Chef Engineer
(gambar hiasan - Ketua Perompak)

Suatu kisah nun di negeri Silver yang porak poranda setelah dilanda kumpulan perompak demokrasi yang diketuai oleh Perompak Bermata Empat berkulit hitam manis bernama Zamblo dengan dibantu kunco - kunconya seramai 31 orang. Antaranya bernama siKerbau PEndek EE.. yang berpaling tandah kepada kumpulan perompak ini. Alkisahnya siKerbau Pendek EE ini asalnya timbalan ketua dewan tetapi ntah apa yang dah merasuk ke dalam kepalanya menyebabkan siKerbau Pendek EE ini telah berpaling Tadah. Mungkin kerajaan lama tak mampu bagi kemewahan kepadanya. Mana untung beb...

Adapun Ketua Perompak ini yang bermata Empat ini mempunyai rancangan yang teliti dalam usaha untuk menjayakan kerja - kerja 'halal' nya. Dia telah berpakat dengan pegawai - pegawai kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat untuk merealisasikan projek mereka. Maka ntah apa yang telah di'bomoh' olehnya menyebabkan pihak keselamatan, badan kehakiman, Majlis Bandaraya da berbagai badan lagilah menjadi pak turutnya. Apatah lagi pihak media dah tentu mempunyai fungsi untuk membersihkan kerja - kerja mereka nanti. Cukup terancang rancangan ketua perompak ini.

Ketua Dewan persidangan telah mengetahui hajat dan rancangan jahat ketua perompak ini dan beliau telahpun mengeluarkan arahan dengan tidak membenarkan siZamblo ini masuk dewan bersama - sama dengan konco - konco tegar mereka. Apakan daya, beliau tidak berdaya untuk menghalangnya. Kuasa si Zamblo terlampau hebat. Maklumlah ketua dewan belum khatam ilmu pendinding. Akhirnya si Zamblo dengan bantuan timb. ketua dewan yang telah belot; siKerbau Pendek EE melantik ketua dewan yang baru. Siap angkat sumpah depan SiKerbau Pendek EE dan tak perlu angkat sumpah depan Sultan.

Ketua dewan tidak mengalah. Hingga ke titisan darah terakhir beliau pertahankan kerusinya. Sampai orang nampak kerusi tu dah bercantum dengan beliau. Begitu bersemangat beliau ketika itu. Namun dengan bantuan pegawai - pegawai yang dah berpakat dengan Zamblo terpaksa mengusung ketua dewan dengan kerusi sekali lalu dicampak keluar dewan. Ketua dewan yang sah telah dikeluarkan dengan begitu hina sekali. Maka dengan itu tumbanglah kerajaan lama dan dengan angkuhnya siZamblo ketawa dengan berdekah - dekah bagi menunjukkan betapa terernya dia.

Dengan tidak mengikut perlembagaan negeri Silver siZamblo berjaya menumbang kerajaan lama dan kini beliau berkuasa... Untuk membersihkan nama beliau kononnya tindakan beliau ini mengikut perlembagaan, pihak media dipergunakan. Antaranya TV3/4, berita hairan, utusan meloya, dll lagi. Diwar-war siZamblo, kerajaan lama menggunakan undang - undang rimba serta hormat pada raja. Dia saja yang buat betul, orang lain salah. Dengan bantuan media bersihlah imej siZamblo sehinggakan kulitnya pun menjadi putih melepak. Dan akhirnya SiPerompak Zamblo dan konco - konconya sikerbau pendek EE ketawa berdekah - dekah dan enjoy selepas peristiwa itu dan mereka enjoy dan gumbira kerana rancangan mereka berjaya...

Akal, Mata dan Hati:-
Nasib baik peristiwa ini tidak berlaku di negara kita.. Ahli politik kita bagus-bagus dan kerajaan pun baik - baik....
Labels: | edit post
0 Responses