Suatu kisah di Negara Mesia...
Mesia adalah sebuah negara yang aman damai. Perdana Menterinya adalah Tok Nijis. Selama ini tiada rungutan serta bangkangan daripada rakyat jelata yang berbilang bangsa terhadap Kerajaan walaupun mereka sebenarnya mengetahui bahawa barisan kerajaan Mesia secara senyap - senyap telah mengamalkan dasar yang korup serta merugikan rakyat. Bukan itu sahaja malah agama rasmi negara berkenaan iaitu Islam tidak dipegang dengan erat akan kesuciannya oleh barisan pemimpin - pemimpin yang memerintah. Mereka hanya mengambil mudah sahaja di dalam hal - hal yang berkaitan agama rasmi mereka. Rakyat mengetahui akan perkara ini namun begitu rakyat tidak berani untuk bersuara hanya segenlintir sahaja yang meluahkan perasaan terhadap kerajaan. Majoritinya hanya mengambil pendekatan "lantak koranglah janji aku dan anak bini aku dapat makan dan minum cukup la".

Setelah 52 tahun memerintah Mesia, kini pemerintah Mesia berasa panas punggung dengan kebangkitan rakyatnya. Kini rakyat mula berani bersuara. Pantang sahaja kerajaan buat silap, dibantai cukup-cukup. Panas punggung Tok Nijis. Panas bukan apa sebab beliau pun mempunyai masalah. Besar masalah tu bukan kecil cam pepijat tapi besar cam dinasor yang dah pupus. Kalau rakyat tahu mesti dia kena hentam cukup - cukup. Tapi sayangnya rahsia tersebut tidak mampu lagi diselimut oleh beliau. Musuh - musuh Tok Nijis rupanya lagi cekap daripada pembantu-pembantunya. Rahsia mengenai penglibatan beliau dalam pembunuhan warga Magnolia yang bernama Antuloya telah terbongkar. Puas Tok Nijis menindakkan khabar angin itu namun ia tidak mampu membuat rakyatnya bersetuju dengan beliau. Dah busuk nama Tok Nijis.
Kali ini anak buah Tok Nijis dengan disokong oleh beliau membuat onar di Negeri Silver dengan merompak keadilan dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang sah. Tindakan mereka seolah - olah nampak 'bersih' kerana beliau dan konco - konco telah merancang dengan baik. Diculik dan dipaksa oleh konco - konco Tok Nijis akan 3 adun kerajaan terdahulu supaya bersetongkol dengannya. Begitulah hina Tok Nijis dan kroni - kroni nya..Kejadian merompak kerajaan negeri Silver ini telah membuat nama tok Nijis ini busuk sebusuknya. Tidak mampu lagi di bendung oleh Tok Nijis. Apa - apa perkara yang tak elok mesti rakyat tunding jari kepadanya hatta orang lain yang buat. Bermakna rakyat sudah hilang kepercayaan kepada beliau...
Tok Nijis masih lagi buat muka selamba jer. Dia berucap didepan khalayak ramai seolah - olah beliau tidak bersalah. Yang bersalah adalah pihak yang lain...Begitu seadanya kisah Tok Nijis.. Dapatkah beliau mendapat kepercayaan rakyatnya kembali? Kita Tunggu dan lihat...