorong - corong radio dan di mana jua. Guru yang tak jemu - jemu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Inilah insan yang patut dihormati selain daripada ibu dan bapa kita. Tanpa mereka kita tidak berjaya dalam kehidupan.

Saya masih teringat zaman persekolahan saya semasa di darjah rendah dan menengah. Pada waktu terutama sekolah rendah, saya cukup takut dengan guru. Bukan setakat diwaktu sekolah malahan diluar waktu juga saya agak runsing bilamana melihat guru dari jauh. Berdesup lari...Menyorok... Ntah kenapa jadi begitu, bukan saya sahaja malahan rakan - rakan lain juga sama dengan saya. Bagi saya guru ada aura yang menggerunkan... Saya sering kena marah dek guru yang mengajar dan pernah saya dipukul oleh guru dengan kayu pelapik kaki meja di punggung akibat membuat bising dan saya sama sekali tidak melaporkan kepada mak dan ayah saya mengenai perkara itu. Takut kena rotan lagi di rumah. Aura menggerunkan inilah yang menyebabkan saya dan rakan - rakan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR pada tahun 1989.

Zaman berganti zaman dan kemodenan mula menjelma. Di dada akhbar sering kita terbaca kejadian pergolakkan antara murid dan guru serta acara saman menyaman ibu bapa ke atas guru berkenaan perkara yang remeh. Asal kena rotan, mulalah guru tersebut dipersalahkan sepenuhnya. Kena mohon maaf dengan keluarga pelajar dan pelajar itu sendiri. Zaman saya tak pernah hal ini berlaku. Guru - guru memperolehi kuasa penuh termasuk merotan untuk mengajar anak - anak asalkan tidak patah anggota badan.

Memang mencabar profesion perguruan masa kini. Kedegilan pelajar masa kini kian memeningkan guru - guru. Abang saya seorang guru di sekolah Teknik, pernah di cabar bergaduh oleh anak murid sendiri yang disokong oleh ayahnya. Hebat-hebat.. Kesnya kerana pelajar tersebut ditangkap angkara menghisap rokok di kawasan sekolah.

Mengapa pelajar masa kini hilang rasa hormat kepada guru - guru? Adakah silap guru yang tak pandai mendidik pelajar? Atau ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak? Atau persekitaran yang mengubah pelajar menjadi liar?

Wahai Insan - Insan sekalian, hormatilah GuRU anda.. Semoga mereka dirahmati ALLAH diatas keikhlasan mereka mendidik kita. Walaupun dah terlewat disebabkan faktor - faktor yang tidak dapat dielakkan, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru"..

2 Responses
  1. spaila Says:

    sedar lah woi bebudak!!!!


  2. spaila Says:

    Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

    Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

    Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

    Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

    Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

    Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

    Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

    Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.