Chef Engineer
Sepanjang hidup saya selama hampir 33thn (alhamdulILLAH), peristiwa hari ini merupakan peristiwa yang akan saya kenang sampai bila - bila. Kerana saya dapat merasai kehebatan serta tipu muslihat dunia politik di Malaysia. Saya beranggapan hanya Malaysia mempunyai peristiwa yang sangat istimewa.

Cuba kita imbas kejadian yang berlaku di negeri Perak ( tempat saya menghabiskan 3 thn belajar di sana ; iaitu di Tronoh) dengan peristiwa kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangannya di dalam pilihan raya ke 12 adalah merupakan permulaan perubahan detik - detik pergolakkan politik di sana. Setelah selama 11 bulan memerintah, dengan segala tipu muslihat yang menggunakan serta beralaskan sistem perundangan BN kembali merampas tampuk kerajaan negeri Perak.

Segala agensi - agensi kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk membendung gelombang PR terus melanda Perak. Agensi yg berkepala putih, merah, hitam dan bermacam - macam warna digunakan oleh pihak mereka. Bukan setakat itu sahaja, arus media perdana juga dikudakan antaranya utusan meloya, TV3/4, berita hairan dan sebagainya. Bermacam - macam cerita yang "baik punya" dimuatkan ke dalamnya. Jadi keliru rakyat.

Kejadian hari ini merupakan klimaks kepada peristiwa - peristiwa dahulu. Tuan speaker terdahulu terpaksa diusung keluar oleh pegawai - pegawai yang baik hati dan murah senyuman. Maklumlah tuan speaker dah jadi OKU serta tak mampu bergerak dan kerusi sudah bersebati dengan punggung akibat kejadian rampasan kuasa oleh si pendek timb. dewan speaker yang berupa talam 4 muka. Lantik pulak tuan dewan speaker yang baru. Orang rasmi dulu baru bersidang, ini bersidang dulu baru rasmi. Tapi nasibla kepada tuan dewan speaker yang baru sebab tak dapat naik camry baru. MB BN dah jual. Dapatla kome naik perdana cabuk yang tinggi servis nya.

Kepada KDYMM Raja Muda Nazrin, patik mohon sembah kerana tuanku terpaksa melihat gelagat - gelagat ahli politik yg cerdik pandai mengampu menjuangkan keadilan. Kesian Tuanku Raja Muda Nazrin terpaksa berehat, beradu, bersantap dll di kamar diraja akibat perbalahan politik di dalam dewan persidangan. Menunggu hampir 5 jam. Berpeluh Tuanku Raja Muda. Apahal pun "DAULAT TUANKU" patik sembahkan.

Menurut cerita - cerita orang ramai (ihsan daripada blogger-blogger lain) terdapat kejadian tumbuk menumbuk..FuUYooo..Ingatkan di Taiwan sahaja yang berlaku, di Malaysia pun ada. Di Taiwan kita boleh agak kerana kebanyakkan ahli politik di sana disokong oleh gangster-gangster. Di Malaysia juga cam tu ker? Ada yang patah spek sampai. Wah!! Hebat - hebat. Indonesia yang kita nampak ganas pun tak berlaku cam ni. Malaysia Boleh!!!

Kalau di Thailand, rakyat boleh memilih untuk memakai warna baju kesukaan mereka untuk menunjukkan sokongan kepada parti masing-masing. Dapat kita lihat penyokong berbaju MERAH DAN KUNING di sekitar pejabat PM jika mereka buat rapat umum. Kat tempat kita lagi hebat demokrasi nya. Kita takleh berkumpul di tempat awam secara aman dan juga takleh pakai baju yang sama warna. Dulu warna kuning tidak boleh kini sesiapa yang pakai baju hitam masuk ke IPOH, nasib deme la..kalau kena tangkap ngan polis.. Kalau tak salah saya di Ipoh ramai mat - mat black metal yang memakai baju hitam di IPOH. Mereka pun dah kena tangkap ker??

Walaubagaimanapun dapat kita melihat di sini, konsep satu malaysia yang diamalkan oleh PM kita yang disayangi ini telah dijiwai oleh lapisan masyarakat Malaysia. Tak kira bangsa mereka bersatu di bawah idelogi parti politik masing - masing. Berat sungguh tanggungjawab PM baru nih. Nasib la...

Akal, Mata dan Hati:-
Adakah peristiwa hari akan masuk kedalam subjek sejarah moden Malaysia nanti? Kalau masuk ni gerenti para pelajar akan berjaya menjawab dengan salah. Sebabnya maklumat telah dipesongkan... Dapat ilmu palsu.....
Labels: | edit post
0 Responses