Sumber Berita Hairan;
Tiga anggota polis UTK didakwa rompak
KUALA LUMPUR: Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu.
Sabaruddin Harun, 32; Ahmad Razi Abd Talib, 27; dan Aminuddin Salim, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan unit telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak.
Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada jam 11 malam, 11 April lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seorang peniaga, Zaidi Abdullah @ Mohd Yusoff, 34, turut didakwa dengan pertuduhan yang sama, pada tempat, waktu, tarikh yang sama dan membabitkan mangsa yang sama.
Sabaruddin yang juga adalah Koperal dari unit itu, turut menghadapi pertuduhan melakukan rompakan itu dengan menggunakan senjata api jenis ‘Glock’ dengan mungkin akan mendatangkan ketakutan dan cedera terhadap mangsa.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dan boleh dihukum mengikut akta yang sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak melebihi enam sebatan.
Hakim Zainal Abidin Kamaruddin membenarkan Ahmad Razi, Zaidi dan Aminuddin diikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta tidak boleh meninggalkan bandar Kuala Lumpur dan Selangor tanpa kebenaran mahkamah.
Manakala Sabaruddin tidak ditawarkan jaminan atas alasan kesalahan yang berat, bagaimanapun, dia yang diwakili peguam Pritam Singh Doal, memohon supaya mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan sakit tulang.
Zainal kemudian menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes ini dan mendengar semula laporan perubatan Sabaruddin bagi mahkamah mempertimbangkan jaminannya.
Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt menjalankan pendakwaan. - Bernama

Akal, Mata dan Hati:-
Inilah yang kita tak ingin dengar dan impikan. Mereka sepatutnya menjaga keamanan negara, bukannya turut sama memporakperandakan keamanan. Kerana nila bertitik - titik, rosak susu masam sebelanga. Boleh buang dalam longkang..issshhh..membazir betul. Saya Karamkapal melaporkan untuk anda..
UTK pun nak hidup senang juga.Mana boleh tengok majikan je merompak,kami nak cuba juga buat..kami pun nak juga kaya dengan cara yang mudah....Itulah kalau yang di atas sekali tunjuk contoh tak baik ,yang bawah lagi cepat mengikut...........hidup MENTOR...
Tunjuk ajarku sifu...aiyah..