Chef Engineer

Sumber daripada Berita Hairan...

Jangan letak syarat soal Perak: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang tidak boleh meletakkan syarat jika mahu berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut politik di Perak.

Perdana Menteri juga berkata, pembangkang perlu saling menghormati jika mahu bekerjasama menangani masalah politik di Perak.

"Jika kerajaan boleh menghormati pembangkang, pembangkang juga perlu menghormati kerajaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan baka baru sawit Sime Darby di sini, petang ini.

Akal, Mata dan Hati:-

Pembangkang mahupun rakyat Perak khususnya serta Malaysia am nya akan lebih menghormati PM jika BN membiarkan Sultan Perak membubarkan DUN. Syarat tidak akan diperlukan jika pembubaran DUN berlaku dan PM tidak akan dipersalahkan di atas rampasan Perak yang telah berlaku. PM seharusnya mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman seperti Tun Mahathir serta KuLI yang mencadangkan pembubaran DUN. Tak salah jika PM mendengarpakai cadangan mereka dan ini akan menjernihkan lagi keadaan di Perak. Rakyat mengimpikan seorang PM yang pandai mentadbir negara serta menjaga kebajikan rakyat dan mempunyai akhlak yang terpuji dan patuh pada perintah ALLAH...
Labels: | edit post
0 Responses