Chef Engineer
Semua telah sedia maklum dengan keputusan mahkamah berkenaan dengan kes Nizar VS Zambry yang mana telah memihak kepada Zambry. Ramai telah menjangkakan keputusan ini dan ianya tidak menghairankan mana - mana pihak. Baik PR mahupun BN. Bagaimanapun DS Nizar akan memfailkan rayuan mengenai keputusan mahkamah tersebut.

Begitulah keadaannya di Perak, Negeri bertuah yang bakal menjadi pemangkin kepada kejatuhan BN pada pilihanraya akan datang. BN merasakan cara yang dilakukan nya bukan penyebab kepadad krisis ini da sering menyalahkan PR manakala PR pula berusaha untuk membubarkan DUN Perak agar rakyat dapat membuat pemilihan yang baru bagi mentadbir Perak. Niat PR tidak dilayan oleh BN dan beranggapan perbuatan mereka bermaruah dan diredhai oleh rakyat.

Berikut adalah kata - kata pemimpin BN mengenai krisis di Perak setelah mahkamah memutuskan keputusan mahkamah terdahulu adalah salah dan memenangkan BN dengan menjadikan Zambry sebagai MB yang sah. Dipetik daripada Mingguan Malaysia; 24 May 2009.

Menteri Besar Mahkamah Perak; DS Dr Zambry;

"Untuk mengurangkan bahang politik ini, ahli - ahli politik mestilah melaksanakan peranan dan tugas dengan tidak mencetuskan huru - hara atau suasana yang membimbangkan rakyat."

(ya, sewaktu BN merampas Perak dengan cara terhormat dan membuat rayuan penangguhan keputusan setelah mahkamah mengesahkan Nizar selaku MB yang sah, adakah tindakan Zambry itu tidak menhuru - harakan keadaan Perak?)

Ibrahim Ali; Presiden KATAK

"Desakan pembangkang agar DUN Perak dibuabrkan membuktikan pakatan itu bersikap hipokrit dalam perjuangan politik."

(Siapa yang hipokirit? dari UmNO ke Semangat 46 dan guna tiket Pas untuk menang idak hipokrit? YB bukan pembangkang juga ke?)

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno

"Pembangkang seharusnya akur keputusan mahkamah yang mengesahkan tindakan Sultan Perak, melantik Zambry tidak bertentangan undang - undang."

(BN tidak akur juga dengan membuat rayuan penangguhan keputusan mahkamah dahulu?)

S. Veerasingam, Naib Presiden MIC

"Pembangkang sepatutnya menerima hakikat bahawa BN berhak perintah Perak."

(PR lagi berhak untuk perintah Perak dan BN telah huru - harakan keadaan.)

Ketua Pemuda MCA, Dr. Wee Ka Siong

"Saya kesal pembangkang cuba terus mengheret isu ini berlarutan kerana ia menjejas tumpuan kerajaan negeri bangunkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat di Perak."

(Ketua Pemuda MCA ni banyak makan semut itu pasal dia lupa siapa yang mulakan dahulu huru - hara ini. YB sepatutnya penya PA dan PDA yang telus!!)


Akal, Mata dan Hati:-

Rakyat bukan buta dan pekak. Krisis di Perak boleh menjadi pemangkin kepada kejatuhan BN pada pilihanraya akan datang. Rakyat semakin bosan dengan sikap hipokrit BN yang kononnya sering memperjuangkan demokrasi dan kebajikan rakyat walhal sebaliknya berlaku. PM seharusnya berlaku adil dengan demokrasi dan menyelesaikan perkara ini secara telus. Selesaikan dahulu imej DS supaya rakyat akan menghormati DS PM.

Labels: | edit post
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Rakyat memang tidak buta dan pekak tetapi pembangkang buta dan pekak dan taksub ... sehingga bila kes perak ni berterusan? ...


  2. teropongemas Says:

    Hai Media Siber..
    Sebenarnya yang buta dan pekak ialah Rejim BN...rakyat bersuara buat buta dan pekak aje.Hantar kepala merah pergi tangkap mereka.Kalau nak tahu siapa yang rakyat pilih bubarkan saja DUN Perak....mari kita tengok sapa yang buta dan pekak...Tapi biasalah orang yang pengecut tak akan berani membubarkan Dun.PRK Penanti pun tak berani masuk calon ,ini pula nak buat pilihanraya di Perak...Terimalah hakikat hati rakyat sudah tidak bersama BN lagi.